Khamis, 1 September 2016

Sambut Merdeka ke 59

Kelmarin 31 Ogos, negaraku Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 59.

Dalam tempoh itu banyak kejayaan yang telah dicapai dalam bidang ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya.

Kini ramai orang asing datang ke negaraku untuk bekerja mencari rezeki dalam semua bidang seperti perkilangan, binaan, perkhidmatan dan lain-lain.

Tidak mengapa , yang pentingnya adalah menjaga keharmonian, ketenteraman dan keamanaan melalui hubungan baik antara satu sama lain yang tinggal dalam  negara ini.

Negaraku ini ketika ini mempunyai lebih kurang 30 juta orang penduduk yang mengandungi pelbagai etnik, budaya dan agama.

Jadi, sesiapa juga yang ingin tinggal di negara ini mestilah saling menghormati semua nilai dan norma kehidupan bersosial yang diwaris sejak sekian lama oleh masyarakat kepelbagaian etnik, agama dan budaya itu.

Sekian. MERDEKA !!!

Isnin, 8 Ogos 2016

ANTARA PEDUMAN DEKATKAN DIRI
KEPADA ALLAH A'ZA WAJALLA


MAFHUM FIRMAN ALLAH :

"Dan bersegeralah kamu kepada mengerjakan amal-amal yang baik untuk mendapat keampunan dari tuhanmu; dan mendapat syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa "

"(Iaitu) orang-orang mendermakan hartanya pada ketika senang dan pada (ketika) susah, dan orang-orang yang menahan kemarahannya dan orang-orang yang memaafkan kesalahan orang lain. (Dan) Allah menyukai akan orang yang berbuat kebaikan" - surah Ali Imran : 134

"Dan (juga) orang yang apabila mengerjakan perbuatan keji atau menganiayai diri sendiri, mereka segera ingat akan Allah lalu memohon ampun terhadap dosa-dosa mereka  - dan siapa lagi yang boleh mengampuni segala dosa selain Allah - dan mereka tidak lagi meneruskan perbuatan keji itu, sedangkan mereka mengetahuinya" - surah Ali Imran : 135

HURAIAN RINGKAS

1.  "Perbuatan keji" adalah merujuk kepada dosa besar yang mudaratnya tidak hanya menimpa diri sendiri tetapi orang lain juga seperti zina dan riba.

2. " Menganiayai diri sendiri" adalah melakukan dosa yang mudaratnya hanya menimpa diri sendiri sahaja; baik dosa besar mahupun dosa kecil.


Khamis, 18 September 2014

Kalau Haji Mabrur Menjadi Idaman

Sekarang adalah musim haji. Atau disebut juga bulan-bulan haji. Bulan-bulan haji adalah Syawal, Zulkaedah dan Zulhijjah. Tempat mengerja haji hanya di tanah suci Makkah al- Mukarramah di mana terletaknya Kaabah yang menjadi kiblat untuk solat umat Islam.  Ibadat haji haji adalah salah satu Rukun Islam yang lima selain solat fardu lima kali sehari, puasa, zakat dan mungucap dua kalimah syahadah iaitu Asyhadu an lla ilaha Illallahu, Wa asyhadu anna Muhammadar Rasulullah - Aku naik saksi bahawasanya tidak ada Tuhan lain melainkan Allah dan Aku naik saksi bahawasanya Nabi Muhammad adalah Pesuruh Allah..

Oleh kerana tempat mengerjakan ibadah haji ini terletak jauh bagi mereka yang tidak tinggal dalam Semenanjung Tanah Arab maka ia memerlukan perbekalan dan perbelanjaan. Sebab itu ibadat haji menjadi wajib kepada seseorang ummat Islam yang mukallaf apabila ia ada `kemampuan' untuk pergi dan balik dari tempat tinggalnya atau negaranya dan " Sebaik-baik bekalan ialah takwa" (sila rujuk al-Quran ayat 197 surah al-Baqarah).

Namun waktu-waktu terakhir ini umat Islam, terutama di Malaysia mengerja ibadat itu dengan mengeluarkan perbelanjaan yang tidak sama mengikut kemampuan kewangan masing-masing dan mengikut kategori pemergian yang ditetapkan pihak berkuasa yang menguruskan haji seperti Muassasah dan Pakej.

Kategori Muassasah diuruskan oleh kerajaan dengan kadar belanja yang ditetapkan serta disubsidikan. Setakat ini di sekitar RM 10,000 bagi setiap orang . Pakej pula diuruskan oleh pihak swasta yang kadar (harganya) melebih kadara `kerajaan' malahan mencecah sehingga ratusan ribu ringgit sepert yang dilaporkan media baru-baru ini. Bagaimanapun harus diingat bahawa ia  masih terikat dengan konsep bekalan yang disebut oleh Allah SWT di dalam al-Quran tersebut.

Sebagaimana ibadah-ibadah lain kita harus berhati-hati dalam mengerjakan ibadah haji itu agar tidak bercampur aduk dengan sifat-sifat yang dilarang oleh syarak seperti ujub, takkabur , riak dan sebagainya. Malah dalam ibadah haji Allah SWT menyebut secara jelas akan perbuatan , perkataan atau kelakuan yang boleh merosakkan ibdat haji seperti bercumbuan/bersetubuh , fasik (muksiat termasuk berburu ketika mengerjakan haji) dan pertengkaran (sila rujuk al-Quran ayat 197 surah al-Baqarah)

Manakala ganjaran untuk ibadat haji pula seperti yang terdapat pada kitab-kita fikah islami terbahagi kepada haji mabrur (terbaik), makbul (diterima) dan mardud (ditolak) . Harapan kita ialah kita akan mendapat haji yang mabrur. Justeru kita mestilah berhati-hati bukan sehaja segala perkara yang berkaitan dengan segala rukunnya, perkara-perkara  wajibnya dan  perkara-perkara  sunatnya tetapi juga perkara-perkara lain termasuk menjaga tuntutan nafsu dan lintasan hati agar tidak tersasar. Wallahu a'lam.

Label: