Sabtu, 23 Januari 2010

Imej negara wajar diambil peduli

Oleh Salleh Saad

Isu peningkatan nilai rampasan dadah di lapangan terbang antara bangsa kuala lumpur (KLIA) dari RM17.6 juta pada 2008 ke RM62 juta pada 2009 boleh dilihat dalam dua ukuran yang berbeza.

Pertama, ia boleh dilihat dari sudut kecekapan dan keperhatinan pihak berkuasa kita terhadap isu dadah dan penyeludupan melalui kawasan strategik negara .

Kedua, ia boleh juga dilihat dari sudut kecekapan sendiket dadah antara bangsa mengambil kesempatan menggunakan ruang dan peluang yang terdapat di lapangan terbang antara bangsa kita.

Sekiranya perkara pertama menjadi perhatian utama kita, sudah pasti kita wajar merasa bangga dengan pasukan keselamatan kita yang mengawal di pintu masuk penting itu.

Sekiranya perkara kedua pula menjadi perkara utama perhatian kita, justeru kita amat gusar dengan kedudukan sedemikian . Ini kerana menunjukkan betapa wujudnya kelemahan kita di dalam mengendalikan perkara yang berkaitan dengan imej negara.

Kepada siapa yang patut kita letakkan tanggungjawab utama dalam perkara ini. Saya kira kurang adil kalau kita letakkannya di atas bahu agensi kerajaan semata-mata. Ini kerana mereka hanya menjalankan tugas mengikut prosidur yang ada.

Ia bukan sahaja berkait dengan peraturan keselamatan tetapi dilihat membabitkan perkara lain seperti peraturan kepelancongan atau dasar kepelancongan itu sendiri.

Oleh itu perkara yang paling baik untuk diambil kira dan diberi perhatian utama ialah dasar mengenai visa dan kepelancongan. Kita tidak seharusnya berbangga dengan ketibaan pelancong yang banyak semata-mata tetapi imej serta maruah negara juga harus diambil pedulikan juga.