Sabtu, 27 Februari 2010

Kerajaan hendaklah bertindak tegas terhadap pelaksanaan logo halal

Oleh Salleh Saad

Setelah sekian lama umat Islam di negara ini menunggu penyeragaman logo halal kini hampir menjadi kenyataan apabila kerajaan mengumumkan akan menguatkuasakannya pada tahun depan setelah akta berkenaan diluluskan Parlimen tidak lama lagi.

Kedudukan sekarang sangat mengelirukan. Ada berbagai bentuk logo halal dipamerkan di barangan, terutama barang-barang makanan berbungkus. Susah bagi orang ramai memastikan kesahihannya.

Dengan wujudnya akta baru itu difahamkan Jakim diberi kuasa penuh dari segi menyeragam , mengeluarkan logo dan sijil halal dan juga menguatkuasakan akta tersebut.

Langkah kerajaan itu memang tepat pada masanya dan amat dialu-alukan. Kerajaan yang mempunyai kuasa penuh dalam hal ini perlu mengambil tindakan tegas bagi membendung wujudnya kepelbagaian logo halal sehingga menimbulkan perasaan was-was dan keliru di kalangan masyarakat Islam yang perihatin.

Selain itu, apa yang sangat diharapkan adalah ketegasan kerajaan dari segi penguatkuasaannya supaya bukan sahaja tidak lagi wujud ketidakseragaman logo halal tetapi juga logo-logo tiruan.

Di sebalik sambutan Maulidur Rasul

Oleh Salleh Saad

Sambutan Maulidur Rasul di seluruh dunia dilaporkan disambut dengan meriah di seluruh dunia. Kebetulan ia jatuh pada hari Jumaat di beberapa negara di sebelah timur ia juga menjadi sebahagian atau keseluruhan isi teks khutbah Jumaat.

Menyambut Mauliduru Rasul, dengan apa cara sekalipun, bermakna mempamerkan penghargaan terhadap kebangkitan Nabi Muhammad s.a.w. sebagai Nabi dan Rasul terakhir serta ajaran agama Islam sebagai agama keredaan Allah.

Sambutan juga mencerminkan kasih sayang umat Islam terhadap baginda Rasul s.a.w. dan sebagai syiar keagungan agama Islam itu sendiri secara keseluruhannya. Syiar bermaksud simbol.

Namun, dengan adanya pelbagai cara sambutan yang dilaporkan berlaku di seluruh dunia seperti ada yang membakar lilin, membakar bunga api dan lain-lain, timbul persoalan adakah itu merupakan simbol ajaran Islam atau satu simbol budaya sahaja ?

Amat diharapkan agar ia bukan sahaja disambut dengan pelbagai acara tetapi hendaklah juga disertakan dengan peningkatan penghayatan terhadap ajarannya sekali. Perpaduan seluruh umat Islam adalah merupakan syiar Islam terpenting.

Fahami dulu perkahwinan mengikut syarak, elakkan perceraian

Pemahaman secara umum dari sudut pandang agama Islam perkahwinan adalah satu ibadah, justeru ia mesti berlandaskan tuntutan agama , bukan budaya atau adat.

Sehubungan itu perkahwinan tidak boleh dilihat semata-mata dari sudut budaya, adat resam, biologi, psykologi, emosi dan sebagainya. Ia bukan sekadar memenuhi tuntutan nafsu tetapi tuntutan agama sekali gus.

Oleh itu, banyak perkara dan peraturan yang mesti dipatuhi oleh setiap insan Muslim dan Muslimah apabila timbul keinginan untuk berkahwin.

Ia merangkumi dari segi proses, kaedah pelaksanaan, pengurusan, pengisian ketika sudah berkahwin seperti hubungan anatar suami isteri, pergaulan antara keduanya sehingga ke peringkat perceraiannya sekalipun mesti berlandaskan syiarat atau pertauran agama (Islam).

Sama ada perkahwinan sesama keturunan, kaum, bangsa, atau bukan ia hanya tertakluk dengan satu jenis peraturan sahaja iaitu syariat. Jika dicampur aduk dengan `kehendak' selain dari syariat seperti budaya, bangsa , status sosial, kategori sosial tertentu dan sebagainmya ia akan timbul masalah.

Sebab itu sesetengah pihak suka mengaitkan dengan `takdir' apabila ada tanda-tanda akan berlaku perceraian. Kenapa ambil jalan mudah ? Memang segala-galanya atas ketentuan Allah, namun kita dibekal dengan peraturan agama untuk dikuti , justeru kita hendaklah sandarkan tindakan itu dengan hukum yang ditetapkan.

Untuk tujuan itu kita kenalah mempelajari selok belok perkahwinan itu dari kaca mata agama terlebih dulu sebelum mengambil keputuasan untuk berkahwin atau bercerai. Jika tidak sesuatu perkahwinan itu akan berhadapan dengan perceraian mudah, sedangkan syariat tidak membuka ruang penceraian dengan sebegitu mudah.

Tidak timbul sama ada kahwin campur atau tidak . Yang penting mesti mempelajari dan memahami dulu kehendak syiarat mengenai perkahwinan dan perceraian. Perceraian boleh berlaku dengan mudah apabila suami isteri tidak memahami pertauran agama.

Suami isteri mesti tahu kedudukan masing-masing mengikut kehendak agama dan mesti juga tahu mengurus perasaan, tingkah laku, tutur kata, hubungan, gurau senda dan sebagainya di dalam rumah tangga mengikut peraturan syarak.

Turut harus memahami kehendak agama tentang perkahwinan adalah ibu bapa sendiri. Ini kerana Islam telah menetapkan cara tertentu untuk kedua-dua ibu bapa `masuk campur' dalam hal ehwal rumah tangga anak menantunya, bukan dengan sewenang-wenangnya atau dengan cara selain syariat seperti emosi dan sebagainya .

Sekiranya ini dapat dilakukan saya percaya angka perceraian tidak akan meningkat dengan mudah, tak kiralah dengan siapa yang dikahwini.

Selasa, 23 Februari 2010

Masukkan lembu beranak kembar tiga ke dalam Malaysia Book of Records

Oleh Salleh Saad

Lembu beranak bukan perkara pelik. Tetapi kejadian lembu beranak kembar tiga di sebuah kampung di Jertih, Terengganu dianggap pelik oleh pakar veterinar.

Mengikut Pengarah Jabatan Veterinar Terengganu, Dr. Azizol Mohd. Sharun seperti dipetik akhbar berkata, " Lembu melahirkan tiga anak agak luar biasa dan sangat jarang berlaku, melainkan lembu betina itu diberi suntikan super ovulation untuk galakkan pengeluaran telur".

Pensyarah Jabatan Sains Haiwan Universiti Putra Malaysia dipetik sebagai berkata," Ini adalah kes pertama dan kesahihan keupayaan ibu lembu melahirkan tiga anak perlu disiasat dengan lebih mendalam lagi." Juga beliau dilaporkan berkata, kejadian itu sangat pelik dan tidak pernah didengar sejak 30 tahun beliau berkecimpung dalam dunia veterinar.

Saranan saya adalah perlu ditubuhkan satu pasukan pengkaji/penyiasat untuk dimasukkannya ke dalam catatan "Malaysia Book of Records" . Mengapa tidak ?
kalau ia sudah diakui sendiri oleh pakar-pakar yang terlibat secara langsung dalam veterinar sebagai kejadian "pelik".

Isnin, 22 Februari 2010

Langkah perlindungan terhadap wanita tempatan berkahwin lelaki luar

Laporan berita dalam Berita Harian di muka depan (22 Februari 2010) mengatakan kerajaan Indonesia menggubal undang-undang berhubung dengan lelaki luar yang hendak berkahwin dengan wanita Indonesia dikenakan bayaran sebanyak 500 juta rupiah (RM170,000)sebagai wang `jaminan' nafkah sekiranya berlaku perceraian. Wang itu, menurut laporan tersebut, perlu dimasukkan ke dalam Bank Islam dan tidak boleh dikeluarkan sehingga berlaku perceraian dan anak mencapai umur 21 tahun.

Isu tersebut saya kira menarik dan sesuai untuk dilaksanakan di negara kita . Oleh itu mengapa tidak pihak berwajib di negara kita juga mengambil langkah sama ?

Mungkin jumlah bayaran yang bakal dikenakan dan syarat-syarat lain tidak sama, namun kajian kesesuaian, saya rasa perlu dilakukan demi menjaga kaum wanita kita daripada teraniaya sekiranya berkahwin dengan lelaki luar.

Saya rasa sudah sampai masanya untuk kita mengambil langkah sama bagi memberi perlindungan terhadap kaum wanita kita di dalam hal-hal seperti ini. Saya harap kementerian yang berkaitan dengan wanita dan masyarakat dapat memberi perhatian terhadap perkara ini serta mengambil tindakan susulan.

Kemalangan jalan raya dan anak yatim

Kesan kemalangan jalan raya memang menakutkan. Daripada cedera ringan yang boleh dirawat sebagai pesakit luar di klinik atau hospital sehingga ke cedera `berat' yang terpaksa diletakkan di wad kecemasan. Senario ini sudah disedari umum.

Namun, perkara yang belum tertonjol ialah wujudnya ramai anak-anak yatim akibat dari kemalangan jalan raya. Saya tersentak membaca laporan mengenai kemalangan jalan raya menjadi `punca' kepada wujudnya sebahagian dari 300,000 anak-anak yatim. Bayangkan !

Senario ini tentu bukan baru, tetapi ia tidak ditonjolkan. Saya berharap ia perlu ditonjolkan melalui iklan-iklan kempen keselamatan jalan raya kerana saya ia memberi impak psykologi yang besar kepada pengguna .

Golongan anak yatim harus menjadi perhatian serius masyarakat umum kerana golongan tersebut bukan sahaja kehilangan ibu bapa tetapi juga turut hilang tempat bergantung menafkahkan mereka. Kesihanilah mereka ! Fahamilah bahawa mereka juga terpaksa hidup seperti orang lain, belajar dan sebagainya seperti orang lain .

Ketika di jalan raya kita harus selalu mengingatkan senario ini di benak kita agar sama-sama berwaspada ketika menggunakan jalan raya.

Ahad, 21 Februari 2010

Selaras cuti bersalin di antara sektor awam dan swasta

Melihat kepada keperluan mendapat rehat yang cukup untuk seorang wanita yang bersalin di samping keperluan masa yang menasabah untuk seorang ibu yang baru bersalin menyusui bayinya , saya bersetuju dengan pandangan bahawa ada keperluan bagi kerajaan meminda peraturan bagi membolehkan `cuti bersalin' dipanjangkan dari 60hari seperti yang ada sekarang kepada 90 hari seperti yang diminta oleh sesetengah pihak dan kesatuan sekerja.

Ia juga dilihat harus ada penyelarasan di antara sektor awam dan swasta. Ini bermakna hak mendapat cuti bersalin selama 90 hari itu bagi seseorang wanita yang bersalin itu ada di kedua-dua sektor -awam dan swasta.

Maka jika untuk pekerja di sektor awam peraturan yang berkaitan dengannya terdapat di bawah peraturan tertentu `Perintah Am' , pekerja di sektor swasta pula tertakluk di bawah peraturan di bawah Akta Pekerjaan 1955. Justeru kedua-dua `undang-undang' berkaitan harap dapat perhatian kerajaan untuk dipertimbangkan pindaannya.

Pada saya ini adalah salah satu langkah yang mencerminkan kerajaan `mesra rakyat' serta bertepatan dengan slogan`rakyat didahulukan'. Rasanya ia tidak menjejaskan produktiviti baik di sektor awam mahupun di sektor swasta. Kerana tempoh 90 hari merupakan `tempoh pemulihan' yang cukup bagi mereka terbabit mengumpul semula tenaga yang susut.

Lagi pun difahamkan sebahagian negara-negara ASEAN telah pun melaksanakannya sebagai langkah `menerima pakai Konvensyen 183 Pertubuhan Buruh Antarabangsa mengenai Perlindungan Bersalin yang menetapkan tempoh cuti bersalin lebih panjang serta peyusuan ibu dan penjagaan anak.

Sabtu, 20 Februari 2010

Antara 12 Rabiul Awal dan 14 Februari

Pada Jumaat depan bersamaan 12 Rabi'ul Awal tahun hijriah adalah hari kelahiran Nabi Muhammad SAW mengikut kalender Islam. Umat Islam di seluruh dunia akan menyambut ketibaan tarikh itu dengan pelbagai aktiviti bersesuaian.

Di Malaysia antara aktiviti yang sangat popular sejak beberapa lama ialah perarakan, selawat, merhaban, berzanji, dan lain-lain.

Buatlah aktiviti apa pun yang termampu, asalkan ia tidak melanggar garis panduan yang ditetapkan syariat, terutama yang telah digariskan oleh para jumhur ulama .

Umat Islam mesti mengingati tarikh ini lebih dari mengingati tarikh lain seperti `valentine day' dan harus lebih menyambutnya dari menyambut hari valentine yang jatuh pada 14 Februari setiap tahun.

Hari valentine mengikut pendapat para ilmuan Islam ia bercanggah dengan akidah Islam, kerana ia `mendewa-dewakan' seseorang yang tidak dibenarkan syarak . Maulidir Rasul ialah hari mengingati kelahiran Nabi Muhammad SAW -seorang Nabi dan Rasul.

Oleh itu , pilihlah hari kelahiran Nabi dan Rasul SAW kerana dia membawa kepada kita nur hidayah Islam dan iman. Di hari akhirat nanti, insya Allah dia akan bersama umatnya , termasuk kita .

Cuaca panas dan kesedaran sivik

Musim panas melanda beberapa bahagian di negara kita. Kedah dan Perlis mencatatkan suhu yang tertinggi daripada negeri-negeri lain. Dari satu sisi cuaca panas adalah ujian Allah ke atas hamba-Nya.

Peranan kita di dalam menghadapi cuaca panas begini ialah dengan mengelak dari pembakaran terbuka kerana ia mudah merebak, menghadkan penggunaan air kerana cuaca panas boleh mengurangkan takungan air di ampangan, jangan membuang punting rokok dengan sewenang-wenangnya bagi mereka yang merokok, jangan buat panggilan palsu dengan pihak bomba dan lain-lain lagi.

Jumaat, 19 Februari 2010

Terimalah pelaksanaan hukum syarak dengan hati terbuka

Kisah tiga wanita Islam yang dihukum sebatan mengikut kaedah syarak di penjara wanita Kajang pada 9 Februari lalu amat menarik.

Ketiga-tiga mereka dikatakan mengalami episod kesalahan yang sama iaitu melakukan perbuatan persetubuhan haram.

Bagi mereka hukuman yang dijatuhi ke atas mereka itu tidak seburuk seperti yang digambarkan sesetengah pihak sebelum itu, malah mereka reda dengan hukuman itu kerana yakin hukuman di akhirat kelak lebih dahasyat lagi.

Tetapi kita rasa amat malang kerana masih ada sesetangah pihak dari kalangan kita sendiri yang memperlihatkan rasa tidak berpuasa hati dengan pelaksanaan hukum syarak itu . Mereka mempertikaikannya. Tidak kiralah sama ada mereka bercakap bagi pihak diri sendiri atau pertubuhan atau institusi tertentu .

Kita ingin mengajak semua pihak yang mendakwa diri sebagai Muslim agar renungilah ke dalam diri kita dan tanyalah diri kita, siapalah kita yang hendak mempertikaikan hukum syarak, sedangkan hukum syarak itu datangnya dari Allah Azzawajalla.

Diri kita sendiri pun dicipta oleh Allah, Dialah yang menghidupkan kita dan kemudian akan mematikan mengikut ajal ketentuan-Nya, Dialah yang memberikan kita rezeki sehingga sesetengah dari kita hidup mewah dan kaya raya.

Dialah yang mengangkat darjat kita sehingga sesetengah dari kita berada di tempat yang cukup tinggi, dan banyak lagi barang anugerah Allah kepada kita yang kita tidak mampu menghitungnya.

Oleh itu sama-samalah kita hentikan dari mempertikaikan hukum syarak, berprasangka tidak baik dengannya dan berbagai lagi. Sebaliknya mari kita sama-sama bersyukur kerana kita berpeluang menjalankan hukum mengikut ketetapan Allah ; semoga dengan itu kita terlepas dari dosa disebabkan tidak melaksanakannya.

Khamis, 18 Februari 2010

Perihal lambakan pendatang asing

Secara umumnya kita ketahui mengenai kewujudan pendatang asing di negara kita kerana beberapa sebab; antaranya sebab keperluan di sektor industri, sektor perkhidmatan, sektor perladangan, galakan pelacongan dan galakan pendidikan. Terdapat dua jenis utama keberadaan mereka, iaitu secara sah dan tidak sah.

Sebenarnya tidak menjadi kesalahan `mengundang' mereka datang ke negara kita bagi tujuan seperti tersebut di atas, cumanya ia pelu dikawal dengan ketat dan tegas. Lebih penting lagi hadkan dengan tegas jumlah yang diperlukan. Dasar kita haruslah jelas bahawa keperluan kita kepada mereka hanya sebagai `pelakon pembantu' bukan `pelakon utama'.

Pelakon utama mesti rakyat kita sendiri. Ia membabitkan semua sektor, kecuali pelancongan sahaja. Dengan dasar yang jelas lagi tegas itu saya yakin fenomena lambakan itu tidak akan berlaku.

Berdasarkan prinsip tersebut, pada pandangan saya negara kita perlu tetapkan peratus keperluan orang asing di semua sektor, termasuk pendidikan. Pastikan semua pengusaha sektor perindustrian, perladangan, pembinaan, institusi pendidikan swata dan lain-lain benar-benar ikut dasar yang ditetapkan kerajaan .

Bagi sektor-sektor tertentu alasan klasik yang sering kita dengar untuk menjustifikasikan pengambilan orang asing ialah `rakyat tempatan minta gaji tinggi'. Usaha mesti dicari bagi mengikis alasan seperti ini.

Saya rasa tidak salah kalau bagi gaji tinggi sedikit kepada rakyat tempatan kerana kerajaan boleh ambil cukai daripada pendapatan mereka serta lain-lain cukai.
Sedangkan orang asing pendapatan yang diperolehi dihantar balik ke negara asal mereka. Tidak banyak cukai yang negara boleh dapat dari mereka.

Selain itu beberapa dasar mengenai kepelacongan juga pelu diteliti semula seperti dasar visa waktu ketibaan (VOA). Dasar yang longgar juga menjadi penyebab kepada lambakan pendatang asing.

Saya fikir cara ini boleh menghadkan kebanjiran pekerja asing yang melebihi dari sepatutnya sehingga merisaukan banyak pihak. Memang kedatangan warga asing membantu pertumbuhan ekonomi negara tetapi kalau hingga sampai memberi kesan negatif kepada negara pun tidak berbaloi juga.

Rabu, 17 Februari 2010

Lambakan kakitangan kerajaan ada kebaikannya

Baru-baru ini menerusi laporan media kita diberitahu kerajaan akan menambahkan lagi anggota pasukan keselamatannya serta perubahan kenaikan gaji mereka. Ini bermakna jumlah kakitangan akan meningkat dan peruntukan kewangan kerajaan juga dijangka turut meningkat.

Lantaran itu terdengar sestengah pihak mempertikaikannya sebab dikatakan dengan langkah itu beberapa cukai dikenakan kerajaan kepada rakyat, termasuk cukai bersendirian, cukai syarikat dan lain-lain lagi.

Kerajaan tentu ada rasionalnya sendiri untuk `melambakkan' kakitangannya. Namun sebagai rakyat kita dapat mencongak rasional di sebalik perlambakan kakitangan kerajaan itu.

Antaranya yang jelas ialah kerana di negara kita kebelakangan ini sudah wujud pertembungan antara pertambahan penduduk dengan perlambakan pendatang asing . Sebahagian dari mereka ada pula yang datang secara `haram' (PATI).

Berikutan pertembungan itu sudah tentu berlaku kesesakan sosial yang amat besar. Impak dari kesesakan sosial ini antara lain ialah gejala sosial seperti jenayah. Pada masa sama PATI juga harus ditangani oleh kerajaan . Ini juga memerlukan kakitangan yang cukup.

Dan kalau gejala sosial seperti jenayah sudah berleluasa siapa yang akan tanggung susah ? Begitu juga kalau pendatang asing terlalu ramai, terutama PATI hingga sukar dikawal , siapa yang susah ? Sudah tentu rakyat. Oleh itu tidak mengapalah kalau kerajaan mengguna sebahagian kutipan cukai itu untuk diperuntukan kepada kakitangannya.

Apa yang penting akibat dari tindakan itu ialah rakyat boleh hidup selesa, selamat, dapat menguruskan perniagaan, senang cari makan, boleh bergerak ke sana sini, dapat berhubung dengan keluarga , dengan rakan-rakan, berhibur, makan angin, jamuan terbuka, dan sebagainya.

Selasa, 16 Februari 2010

Punca isu buang bayi juga perlu diatasi

Isu buang bayi kini muncul lagi. Dalam tempoh seminggu terdapat empat bayi dilaporkan dibuang dengan berbagai bentuk. Malah ada yang sanggup membakarnya di tong sampah. Pilu dan menyedihkan !

Berbagai cadangan oleh masyarakat dikemukakan di media massa. Hatta kerajaan sendiri, menerusi kementerian tertentu mencadangkan agar bayi yang dilahirkan di luar diserahkan kepada kerajaan .

Hasrat kerajaan memang murni, namun ia cuma boleh menyelesaikan isu buang bayi tetapi punca kepada perbuatan buang bayi itu mungkin tidak boleh diselesaikan. Berdasarkan pendapat sestengah pihak isu itu datangnya dari perbuatan zina yang berleluasa. Maka untuk menghapuskan keadaan leluasa perbuatan zina bukan satu mudah.

Ini krana punca kepada perbuatan itu berbagai-bagai sekarang ini. Daripada pergaulan bebas yang berlebihan hingga kepada pendedahan dengan saluran yang beranika jenis dan kompleks, seperti internet dan sebagainya.

Masalah jaringan sosial juga dilihat turut menjadi puncanya, misalnya antara anak-anak dengan ibu bapa, keluarga, saudara terdekat, jiran tetangga, masyarakat setempat dan lain-lain lagi. Turut dilihat memain peranan ialah kedatangan `orang luar' yang membawa bersama mereka budaya `asing' dan sebagainya. Sebenarnya pola dan sistem sosial sekarang turut menjadi faktor kepada timbulnya permasalahan dan isu yang dihadapi sekarang ini.

Pendek kata jaringan sosial sekarang ini nampaknya tidak lagi terbatas kepada tempatan semata-mata tetapi bersifat global. Inilah masalahnya. Cuma apa yang boleh dijadikan penawar hanya dengan ajaran agama yang berterusan dan peningkatan pemantauan serta pengawalan oleh pihak terdekat sahaja menerusi berbagai mekansime yang difikirkan sesuai .

Isnin, 15 Februari 2010

Hidup di dunia perlu berbakti

Oleh Salleh Saad

Secara umum semasa hidup, yakni sebelum mati setiap manusia memerlukan berbagai keperluan asas seperti makan, minum, tidur, bersosial, beragama, berkahwin, berkeluarga, tempat kediaman, ilmu pengetahuan dan sebagainya.Sebagai seorang Muslim dan Mukmin pula mereka wajib mempercayai (beriman) bahawa hidup mereka akan menempuhi sekurang-kurangnya empat `alam' iaitu alam rahim, alam dunia, alam barzakh (kubur) dan alam akhirat.

Jelas di sini bahawa sebelum mati mereka akan berada di alam rahim terlebih dahulu . Alam ini bermaksud mereka berada di dalam kandungan ibu mereka, biasanya sembilan bulan. Setelah itu mereka pun dilahirkan.

Setelah dilahirkan mereka terus hidup di alam dunia. Semasa di alam dunia inilah mereka secara sedar atau tidak sedar akan mengalami dan memikul berbagai tanggungjawab demi mengisi keperluan asas tadi.

Bagi orang Islam antara perkara yang wajib mereka lakukan semasa hidup di dunia ini ialah berbakti kepada Tuhan mereka, iaitu Allah SWT, dengan mematuhi segala perintah-Nya dan menjauhi segala larangan-Nya.

Selain dari berbakti atau mengabdikan diri kepada Tuhan mereka juga mesti berbakti kepada kedua-dua ibu bapa mereka yang memelihara mereka sejak dari alam rahim sehingga mereka membesar dan dewasa di alam dunia ini, di samping itu mereka juga disuruh berbakti kepada bangsa dan negara .

Mengikut syariat Islam , mereka wajib mendirikan solat sehari semalam lima kali, membayar zakat jika cukup nisab serta haulnya, beramal soleh, memelihara perhubungan (silatur rahim) sesama ahli keluarga, saudara mara, jiran tetangga dan sebagainya.

Dengan lain-lain perkataan perjalanan hidup seseorang sebelum mati adalah terlalu banyak yang harus dilakukan baik untuk diri sendiri, keluarga, agama, negara dan sebagainya.

Bagi seorang Muslim selain dari tanggung untuk alam dunia mereka wajib membekalkan diri mereka dengan bekalan untuk alam-alam lain seperti alam barzakh dan alam akhirat. Maksud bekalan di sini ialah iman,amal soleh, hubungan silaturrahim, dan lain-lain amalan yang dibernarkan syariat.

Oleh itu , sebagai seorang Muslim marilah kita sama-sama bermuhasabah diri sejauh mana kita dapat melakukannya mengikut keupayaan kita . Di samping itu kita perlu juga menyediakan seberapa banyak bekalan untuk hidup bahagia di dua lagi alam - alam kubur dan alam akhirat. Wallahu a'lam.

Seorang suami yang baik

Oleh Salleh Saad


Dalam agama Islam suami adalah ketua rumah tangga . Oleh kerana itu suami diberikan tanggungjawab yang amat berat untuk menguruskan rumahtangganya. Ia bukan sahaja dari segi memberi makan minum bahkan termasuk pergaulan dengan mereka. Berasaskan tugas tersebut seorang suami wajar memiliki ciri-ciri kepimpinan yang baik agar semua ahli keluarganya dapat bernaung dengan selamat serta selesa.

Antara ciri-ciri penting itu ialah sikap amanah serta tanggungjawab terhadap isteri dan anak-anak. Memberi perhatian dan kasih sayang sepenuhnya kepada mereka . Memberikan mereka pendidikan dan pengetahuan agama serta memberikan mereka pendidikan akhlak yang baik dan sebagainya.

Allah SWT menyuruh suami bersikap baik terhadap isterinya. Firman-Nya yang bermaksud," dan bergaullah kamu (suami) dengan mereka (isteri) dengan cara yang baik. Kemudian jika kamu merasa benci kepada mereka disebabkan tingkah laku mereka , janganlah terburu-buru mencerai mereka kerana boleh jadi kamu bencikan sesuatu sedangkan Allah jadikan pada apa yang kamu bencikan itu kebajikan yang banyak (untuk kamu).

Terdapat riwayat yang menyebutkan Sayedina Umar Al-Khattab pernah dileteri oleh isterinya , Umi Khalthoum, lalu Sayedina Umar berkata," Kami telah memaafkannya kerana beberapa hak yang harus aku tanggung . Pertama, kerana dia menjadi dinding bagiku daripada api neraka , sehingga hatiku tenang dan jauh dari api neraka ; kedua dia menjaga rumahku dan hartaku ketika aku keluar. Ketiga dia menjadi tukang cuci pakaianku; keempat dia menjadi ibu kepada anak-anakku , dan kelima dia adalah tukang masak makananku.

Begitulah serba ringkas gambaran ciri-ciri seorang suami yang baik dan tanggungjawabnya terhadap ahli keluarganya selaku ketua dan pemimpin dalam institusi rumah tangga mengikut pandangan Islam. Sekian, wassalamu alaikum; wallahu a'lam.

Jangan biarkan isu tidak mahir dalam 3M berpanjangan

Amat terperanjat dengan laporan yang mengatakan sekarang ini terdapat lebih 60 peratus pelajar sekolah rendah tahap I belum memiliki kemahiran 3M (mambaca, menulis dan mengira). 3M adalah matlamat penting dalam kurikulum baru sekolah rendah (KBSR) yang mula diperkenalkan pada awal tahun 1980-an. Sesekali fikir ia seperti mustahil boleh berlaku sedemikian kerana tempoh tiga puluh tahun adalah agak lama.

Oleh itu, Kementerian Pelajaran diharapkan memberi perhatian serius terhadap isu ini dan jangan biarkan ia berpanjangan. Masyarakat tidak begitu jelas sektor manakah sebenarnya yang terbabit dengan fenomena itu. Namun logiknya ia besar kemungkinan terdiri dari pelajar-pelajar sektor luar bandar. Tentulah ada kekangan yang dihadapi mereka. kementerian barangkali lebih faham tentang perkara ini. Oleh itu atasilah ia supaya tidak berlarutan lagi.

Ahad, 14 Februari 2010

Cadang fatwa terhadap penggunaan gula

Oleh Salleh Saad

Kerajaan mengambil dua pendekatan agak berbeza terhadap isu kepenggunaan gula dan rokok. Kedua-dua jenis bahan `kegemaran' ramai itu digolong sebagai antara faktor penymbang kepada `kemusnahan' hidup manusia.Oleh demikian bagi mengawal orang ramai menggunanya kerajaan mengambil pendekatan menaikkan harga rokok dari masa ke semasa pada pembentangan bajet negara.

Gula pula kerajaan cuba mengurangkan pemberian subsidi dari masa ke semasa juga.Kesan buruk rokok kepada manusia mengikut sudut pandangan kesihatan antara lain ia membawa penyakit kanser paru-paru , sedangkan gula pula membawa penyakit kencing manis. Kedua-dua penyakit itu disifatkan termasuk dalam golongan `penyakit kronik' yang sangat ditakuti manusia.Selain tindakan yang bersifat kewangan kerajaan telah juga mengambil tindakan dari aspek keagamaan bagi rokok.

Sejak pertengahan tahun 1990-an lalu pihak berkuasa agama Islam telah menfatwakan rokok sebagai haram. Bagi umat Islam sesuatu yang haram itu akan mendapat balasan dosa sekiranya dilakukan. Berikutan itu beberapa negeri di Malaysia telah menguatkuasakan fatwa tersebut , hanya beberapa negeri lagi difahamkan belum mengambil tindakan sama.

Namun tindakan pengawalan terhadap kepenggunaan gula setakat ini belum lagi nampak dibuat dari aspek keagamaan seperti fatwa dan seumpama. Dengan mengambil kira status impak gula ke atas kesihatan manusia sama dengan rokok, kini masyarakt Islam tertanya-tanya sama ada gula juga wajar difatwakan sebagai haram.Saya fikir pihak tertentu wajar membuat sesuatu di dalam perkara ini kerana ia boleh merungkai kekeliruan dan dapat menjelaskan kedudukan takrif `bahaya' atau `mudarat' dari sudut sebenar syarak kepada orang ramai, terutama umat Islam.

Dasar insuran yang menggembirakan

Oleh Salleh Saad

Sekiranya langkah kerajaan untuk memberi premium insuran yang lebih rendah sebagai `ganjaran' kepada pemilik kenderaan yang melangkapkan kenderaan mereka dengan peralatan-peralatan keselamatan tertentu bagi mencegah kecurian menjadi kenyataan, saya fikir ini adalah suatu dasar yang sangat baik yang belum pernah diperkenalkan sebelum ini.

Justeru saya pasti rakyat akan merasa senang hati dengannya. Menurut laporan media massa dasar itu kini masih di peringkat `perbincangan' antara bank negara malaysia dengan persatuan insuran am malaysia. Pada saya dasar ini perlu dialu-alukan dengan sewajarnya di samping diharap akan menjadi kenyataan tidak lama lagi.

Bersepakat mencegah vandalisme agama

Oleh Salleh Saad

Saya amat terharu dengan kesepakatan sayap pemuda parti-parti politik yang berbeza ideologi di negara ini mengeluarkan satu kenyataan bersama `mengutuk' perbuatan vandalisme agama. Saya berharap bukan setakat itu sahaja tetapi mereka akan sama-sama berusaha bersungguh-sungguh membanteras gejala tersebut .

Akhir-akhir ini apa yang disifatkan sebagai vandalisme agama itu agak menjadi-menjadi terhadap beberapa agama tertentu di negara kita. Perbuatan ini sebenarnya amat negatif terhadap keharmonian kaum dan agama . Jika tidak dikawal dengan sewajarnya dibimbangi ia akan mengancam keselamatan negara pula.

Tindakan kawalan atau pencegahan mestilah bersifat bersepadu, maknanya tidak seharusnya diserahkan kepada agensi keselamatan semata-mata, sebaliknya harus libat banyak pihak .

Pendekatan seperti ini sepatutnya telah lama wujud. Ia kerana masalah mengenai agama seharusnya dilihat merentasi sentimen politik dan etnik, bukan sentimen agama secara mutlak. Lagi pun jika berlaku sesuatu yang tidak diingini tiada siapa pun yang beroleh untung.

Bagaiamanapun ia masih boleh dianggap menepati masa dan keadaan. Sama ada kita mahu akur atau tidak , sesuatu yang menjadi realiti di negara kita sekarang adalah ideologi politik tertentu itu bukan hanya terdiri dari etnik dan agama sama, tetapi berbagai. Oleh itu langkah itu amat dialu-alukan.

Berhat-hati terhadap kemalangan melibatkan kanak-kanak di eskalator

Oleh Salleh Saad

Kemalangan yang melibatkan kanak-kanak ketika menggunakan eskalator di pasar raya nampaknya kerap berlaku di negara kita kebelakangan ini. Terbaru berlaku di sebuah pasar raya di Petaling Jaya. Ia melibatkan kanak-kanak berusia lapan tahun.

Berikutan kemalangan itu Jabatan Bomba dan Penyelamat terpaksa dipanggil untuk menyelamatkan kanak-kanak yang malang itu dan disaksikan sendiri oleh ibunya yang membawanya ke situ.Saya fikir yang menjadi faktor utama kemalangan itu seumpama itu tak di mana ia berlaku , adalah ibubapa atau siapa juga yang membawa bersama mereka kanak-kanak terutama yang berusia di bawah 12 tahun.

Tidak salah membawa kanak-kanak ke pasar raya tetapi tidak boleh leka daripada memberi perhatian dan pengawasan terhadap mereka . Tidak wajar dengan sebab kelekaan orang dewasa menyebabkan kanak-kanak mendapat kemalangan itu.

Kita sedia maklum sebagai kanak-kanak apalah yang mereka ambil pusing sangat tentang sebab akibat sesuatu perkara itu . Misalnya mereka tidak peduli tentang risiko yang mungkin akan diterima dari kesilapan menggunakan eskalator dan sebagainya.

Oleh itu siapa juga yang membawa anak-anak kecil perkara ini harus sentiasa jangan leka. Untuk memudahkan sikap itu wujud , saya rasa pihak pengurusan mana-mana pasar raya perlu meletak papan tanda amaran bahaya di setiap tingkat berhampiran eskalator.

Bahkan jika terdapat peruntukan undang-undang tertentu di bawah kemeterian perumahan dan kerajaan tempatan, maka perlu dipamerkan peruntukan itu di pintu masuk setiap pasar raya yang ada eskalator sebagai langkah peringatan atau implikasi undang-undang sekiranya berlaku kemalangan sedemikian rupa.Sama-sama kita jaga kanak-kanak kita dari terlibat kemalangan seumpama ini.

Pergiatkan sebaran mengenai undang-undang siber

Oleh Salleh Saad

Undang-undang berkaitan dengan `etika' mengguna laman web , laman sosial dan sebagainya saya fikir perlu diperjelaskan kepada umum dengan seluas-luasnya dari semasa ke semasa supaya pengguna berkenaan mengetahui dan memahaminya.

Saya rasa berlakunya apa yang sering disebut sebagai penyalahgunaan laman web dan laman sosial seperti blog dan facebook mungkin sebenarnya disebabkan sebahagian dari mereka tidak mengerti atau tidak meahami secara lebih terperinci mengenai peraturan dan undang-undang tertentu berkaitan penggunaan siber.

Ini kerana kebanyakan kita, saya fikir tidak begitu mengambil kisah atau kurang berminat mengenai perkara-perkara yang berkaitan dengan undang-undang. Oleh itu langkah menggiatkan sebaran maklumat mengenai perkara itu dilihat lebih berkesan di samping mengingatkannya.

Teliti semula dasar wajib lulus BI dalam SPM

Oleh Salleh Saad

Kerajaan dilaporkan merancang untuk menjadikan mata pelajaran bahasa Inggeris sebagai wajib lulus di dalam peperiksaan SPM. Saya bimbang jika ia menjadi kenyataan ramai pelajar, terutama sekali di luar bandar dan kaum tertentu akan gagal mendapat sijil SPM.

Sekiranya ini berlaku saya rasa akan wujud suasana di mana-mana peluang-peluang pekerjaan menjadi lebih sempit untuk mereka. Justeru besar kemungkinan kadar pengangguran akan meningkat . Maka implikasinya terhadap sosio ekonomi juga mungkin tidak kurang hebatnya.

Selain itu, dasar ini kelihatan seakan-akan selari dengan keinginan sesetengah pihak untuk mewujudkan dua bahasa kebangsaan, iaitu BM dan BI. Jadi , amat baiklah jika rancangan itu diteliti semula dan kalau boleh dibatalkan dan kekalkan sahaja dasar yang sedia ada.

Sama-sama menjaga keselesaan memandu

Sekali lagi jalan raya dan lebuh raya kita akan berpesta dengan kenderaan menjelang musim cuti perayaan tahun baru Cina pada 14 Februari ini. Plus mengjangka kira-kira 1.3 juta kenderaan akan berada di lebuh raya utara selatan setiap hari, selama beberapa hari.

Bagi menghadapi situasi itu Plus dilaporkan akan menyusun jadual perjalanan untuk arah selatan dan utara dari KL dan sebaliknya, mengikut zon. PDRM pula dilaporkan akan mengerahkan 5,000 tenaga warganya bagi tujuan sama.

Ini tidak termasuk beberapa agensi lain yang berkaitan dengan jalan raya dan kenderaan. Jadi masing-masing dengan peranan tersendiri demi untuk keselesaan dan keselamatan orang ramai di jalan raya/lebuh raya. Lebih dari itu pengguna dan orang ramai sendirilah yang diharapkan agar sama-sama mengambil tanggungjawab di dalam menangani masalah ini dan mengelak dari berlaku kejadian-kejadian yang tidak diingini seperti kemalangan - berat dan ringan.

Hendaknya sedaya mungkin elakkan dari perlakuan yang boleh menjadi penyebab kepada kemalanagn dan lain-lain masalah seperti memandu terlampau laju, tidak mematuhi lampu isyarat, memotong ikut `suka hati' dan sebagainya . Saya catatkan begini kerana berpengalaman beberapa kali seperti ini ketika mengguna lebuh raya utara selatan pada musim perayaan pada masa lalu.

Siapa tiada hormat siapa ?

Saya rasa sekarang ini semacam sudah menjadi satu trend baru di dalam masyarakat kita di mana perasaan saling hormat menghormati antara satu sama lain itu tidak ada lagi. Baik sesama sebaya atau yang lebih tua usianya . Ia wujud dalam semua keadaan. Ketika berjalan kaki, menunggang motorsikal, memandu kenderaan - berat atau ringan , membeli makan/minum di gerai, mebeli ahkbar dan sebagainya.

Slogan "siapa dahulu didahulukan" yang pernah dijadikan amalan sebelum ini seolah-olah sudah hilang dan gantinya "siapa cepat dia dapat". Lalu wujudlah tingkah laku yang gelojoh, tamak, tidak sabar dan sebagainya. Penting diri sendiri, tidak mempedulikan orang lain dan lain-lain lagi. Mungkin ini berbeza dengan budaya di sesetengah negara lain, walahu a'lam.

Tetapi inilah `budaya' yang semakin menonjol di negara kita. Sama ada tua atau muda, lelaki atau perempuan, remaja atau dewasa, tinggi atau rendah kedudukannya perlakuan seperti ini semakin kelihatan menjadi-jadi.

Apakah ini merupakan salah satu kesan `tekanan' di dalam kehidupan moden atau keterabaian didikan agama dan moral atau tiada lagi wujudnya proses sosialisasi budaya seperti pernah diamalkan pada zaman dulu antara ibu bapa dengan anak-anak ?

Lihat perarakan maulidur rasul di Malaysia dari sisi kenegaraan , bukan keagamaan.

Perarakan maulidur rasul di Malaysia adalah satu tradisi rasmi negara . Oleh itu ia hendaklah tidak harus dilihat dari sisi agama semata-mata tetapi harus dilihat dari sisi perlembagaan sama.

Ia lebih bersifat kenagaraan dari keagamaan. Inilah tradisi di Malaysia. Perlembagaan menetapkan agama Islam sebagai agama negara (persekutuan). Semasa perlembagaan mula digubal di awal tahun 1950-an dulu semua pihak menerima hakikat ini.

Oleh itu sebarang perayaan rasmi yang dilangsungkan secara tradisi harus diterima oleh semua pihak sebagai perayaan tradisi negara , bukan agama tertentu. Ini termasuk juga pearakan agama lain, kerana itu juga ditulis di dalam perlembagaan dan diterima oleh semua pihak juga.

Maka di sini dengan penuh harap supaya ini difahami bersama oleh semua rakyat Malaysia.

Sabtu, 13 Februari 2010

Terima nasihat TPM, elak prasangka buruk

Prasangka buruk terhadap pihak lain adalah satu sikap dan sifat yang keji dan wajar dijauhi oleh mana-mana pihak juga. Ini kerana ia memberi kesan yang sangat buruk kepada kedua-dua pihak yang terlibat sama ada secara individu mahupun secara berpuak. Antara kesan buruk daripada sikap itu ialah wujudnya perasaan hasad dengaki dan dendam. Lebih panjang sikap itu disimpan di hati lebih lama perasaan dendam membara di dada.

Bertambah buruk apabila ia melibatkan sesuatu kaum. Di Malaysia jika sikap dan sifat itu dijadikan amalan di dalam kehidupan , sosial , ekonomi, pendidikan dan lain-lain ia akan mendatangkan kesan yang amat buruk, bukan sahaja kepada antara pihak atau kaum terbabit tetapi juga rakyat dan negara secara keseluruhannya.

Oleh itu berhati-hatilah daripada terjebak dengan sikap prasangka dan seberapa boleh dari semasa ke semasa kikiskan sikap dan sifat itu daripada melekat di hati setiap orang rakyat negara ini. Kita hendaklah sama-sama pentingkan serta dahulukan kesejehteraan , keharmonian , keamanan, dan kemakmuran negara. Ia penting supaya setiap orang dapat menjalankan kehidupan masing-masing dengan selamat dan licin.

Bagi Muslim sikap prasangka ini dilarang sama sekali oleh ajaran Islam dan ia tergolong dalam dosa, (surah al-Hujrat, 12). Maka peringatan Timbalan Perdana Menteri , Tan Sri Muhyiddin Yasin seperti disiarkan media pada 13 Februari 2010, wajar diambil perhatian serius oleh semua pihak.

Marilah berdoa memohon kebaikan bersama

oleh Salleh Saad

Assalamu alaikum warahmatullah....Tajuk berita sebuah akhbar baru-baru ini berbunyi: Gempa bumi: Malaysia tidak terkecuali agak menarik perhatian. Saya tertarik dengan tajuk itu kerana bukan dilihat dari sudut geografi, geologi atau kejuruteraan bangunan tetapi juga dari sudut agama, terutama bagi umat Islam.Bagi saya , saya akan melihatnya dari sudut agama . Ini pun bukanlah bermakna saya alim sangat dalam selok belok agama, namun saya fikir ia juga ada relevansinya .

Berdasarkan kepada hadis-hadis Nabi SAW gempa bumi merupakan salah satu daripada tanda-tanda akan tibanya hari kiamat. Ertinya jarak masa untuk ketibaan hari kiamat itu adalah `amat dekat'. Bagi umat Islam ia sangat menggerunkan.Apa yang dikhuatiri sangat dengan ketibaan hari kiamat itu ?

Bagi orang-orang Islam mempercayai berlakunya hari kiamat itu adalah `wajib' kerana ia melibatkan akidah, iaitu keyakinan terhadap kekuasaan Allah untuk menjadikan sesuatu.Sesuatu yang melibatkan akidah mesti diberi perhatian serius kerana ia asas kepada segala ibadat yang lain seperti solat, puasa, zakat, sedekah dan sebaganya .

Makna hari kiamat itu sendiri dari segi ajaran Islam ialah merupakan `hari terakhir' bagi kehidupan di dunia ini. Ia akan muncul pula `alam' lain yang dinamakan hari akhirat. Pada ketika berlaku hari kiamat itu `pintu taubat' ditutup.Apa kesannya apabila pintu taubat ditutup.

Kesannya kepada orang Islam ialah segala permohonan untuk bertaubat atau memohon ampun daripada Allah SWT terhadap segala kesalahan yang dilakukan semasa menjalani kehidupan di dunia ini tidak diterima lagi oleh Allah SWT.Pada hal tiada siapa pun sebagai manusia biasa tidak melakukan kesalahan atau dosa lantaran `melanggar perintah Allah' atau pertaturan-peraturan yang ditetapkan oleh agama (Islam).

Justeru umat Islam digalakkan agar sentiasa memohon keampunan daripada Allah SWT atau dengan bahasa popular disebut `beristighfar' kepada Allah .Maka dalam hal ini penyediaan kepada berlakunya hari kiamat itu bagi orang Islam ialah dengan mengambil sikap lebih berhati-hati di dalam menjalani kehidupan di dunia ini , baik dari segi akidah mahupun dari segi yang melibatkan hukum-hukum syarak.Lebih lagi ketika keadaan kehidupan di dunia semakin mencabar seperti sekarang.

Ini tidak dapat dinafikan. Apatah lagi dengan berlakunya perkembangan teknologi moden dari segi komunikasi dan lain-lain .Akibat suasana yang sedemikian rupa tidak dapat tidak keimanan umat Islam juga turut tercabar.

Oleh itu dalam semua perkara umat Islam terpaksa menghadapinya dengan berhati-hati serta bijaksana.Saya rasa tidak keterlaluan dalam tulisan ini sekiranya saya memperingatkan diri saya sendiri dan sesiapa juga dari kalangan umat Islam agar kita melihat gempa bumi dan lain-lain `malapetkata' yang kerap sangat berlaku di dunia sekarang ini sebagai sesuatu yang dijadikan asas bagi kita untuk menambahbaikan lagi hubungan kita dengan Allah Azzawajalla. Marilah sama-sama kita memohon agar kita serta negara kita terselamat daripada segala malapetaka termasuk juga gempa bumi. Wallahu a'lam.

Jadikan bencana untuk bermuhasabah

oleh Salleh Saad

Hari kiamat bermaksud anatara lainnya ialah hari yang dibangkitkan. Ia merujuk kepada `peristiwa besar' yang pasti akan berlaku sebagai penyudah kepada kewujudan alam dunia ini. Menurut Islam peristiwa itu berlaku mengikut proses insiden-insiden tertentu dari masa kemasa mengikut ketentuan Allah - Tuhan Yang Maha Berkuasa.Setiap orang Islam wajib percayainya tanpa banyak helah lagi.


Ini kerana ia adalah juga sebahagian dari cabang akidah Islam.Menurut Islam ia pasti akan berlaku. Cuma tarikh sebenar berlakunya sahaja yang tidak diketahui oleh sesiapapun , kerana Allah tidak memberitahu sesiapapun hatta Rasul-Nya, Nabi Muhammad SAW sekalipun.

Walaupun begitu baginda Rasulullah SAW telah menerangkan menerusi hadis-hadisnya akan petanda-petanda tertentu yang berkaitan dengan peristiwa hari kiamat itu untuk menjadi pengajaran serta peringatan kepada umatnya .Antaranya hadis dari Abu Hurairah r.a. yang menyebut Nabi Muhammad SAW bersabda (maksudnya) , " Tiada berlaku hari kiamat itu hingga diambil ilmu pengetahuan dan banyak berlakunya gempa bumi, dan masa menjadi amat pantas, dan timbul banyak fitnah dan kacau bilau - pembunuhan dan peperanganm - hingga banyaklah pada kamu harta benda yang melimpah ruah".

Keterangan

Pada hadis tersebut baginda Rasulullah SAW menerangkan tanda-tanda hari kiamat. Baginda menjelaskan hari kiamat itu tidak akan berlaku sehinggalah wujudnya perkara-perkara berikut:

1. Terhapusnya ilmu pengetahuan (agama) iaitu dengan matinya ulama-ulama yang ikhlas, dan banyaknya orang-orang bodoh dilantik menjadi ketua.

2. Banyak terjadinya gerak gempa di sana sini hingga meranap sama sekali bangunan dan sebagainya.

3. Masa menjadi semakin suntuk dan pantas sehingga setahun dirasakan seperti sebulan, sebulan seperti seminggu dan begitulah seterusnya. Dalam hal ini ada sesetengah ulama mengatakan maksud `kesuntukan masa' itu ialah sebagai persamaan berlakunya banyak `kejahatan' dari `kebaikan'.

4. Banyaknya berlaku fitnah serta bala bencana di seluruh pelusuk dunia.5. Banyak berlaku hura hara yang membawa kepada permusuhan, bunuh membunuh dan peperangan di sana sini di antara satu sama lain. Ada pula sesetengah pihak mengambil kesempatan mengumpul harta benda sehingga melimpah ruah.

Pengajaran

Berpandu kepada hadis di atas kita boleh melihat apa yang sedang berlaku di dalam kehidupan dan persekitaran kita pada masa ini. Semoga ia kita dapat dijadikan sebagai satu peringatan serta pengajaran untuk kita memperbaiki dan bermuhasabah diri sendiri dan keluarga serta memohon doa agar sentiasa mendapat hidayah-Nya. Wallahu a'lam.

Bergaul dengan orang soleh

Oleh Salleh saad

Islam bukan semat-mata agama akidah tetapi ia juga sebagai addin. Yakni menurut pandangan para ulama Islam ia mencakupi semua aspek kehidupan manusia di dunia ini. Allah jadikan manusia bukan sahaja dengan mengisikan ke dalam diri mereka organ-organ tertentu yang boleh disaksikan dengan mata kasar atau sekalipun dengan peralatan teknologi canggih.

Jauh dari itu Allah SWT ciptakan nafsu keinginan dan akal fikiran.Dengan adanya unsur-unsur itu manusia perlukan berkawan, berpakaian, berkasih sayang , berkahwin dan sebagainya selain dari makan, minum, tidur, bercakap dan lain-lain.

Namun untuk menjadikan kesemua itu berada di dalamkesempurnaan serta tidak tersasar dari syariat dan akidah Islam menggariskan peraturan-peraturan tertentu supaya tidak melampaui batas `fitrah' yang ditetapkan Tuhan.Misalnya dari segi mengambil makanan dan minuman, percakapan malah pergaulan sekalipun ada peraturan-peraturan tertentu yang mesti dipatuhi, terutama bagi mereka yang menerima Islam sebagai agamanya.

Untuk mendapatkan kebaikan dalam pergaulan lebih-lebih lagi dari segi ilmu dan akhlak yang mulia mengikut syariat Islam, agama itu menggalakkan umatnya agar sentiasa berdamping rapat dengan `orang-orang soleh'.Mereka itu adalah golongan yang sentiasa mengingati Allah dan Rasul-Nya pada setiap masa.

Justeru mereka rajin beribadat kepada Allah dan sentiasa mempamirkan akhlak yang mulia yang boleh dicontohi mengikut perspektif Islam.Dalam surah al-Kahfi, ayat 28 Allah menerangkan seperti berikut (maksudnya), " Dan bersabarlah kamu bersama-sama dengan orang yang menyeru Tuhannya di pagi hari dan senja hari dengan mengharapkan keredaan-Nya; dan janganlah kedua matamu berpaling dari mereka (kerana) mengharapkan perhiasan kehidupan di dunia ini, dan janganlah kamu mengikuti orang yang hatinya telah Kami lalaikan dari mengingati Kami serta menurut hawa nafsunya dan mereka adalah kaum yang melampaui batas".

Begitulah Islam megatur dan mengajar umatnya dari segi pergaulan dengan orang-orang yang soleh atas dasar untuk mendapat kebaikan, ketakwaan, dan akhlak yang baik dan juga untu memperoleh tambahan ilmu pengetahuan yang boleh diamalkan di dunia ini dan sebagai bekalan ke akhirat kelak.

Dalam hal ini Nabi Musa menjadi contoh terbaik apabila baginda sanggup mengambil perjalanan yang jauh lagi meletihkan demi mendapatkan ilmu pengetahuan yang lebih dan berfaedah dengan mengikut bersama seorang hamba Allah yang soleh (Nabi Khidir) . Nabi Musa a.s. amat menghormatinya seperti digambarkan di dalam al-Quran surah al-Kahfi. Nabi Musa berkata (seperti firman Allah yang bermaksud," Musa berkata;" Bolehkah aku mengikutmu supaya kamu mengajarku mengenai ilmu yang benar di antara ilmu-ilmu yang telah diajarkan kepadamu". ( al-Kahfi: 661)Untuk berdampingan dengan orang-orang soleh sabar adalah salah satu sifat yang sangat-sangat diperlukan kerana dalam perjalanan hidup mereka banyak ranjau dan `ujian' .

Allah menguji iman seseorang melalui pelbagai ujian . Lagi tinggi kedudukan imannya lagi tinggilag unjian yang dihadapinya. Justeru kesabaran mengahdapi setiap ujian adalah nilai yang amat berharga bagi orang Mukmin. Allah SWT menyebutnya di dalam al-Quran," Wahai orang-orang yang beriman mintalah pertolongan (untuk menghadapi susah payah dalam menyempurnakan sesuatu perintah tuhan) dengan bersabar dan dengan mengerjakan (sembahyang), kerana sesungguhnya Allah menyertai (menolong) orang-orang yang sabar." (al-Baqarah, 153.

Kesimpulannya sebagai orang Islam dan demi mendapatkan ilmu pengetahuan mengenai syariat , amal ibadat dengan sempurna serta bekalan untuk hari akhirat , kita seharusnya memilih orang-orang yang soleh sebagi salah satu kumpulan rakan . Dengan harapan agar kita memperoleh kebaikan di dunia dan akhirat.

Wallahu a'lam.

Visa waktu tiba patut kaji semula

Oleh Salleh Saad

Sungguhpun sektor pelancongan boleh menyumbang kepada pendapatan negara tetapi dari beberapa sisi lain kerajaan wajar melihatnya juga, terutama dalam konteks jangka panjang bagi menjamin negara terus berada dalam keadaan stabil.

Saya rasa tibalah masanya sekarang kerajaan mengkaji semula dasar keluar `visa waktu tiba' itu sama ada untuk ditarik balik atau diteruskan dengan membuat pengubahsuaian dalam beberapa segi yang patut misalnya dari segi jumlahnya atau mengenalpasti negara-negara tertentu dan sebagainya.

Ini untuk memastikan yang masuk akan keluar dengan baik dan selamat dan yang ingin tinggal lebih lama di sini dapat mematuhi segala perturan atau undang-undang yang sedia ada serta boleh memberi sumbangan tertentu kepada negara , baik dari segi ekonomi atau lain-lain lapangan.

Satu pengiktirafan bermakna

Oleh Salleh Saad

Tidak dinafikan semakin padat penduduk di sesebuah negara itu semakin banyaklah kejadian jenayah berlaku. Senario ini tentulah menimbulkan rasa takut serta cemas di kalangan masyarakat.Namun senario ini boleh dihadapi dengan jayanya jika ada kerjasama antara rakyat dengan kerajaan, terutama dengan pasukan keselamatan.Dalam hal ini nampaknya kerajaan amat peka.

Ini berikutan dengan usaha mengambil pelbagai langkah untuk menghadapinya seperti menambahkan keanggotaan pasukan keselamatan, polis dan sebagainya di samping usaha-usaha menambahbaikan perkhidmatan kepada rakyat keseluruahnya.Selain itu usaha-usaha juga dilakukan bagi memperluaskan lagi liputan pengawasan serta pencegahan jenayah, misalnya pada tahun ini kerajaan menerusi PDRM telah mengambil 1,533 anggota Sukarelawan Simpanan Polis (SSP) dari Angkatan Relawan Rakyat (Rela) dan Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) .

Langkah ini dilihat amat tepat dengan tuntutan dan keperluan semasa , terutama di kawasan-kawasan yang dikelasfikasikan sebagai `panas' seperti di Kuala Lumpur, Johor, Pulau Pinang dan lain-lain. Kita patut berterima kasih dan bersyukur.Ini juga dilihat merupakan satu pengiktirafan bermakna kepada kedua-dua agensi tersebut .

Ini kerana kedua-duanya sebelum ini pun didapati banyak `membantu' agensi-agensi lain, khususnya di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) ketika membuat sesuatu operasi.Apa yang diharapkan ialah kerjasama dari rakyat dalam usaha untuk menghapuskan kegiatan jenayah yang semakin banyak itu. Juga dipercayai melalui perhatian serius kerajaan terhadap perkara ini serta kerjasama semua pihak ia akan menghasilkan natijah yang baik.

Negara perlukan masyarakat harmoni

Oleh Salleh Saad

Menjelang tahun baru 2010 ini negara kita dilanda oleh isu-isu yang kurang selesa terutama isu-isu yang berkaitan dengan agama. Negara kita sejak sebelum merdeka lagi sudah didiamai oleh rakyat pelbagai kaum, budaya, adat resam dan agama.Malah dari segi peemerintahn negara pun ia ditadbir oleh gabungan parti-parti politik yang mewakili pelbagai kaum, budaya dan agama.

Sejak merdeka hingga masa ini gabungan parti-parti itu mampu memerintah dengan aman dan makmur.Sebenarnya kepelbagaian kaum, budaya dan agama tidak menjadi masalah . Apa yang penting ialah kita sewajarnya saling hormat menghormati antara satu sama lain bagi menjamin keadaan yang harmoni dan tenteram yang dikecapi selama ini akan berterusan buat selama-lamanya.

Ia kerana menerusi keadaan yang sedemikian membolehkan kita menjalani kehidupan bersosial, beragama serta berbudaya dengan licin dan tenteram, tanpa ada gangguan oleh apa jua elemen yang tidak sihat.Seperti kita sedia maklum pelabur-pelabur sama ada dari dalam atau dari luar negara juga memerlukan keadaan hubungan antara sesama rakyat berada di dalam situasi yang harmoni, bukan kucar kacir dan sebagainya di samping kestabilan politik.Sistem demokrasi sahaja tidak memadai bagi sesebuah negara sekiranya aspek-aspek lain seperti keharmonian sosial tidak wujud.

Ini kerana ia tidak akan menyumbang kepada pulangan positif kepada pelaburan .Malah kesan sampingan lain mungkin lebih banyak timbul seperti rakyat tidak bebas bergerak untuk bekerja , berniaga, belajar dan sebagainya.Sudah tentu situasi seperti ini akan membantut pertumbuhan ekonomi sama sekali. Justeru rakyat keseluruhannya akan menghadapi kesukaran hidup. Oleh itu kita harus mencari jalan yang lebih mengutungkan kepada semua pihak .

Program kerja di rumah menguji integriti

Oleh Salleh Saad

Kementerian Kerja Raya telah memperkenalkan Program Kerja Dari Rumah mulai awal tahun ini. Saya rasa ini merupakan buat julung kalinya program seumpama ini diperkenalkan dalam sektor perkhidmatan awam Malaysia.

Difahamkan seramai 39 orang dipilih untuk program tersebut.Saya ingin mengucapkan syabas kepada kementerian berkenaan dan ucapan sama juga kepada mereka yang terpilih. Semoga program ini akan berjaya dan menjadi ikutan kepada lain-lain kementerian di masa depan.

Apa yang ingin saya ketengahkan di sini ialah mengenai beberapa cabaran yang mungkin akan dihadapi oleh mereka yang terpilih ketika melaksanakan tugas tersebut. Kemungkinan ini adalah berasaskan pendapat saya semata-mata.Antara cabaran itu saya lihat ialah dari segi perubahan persekitaran tempat kerja.

Perubahan ini dilihat akan mempengaruhi psykologi dan sebagainya. Ini kerana susana di pejabat pasti berbeza dengan suasana di rumah. Justeru suasana bekerja juga turut berubah.Di pejabat tiada di kelilingi oleh keluarga. Semuanya rakan-rakan sekerja belaka. Sedangkan di rumah pula adalah sebaliknya. Oleh itu di rumah memerlukan persefahaman yang meluas daripada semua pihak.

Lagi pun suasana bekerja di pejabat boleh dikatakan secara zahirnya sentiasa diawasi secara langsung oleh pihak yang lebih atas, namun mungkin berbeza sedikit ketika bekerja di rumah , meskipun kini terdapat kaedah komunikasi yang canggih yang boleh digunakan sebagai `peratara' untuk tujuan pengawasan.Justeru ini dilihat sebagai cabaran yang agak besar.

Ia memerlukan kesabaran, kejujuran malah tidak keterlaluan kalau dikatakan memerlukan tahap keimanan yang tinggi, selain dari aspek disiplin.Dari aspek lain saya rasa kurang begitu mencabar , bahkan dari segi kewangan dan masa sudah pasti ia lebih menjimatkan berbanding dengan di pejabat, lebih-lebih lagi kalau kedudukan tempat tinggal dengan pejabat itu jauh berpuluh-puluh kilometer.Apapun saya cukup kagum dengan mereka yang terpilih untuk program ini.

Ini kerana ia bukan sahaja satu suasana kerja yang mudah walaupun seolah-olah nampaknya mudah tetapi terpaksa berhadapan dengan keadaan bekerja berbeza sama kali dengan di pejabat yang sejak sekian lama dilalui.Oleh itu diharapkan mereka yang terlibat itu akan dapat melaksanakan dengan jayanya seperti ditentukan oleh majikan mereka dan semoga program printis ini boleh menjadi `program tetap' bagi sektor-sektor terpilih di dalam sektor perkhidmatan awam keseluruhannya. Ini kerana ia dilihat ada kebaikan tertentu sekiranya dilaksanakan secara penuh iltizam.

Mengalukan kaji harga perkhidmatan jalur lebar

Oleh Salleh Saad

Hari ini akhbar melaporkan Kementerian Penerangan, Komunikasi dan Kebudayan akan mengkaji semula harga langganan jalur lebar supaya tidak membebankan rakyat. Selaku pelanggan jalur lebar saya amat mengalu-alukan langkah kerajaan ituMenurut laporan media kementerian berkenaan akan membandingkan kadar bayaran di beberapa buah negara jiran dengan harga itu di negara kita.

Saya rasa jika harga perkhidmatan tersbut sekarang ini dapat diturunkan adalah sangat baik bagi pelanggan yang kurang mampu seperti golongan pesara dan golongan-golongan lain yang sama taraf.Usaha kerajaan untuk melebarluaskan penggunaan jalur lebar sehingga ke kawasan luar bandar sangat baik dan bersesuaian dengan kehendak semasa dari segi pembangunan dan penjanaan masyarakat madani serta pembangunan insan.

Menerusi tulisan ini saya berharap kerajaan tidak melengah-lengahkan hasrat tersebut demi faedah rakyat khasnya pelanggan jalur lebar yang kurang berada, termasuk mereka di luar bandar.

Sokong cadangan pindaan peraturan pilihan raya

Oleh Salleh Saad

Setelah mengalami beberapa insiden yang tidak diingini pada pilihan raya-pilihan raya yang lalu dan setelah mengendalikan berpuluh kali pilihan raya umum dan kecil sejak sekian lama Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah mengambil keputusan meminda beberapa peraturannya. Cadangan pindaan beberapa peraturan itu dijangka akan dibentangkan di sidang Parlimen tahun depan.

Dipercayai langkah SPR itu adalah bertujuan untuk melicinkan proses pilihan raya yang diadakan dari masa ke semasa. Berdasarkan pengalaman kita semua maklum bahawa beberapa insiden yang tidak begitu baik dari segi ketenteraman awam telah berlaku pada beberapa pilihan raya yang lalu , baik semasa hari penamaan calon mahupun pada hari membuang undi.

Ini mungkin salah satu sebabnya dek kerana kaedah pengendaliannya tidak begitu kondusif atau sesuai dengan keadaan politik sekarang. Berbanding dengan beberapa puluh tahun lalu sekarang pengundi dan orang ramai bukan sahaja semakin bertambah tetapi parti-parti politik juga turut semakin bertambah.

Oleh itu cadangan SPR untuk meminda beberapa peraturan khususnya mengenai tempoh masa penamaan calon dan masa bertenang sangat-sangat dialukan.Mengikut laporan media tempoh hari penamaan calon akan ditambahkan lagi sehingga tiga hari berbanding hanya tidak sampai 10 jam sekarang. Begitu juga dengan tempoh bertenang yakni tempoh `berehat' setelah berkempen beberapa hari dilanjutkan lagi dari beberapa jam sekarang kepada 24 jam.

Saya lihat langkah ini amat wajar demi mengelak berulang berlakunya sesuatu insiden yang tidak diingini. Dengan adanya tempoh yang panjang bagi kedua-dua `sesi' yang boleh dianggap panas itu akan mengurangkan tekanan perasaan penyokong-penyokong parti-parti yang bertanding.

Dipercayai seseorang yang berada di dalam keadaan dan suasana yang tenang sukar untuk bertindak di luar kawalan akal yang waras. Semoga langkah SPR itu akan mendapat sokongan semua pihak.

Tindakan kerajaan menghapuskan VOA kepada rakyat negara tertentu dialukan

Oleh Salleh Saad

Tindakan kerajaan menghapuskan VOA kepada rakyat negara-negara tertentu yang menimbulkan masalah kepada negara kita seperti antara lain India, Pakistan, Afghanistan, Sri Lanka amat dialu-alukan.

Saya rasa harus ada banyak lagi negara yang sebahagian rakyatnya terlibat dengan tindakan pemansuhan VOA itu. Ini kerana kebelakangan ini kita dapati, menerusi laporan media , sebahagian rakyat dari beberapa negara tertentu, terutama negara-negara dari Asia Selatan dan benua Afrika menimbulkan banyak masalah kepada negara kita.

Ini terbukti dengan beberapa tangkapan dan penahanan warga-warga negara tertentu yang terlibat dengan penyeludupan dadah bernilai jutaan ringgit, penculikan, kehilangan tanpa dapat dikesan , merompak, mencuri, mengganggu rakyat negara kita dan berbagai lagi. Jadi , tindakan kerajaan itu amat tepat sekali dan diharapkan tindakan begini akan berterusan .

Rabu, 10 Februari 2010

Selamatkanlah bayi

Oleh Salleh Saad

Menurut sejarah Islam, masyarakat Arab sebelum Islam dikenali sebagai `masyarakat jahiliah'. Di antara amalan tradisi masyarakat tersebut adalah `menanam hidup-hidup' anak-anak perempuan mereka.

Tradisi itu dihapuskan setelah kedatangan Islam. Ajaran Islam mengharam sama sekali perbuatan itu. Namun setelah zaman berubah begitu jauh dan dikenali sebagai zaman moden, fenomina itu berlaku lagi. Dalam minggu ini sahaja media melaporkan dua bayi `dibuang' oleh orang-orang tertentu.

Kesian! Bayi yang tiada tahu apa-apa menjadi mangsa. Bagaimana kalau bayi itu boleh bercakap ? Tentu sekali mereka akan protes dan mendakwa orang-orang yang membuat mereka begitu rupa.

Maka amat baiklah bagi orang-orang yang dikurniakan akal fikiran tidak menzalimi bayi yang tidak berdosa. Wa `iyazubillah.

Berakhirlah sudah kemelut politik di Perak

Oleh Salleh Saad

Dengan keputusan mahkamah Persekutuan kelmarin mengenai kedudukan `muktamad' Menteri Besar Perak , hendaknya kemelut politik di Perak yang memakan masa kurang lebih setahun itu sudah berakhir. Menurut keputusan sebulat suara lima Hakim itu, Menteri Besar adalah Dr. Zambry Abdul Kadir.

Tidak kiralah siapa yang `menang' atau siapa yang `kalah'. Yang penting kemelut itu perlu diselesai dan ditamatkan. Ini kerana ia tergantung agak lama. Kesannya meletakkan minda orang ramai berteka teki siapa yang sepatutnya memerintah negeri itu.

Teka teki itu bukan sahaja di kalangan rakyat negeri Perak tetapi juga di seluruh negara. Kini teka teki itu sudah habis . Oleh itu pihak yang `menang' harus bersyukur dan teruskan usaha untuk memberikan rakyat hidup lebih selesa. Yang `kalah' pula harus terimanya dengan penuh sabar. Anggaplah ia satu takdir, yakni berlaku atas kehendak Allah jua.

Atas prinsip itu kedua-dua pihak harus bersikap tidak menyinggung pihak lain, dan harus ada pihak lain tidak berdendam terhadap pihak tertentu, sebaliknya harus berada di dalam suasana ukhuwah dan jalinan hubungan yang baik. Dengan itu diharap rahmat Allah akan mencurah dan kemakmuran harus dapat dikecapi oleh semua yang berhak.

Sokong pendaftaran pemilih automatik tetapi tidak setuju tindakan mewajibkan keluar mengundi

Oleh Salleh Saad

Cadangan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mewujudkan pendaftaran pemilih secara automatik dan online amat dialu-alukan. Ini adalah satu langkah positif dari segi pengwujudan peluang luas kepada rakyat menunaikan hak mereka dalam sistem pemerintahan demokrasi di negara ini . Apatah lagi ia diberikan secara automatik . Sudah tentu langkah ini amat wajar disambut baik oleh seluruh rakyat.

Namun langkah mewajibkan keluar mengundi dan mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang tidak keluar mengundi, saya berpendapat sesuatu yang tidak wajar. Ini kerana tidak semua orang berada dalam keadaan lapang atau `senang' dalam sesuatu waktu tertentu. Mungkin ada yang mempunyai urusan mustahak yang tidak dapat dielakkan, sakit, dan lain-lain keuzuran lagi. Semua ini perlu diambil kira seadilnya.

Lagi pun bagi memastikan berapa ramai yang akan keluar mengundi biarlah tanggungjawab itu dibuat oleh part-parti atau pihak-pihak yang bertanding di dalam sesuatu pilihan raya yang diadakan. Badan pengurusanan pilihan raya seperti SPR saya rasa tidak perlu mengambil tanggungjawab itu.

Parti atau pihak mana yang bekerja keras untuk mendapat kemenangan , mereka akan berusaha bersungguh-sungguh mencari pengundi-pengundi mereka. Bukan orang lain. Lagi pun dari satu sudut memaksa rakyat sedemikian akan mendatangkan implikasi yang tidak enak kepada parti yang memerintah sendiri. Perkara ini pun patut diambil kira juga.

Ini kerana ia melibatkan perasaan rakyat khususnya pemilih, sedangkan lazimnya perasaan itu boleh menetukan sikap dalam membuat keputusan memilih . Ini telah pun ditunjukkan di dalam keputusan pilihan raya umum lalu.

Saya rasa Malaysia tidak seperti negara lain dari banyak segi, misalnya dari segi pola politiknya, struktur rakyatnnya dan lain-lain lagi. Semua itu memerlukan pendekatan yang lebih berhemah. Oleh itu pada pandangan saya SPR tidak harus meneruskan niat mewajibkan pemilih keluar mengundi dan juga tidak perlu mengambil tindakan undang-undang ke atas mereka yang tidak keluar membuang undi.

Selasa, 9 Februari 2010

Nostalgia usung rumah & bubur kacang

Oleh Salleh Saad


Melihat gambar gotong royong usung rumah di muka depan Utusan malaysia, 8 Februari 2010 oleh penduduk-penduduk kampung Wang Belimbing, Kangar Perlis teringat saya semasa remaja dahulu sewaktu tinggal di kampung, pada sekitar tahun-tahun 1960-an , turut mengambil bahagian dalam gotong royong usung rumah yang sering diadakan di kampung saya - sebuah perkampungan sawah padi di desa negeri Kedah.

Amalan itu diwarisi sejak berpuluh-puluh tahun sebelumnya dan berpanjangan sehingga tahun-tahun 1970-an. Ini kerana sejak tahun 1970-an dan hingga sekarang rumah-rumah di kampung saya yang terdiri dari rumah-rumah papan yang dulunya selapis'(setingkat) sahaja telah bertukar menjadi dua tingkat.

Rumah yang boleh diusung adalah yang berbentuk setingkat dan seratus peratus dibuat sama ada dari buluh atau kayu (papan). Sebahagian cirinya tiang itu mesti ada kaki yang diletak di atas pelapik simen atau kayu. Jarak antara lantai dan tanah biasanya melebihi satu meter. Di kaki tiang inilah buluh diikat untuk diusung (pikul).

Namun sekarang ciri-ciri seperti itu sudah tiada lagi. Ciri popular rumah-rumah kampung sekarang adalah lantai di atas tanah dan separuh bersimen di bahagian bawah dan separuh lagi papan di sebelah atas. Ciri-ciri seperti ini tidak boleh diusung kerana tiada ruang untuk diletak buluh sebagai alas usungan.

Istimewanya sewaktu gotong royong usung rumah yang diadakan di kampung saya waktu itu adalah dengan menghidangkan bubur kacang kepada yang mengambil bahagian , sekali sekala ada juga dihidangkan bihun. Ini pun dilakukan dengan gotong royong juga.

Begitulah meriahnya suasana di kampung tradisi Melayu pada zaman itu. namun suasana seperti itu saya dapati kini tiada lagi. Bahkan gotong royong memasak untuk kenduri kahwin pun sesetengahnya sudah tiada lagi, kerana mereka menggunakan masakan cara `kontrak' oleh pembekal tertentu.

Beginilah kesan kemajuan pesat serta pemodenan dan budaya dan masyarakat. Ciri-ciri kekampungan dan kedesaan dilihat semakin hari semakin pupus. Di perkampungan tradisi juga kini bukan lagi dihuni oleh seratus peratus masyarakat petani yang mengerja sawah dan sebagainya tetapi adalah juga terdiri dari pegawai-pegawai kerajaan, malah yang bersara pun ada yang balik bermastautin di kampung.

Oleh itu, gotong royong usung rumah, pesta makan bubur kacang dan sebagainya semuanya sudah menjadi nostalgia sahaja kerana ciri-ciri itu begitu pantas berlalu, kecuali segelintir lagi yang masih mengekekalkannya. Elok sangatlah inisaitif negeri Perlis mempropmosinya sekarang, sekurang-kurangnya dapat dilihat oleh generasi baru.

Beri perhatian kepada kenderaan berat berhenti di lorong kecemasan lebuh raya waktu malam

Oleh Salleh Saad


Dalam tempoh hanya beberapa hari sahaja telah berlaku dua kemlangan maut di lebuh raya utara selatan yang membabitkan lori treler berhenti di tepi jalan (lorong kecemasan) pada waktu malam.

Kejadian pertama di kelometer 419.8 dekat susur keleuar Bukit Tegar, Selangor. Dalam kemalangan itu seorang pegawai kanan polis telah meninggal dunia kerana kereta yang dipandu pemandunya terlanggar belakang lori tereler yang berhenti di lorong kecemasan hala ke KL.

Kejadian kedua pula berlaku dekat di kilometer 252.3 dekat Senawang, negeri Sembilan yang menyebabkan enam sekeluarga meninggal dunia, juga kerana kereta mereka dikatakan terlanggar belakang lori yang sedang berhenti di lorong kecemasan.

Kedua-dua kejadian ini dan kejadian-kejadian sebelumnya yang berpunca dari keadaan serupa pada waktu malam. Pada pandangansaya pihak berkuasa yang mengendali lebuh raya khususunya hendaklah beri perhatian serius dan cari jalan mengatasinya segera.

Cara terbaik yang saya nampak , pihak berkuasa berkenaan hendaklah gunakan unit perondanya untuk `menghidu' segera kejadian kenderaan berhenti `di tepi jalan' dan melihat apa-apa keperluan sesuai seperti lampu klip amaran dan sebagainya yang boleh menunjukkan `ada kenderaan rosak' berhenti di lorong kecemasan. Lampu klip itu hendaknya boleh dilihat dari jarak jauh.

Ini memudahkan pengguna lain mengambil tindakan pantas mengelak sebarang kemungkinan berlaku kemalangan dan sebagainya. Saya rasa ini tidak sukar bagi mereka mengambil langkah sedemikian kerana difahamkan mereka mempunyai kelengkapan mencukupi . Ataupun jika perlu, gunakan tindakan-tindakan lain yang menasabah. Terpulanglah kepada budi bicara pihak berkenaan dan pihak-pihak berkuasa lain , asalkan kejadian seumpama itu dapat diatasi.

Jumaat, 5 Februari 2010

Keselamatan jalan raya tanggungjawab bersama

Oleh Salleh Saad

Plus Expressway (Plus) menganggarkan lebih kurang 1.3 juta kenderaan akan mengguna laluan lebuh raya itu setiap hari pada musim perayaan tahun baru Cina mulai 12 Februari minggu depan.

Berikutan itu mereka menyusun beberapa strategi bagi melicin perjalanan, termasuk menyusun jadual waktu sepatutnya pergerakan lalu lintas antara Kuala Lumpur ke arah utara dan selatan semenanjung dan sebaliknya.

Polis Di Raja Malaysia (PDRM) pula mengumumkan akan mengguna kira-kira 5,000 pegawai dan anggotanya bagi mengawasi dan memantau kelicinan pergerakan lalu lintas dan juga keselamatan jalan raya di dalam operasi `ops sikap ke 21. Ini tidak termasuk beberapa lagi agensi kerajaan yang berkaitan jalan raya dan kenderaan.

Pendek kata pihak berkuasa dan pihak bertanggungjawab mengenai jalan raya dan kenderaan telah bersiap sedia sejak awal-awal lagi bagi menghadapi `pesta' kenderaan di jalan raya dan lebuh raya pada musim perayaan nanti.

Kini hanya giliran pihak pengguna pula yang perlu membuat pendirian tertentu atau membentuk sikap sesuai dengan kesesakan yang dijangka berlaku di atas jalan raya dan lebuh raya itu.

Sikap biasa sebelum ini seperti ditunjukkan sesetangah pihak pengguna dengan tidak menghormati pengguna lain, memandu laju, tidak mematuhi sistem lampu isyarat, memotong ikut rasa dan beberapa lagi sikap negatif perlu diubah segera atau paling tidak, ada keazaman untuk mengubahnya.

Sekiranya kita tergolong di dalam pihak berjumlah 1.3 juta itu pula , marilah sama-sama kita tanamkan perasaan cintakan diri orang lain sama seperti kita cintakan diri kita sendiri dan hargai hak orang lain sama seperti kita hargai hak kita sendiri dan begitulah selanjutnya.

Pada pandangan saya jika ini dapat dipraktikkan secara bersama insya Allah kita akan dapat sama-sama menghindar perkara-perkara yang tidak diingini berlaku seperti kemalangan - kecil atau besar- yang mana akan menyusahkan kita kemudiannya.

Di samping itu, mari kita sama-sama mendoakan agar kita dan semua rakan kita yang sama-sama mengambil perjalanan yang sama berada di dalam keadaan selamat dari mula bertolak ke destinasi sehingga sampai ke destinasi yang dituju. Keselamatan jalan raya tanggungjawab bersama.

Khamis, 4 Februari 2010

Wujudkan nilai tambah pasar tani

Oleh Salleh Saad

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani dilaporkan akan membuka 100 lagi pasar tani di seluruh negara pada tahun ini. Ini adalah satu perkembangan yang menarik lagi menggalakkan terutama bagi pengusaha hasil pertanian, khasnya dari kawasan luar bandar.

Kewujudan pasar tani bukan sahaja dapat membantu para pengusaha hasil tani yang bersekala kecil dan sederhana, tetapi merupakan juga satu tempat alternatif bagi golongan berpendapat sederhana dan rendah mendapatkan bahan-bahan keperluan harian dan lain-lain.

Barangan yang dijual di pasar-pasar tani di mana-mana pun adalah lebih kompetatif dan segar. Sesuai untuk semua lapisan masyarakat.

Saya ingin cadangkan agar kerajaan usahakan beberapa lagi nilai tambah pada pasar tani- pasar tani tertentu agar masyarakat lebih menggemarinya. Ini termasuklah memperbanyakkan promosi menerusi media massa , banner, poster dan sebagainya akan lokasi dan hari/waktu di mana terdapatnya operasi pasar tani. Tujuannya untuk menarik lebih banyak pengunjung.

Pengunjung tidak seharusnya orang tempatan sahaja tetapi kalau boleh, biarlah orang luar juga. Dan kenapa tidaknya jika ia dijadikan produk pelancongan.

Lebih menarik lagi kalau setiap pasar tani itu ada `DJ'nya sendiri untuk menguar-uarkan barangan yang dipasarkan. Ini bagi memudahkan pengunjung mendapatkan segera barangan yang diingini.

Penyelarasan gaji polis memang wajar

Oleh Salleh Saad

Tahniah kepada pasukan polis kerana mendapat penyelarasan gaji baru. Pada pandangan saya kerajaan telah mengambil langkah yang amat tepat dengan membuat penyelarasan gaji untuk pasukan polis. Langkah itu memang wajar.

Ini kerana berdasarkan tanggungjawab serta kerja yang dijalankan oleh pasukan itu amat berat dan ada kala berhadapn dengan risiko bersabung nyawa.

Peningkatan kegiatan penjenayahan yang pelbagai lagi kompleks di negara kita sekarang memerlukan komitmen yang amat tinggi dari pasukan keselamatan negara, terutama polis.

Mereka bukan bekerja lapan jam sehari seperti kebanyakan sektor lain tetapi lebih daripada itu. Juga mereka bukan sahaja berada di dalam pejabat berhawa dingin tetapi di merata ceruk dan pelusuk negara. Segala-galanya disebabkan demi untuk menjaga keselamatan negara dan ketenteraman rakyat.

Justeru penyelarasan serta kenaikan gaji yang diberikan untuk mereka itu adalah satu-satunya penghargaan kerajaan kepada mereka. Namun rakyat juga perlu ada perasaan penghargaan terhadap mereka .

Jasa mereka menjaga kepentingan orang ramai tidak boleh dipandang kecil. Keselamatan adalah satu nikmat yang amat besar bagi kehidupan manusia, tanpa keselamatan dan ketenteraman manusia tidak dapat memenuhi keperluan hidupnya.

Saya bersimpati dengan kerja-kerja polis. Merekalah yang mengawal lalu lintas di jalan raya dan dalam bandar, merekalah yang menjaga perairan negara dari ancaman segala bentuk pelanunan dan penyeludupan, merekalah yang menjaga kawasan-kawasan kediaman di bandar raya, bandar dan luar bandar daripada ancaman segala bentuk penjenayahan.

Oleh itu, penyelarasan gaji yang diberikan itu diharap akan menggembirakan mereka dan keluarga mereka yang sentiasa berkorban untuk mereka . Orang ramai juga diharap harus turut menyambut baik langkah kerajaan itu.

Rabu, 3 Februari 2010

Syur hentikan perang mulut mengenai wang ihsan

Oleh Salleh Saad

Isu mengenai royalti dan wang ihsan untuk hasil minyak dari negeri-negeri di Semenanjung agak menarik pehatian umum. Kalau tidak silap saya isu ini mula timbul di negeri Trengganu ketika berlaku perubahan pemerintahan dari parti komponen Barisan Nasional kepada parti Pas pada sedekad lalu .

Kali ini membabitkan negeri Kelantan pula. Ia agak unik sedikit berbanding dengan Trengganu. Ini kerana negeri Kelantan adalah negeri bagi bekas Pengerusi Petronas, Tengku Razaleigh Hamzah dan beliau pula adalah wakil rakyat BN.

Memang kedua-dua terminalogi itu ada perbezaannya. Secara umum dapat difahamkan royalti adalah bermaksud hak kerajaan negeri untuk memperoleh hasil galian minyak itu dengan kadar yang ditetapkan undang-undang . Sedangkan wang ihsan pula hak kerajaan pusat untuk memberikannya kepada negeri berkenaan dengan mengikut kadar yang diputuskan.

Tidak seperti wang ihsan , royalti bergantung banyak kepada aspek undang-undang. Ini termasuk jarak antara pantai negeri berkenaan dengan tempat galian minyak itu sendiri misalnya dijadikan asas kepada pemberian atau perolehannya. Pentafsiran kepada perkara-perkara `teknikal' ini telah menjadi sebahagian daripada inti pati `perang' antara kedua-dua belah pihak.

Kerajaan pusat dikatakan akan memberikan sejumlah berpuluh juta ringgit sebagai wang ihsan kepada negeri . Kerajaan negeri di bawah pimpinan Pas pula dikatakan tidak mahu menerimanya atas dasar wang ihsan. Yang unik lagi apabila Tengku Razaleigh selaku wakil rakyat BN dikatakan `memihak' kepada kerajaan negeri.

Bagaimana pun pada hemat saya `perang' antara Tengku Razaliegh dan kerajaan pusat itu patut dihentikan segera.

Dan kerajaan negeri pula harus ambil dulu wang ihsan itu demi kepentingan rakyat. Anggapkan pemberian sejumlah itu satu rahmat dan nikmat dari Allah. Sebagai Muslim kita digalakkan bersyukur terhadap nikmat Allah dan Allah janjikan sesiapa yang bersyukur dengan nikmat-Nya Dia akan tambah lagi; sebaliknya sesiapa yang tidak bersyukur akan menerima azab-Nya yang maha pedih itu.

Walahu `alam.

Selasa, 2 Februari 2010

Elak kemalangan eskalator

Oleh Salleh Saad

Insiden kanak-kanak tersangkut eskalator di sebuah pasar raya di Petaling Jaya baru-baru ini patut dijadikan pengajaran kepada semua pihak . Kejadian itu memang jarang berlaku, namun ia tidak boleh dilihat sebagai kejadian terpencil kerana ia melibatkan kanak-kanak.

Kita cukup bersimpati dengan kanak-kanak yang terlibat dengan kejadian seperti ini, sebab mereka bukan golongan selayaknya untuk memikirkan tentang kemungkinan risiko daripada sesuatu kejadian, maka orang dewasalah yang mesti mengambil tanggungjawab.

Saya lihat terdapat beberapa pihak yang harus memberi perhatian kepada kejadian seperti ini. Mereka adalah ibu bapa atau waris atau sesiapa orang dewasa yang membawa kanak-kanak ke tempat-tempat sedemikan rupa, pihak pengurusan pasar raya atau agensi kerajaan yang bertanggungjawab dengan keselamatan bangunan.

Kanak-kanak terjatuh atau tersangkut eskalator di pasar raya bukan kejadian pertama kali. Tetapi sudah beberapa kali, walau pun tidak begitu kerap. Dua tiga tahun lalu kejadian sama dilaporkan berlaku di Alor Setar. Oleh itu langkah yang paling baik saya fikir ialah semua pihak harus mengambil langkah sewajar bagi mengelak kejadian seumpama ini berulang.

Pihak pengurusan pasar raya misalnya , patut sediakan papan tanda amaran di setiap tingkat yang ada eskalator tentang kemungkinan kemlangan melibatkan kana-kanak. Ini supaya ibu bapa atau siapa juga yang membawa kanak-kanak menghampiri atau mengguna eskalator.

Selain itu , pihak yang perlu beri lebih perhatian dan berwaspada terhadap perkara ini ialah waris atau ibu bapa yang membawa bersama mereka kanak-kanak. Mereka tidak sepatutnya leka kerana teroja dengan barangan yang hendak dibeli hingga terlupa dengan kanak-kanak yang dibawa bersama.

Menuding jari kepada orang lain sepatutnya tidak dijadikan budaya di dalam menghadapi apa-apa kejadian tidak diingini. Mengambil langkah berhatihati saya rasa adalah lebih baik dan berkesan . Bak kata pepatah Melayu ," Sesal dahulu pendapatan, sesal kemudian tiada guna".