Isnin, 19 April 2010

Isu besar isu kecil kempen pilihan raya

Kempen Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor sudah bermula. Empat calon bertanding. Masing-masing mewakili Barisan Nasional (BN), Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan dua lagi Bebas.

Kempen itu akan berakhir menjelang 25 April ini di mana tarikh membuang undi bermula. Dalam tempoh itu pengundi-pengundi seramai 64,500 orang di situ akan diliputi oleh seberapa banyak mungkin dan seberapa kerap mungkin oleh juru kempen-juru kempen bagi pihak parti dan calon yang bertanding.

Tentulah pelbagai isu akan dibangkit, diungkit dan dimanipulasikan oleh juru kempen-juru kempen untuk meyakinkan para pengundi dengan tujuan untuk menang.

Para pengundi akan terdedah dengan pelbagai isu, namun mereka ada `kuasa' memilih. Ini kerana dalam tempoh kempen pilihan raya pengundi berada dalam suasana `pendedahan dalam pemilihan' . Ia bermakna mereka boleh memilih yang sesuai sahaja. Jangan mudah terkeliru dengan hujah kempen oleh mana-mana pihak.

Juru kempen-juru kempen pula harus tahu kehendak pengundi dan keperluan isu kepada khalayak kempen mereka. Isu besar hanya untuk orang besar-besar, manakala isu kecil untuk orang kecil-kecil. Juru kempen harus tahu dan faham ini semua.

Menceritakan isu besar-besar dan olahan secara besar-besar pula iaitu dengan disertakan pelbagai  `facts & figures" kepada orang kecil- kecil seperti penduduk desa, petani, pekebun kecil, warga emas dan sebagainya maka itu akan memeningkan kepala mereka.

Begitu juga sekiranya menceritakan isu kecil-kelcil kepada khalayak orang besar-besar seperti golongan kaya, berpendapatan tinggi, berpelaaran tinggi, berjawatan tinggi, berkedudukan tinggi dan sebagainya, mereka akan mudah mengantuk, mual, gelisah, merasa leceh dan lain-lain seumpama.

Apa kah isu besar ? Ia seperti isu Model Ekonomi Baru (MEB), APCO Worldwide, hubungan luar, lawatan pemimpin ke luar negara dan seumpama. Semua itu bukan sesuai dengan khalayak orang kecil-kecil. Itu untuk khalayak 0rang besar-besar . Khalayak orang kecil-kecil akan gembira kalau dicerita tentang harga minyak tidak naik, harga barang keperluan dikawal ketat dan sebagainya. Begitu juga mereka akan merasakan sebaliknya kalau diterbalikkan .

Isu-isu seperti itu akan menyentuh hati dan minda orang kecil-kecil. Pembangkang boleh memanipulasikan isu seperti itu dengan menterbalikkan apa ysng dilakukan kerajaan, manakala di pihak kerajaan pula perlu tonjolkan untuk menggembirakan hati dan minda khalayak (pengundi)

Harus diingat pengundi akan memilih parti dan/atau calon yang telah `menggembirakan' hati dan minda mereka pada waktu berkempen dan waktu tidak berapa lama sebelumnya, sama ada mereka itu orang besar-besar atau orang kecil-kecil..

Kalau hati dan minda mereka dicalar dan dilukai beberapa ketika sebelum kempen dan lebih-lebih lagi semasa kempen ia memang akan memberi kesan negatif. Begitu juga dengan isu-isu yang dimanipulasi secara melampau seperti isu moral calon pihak lawan dan sebagainya ia juga akan memberi kesan negatif kepada pihak yang memulakan. Bagaimanapun ini terpulang kepada bagaimana isu itu dibangkit , diolah atau ditangkiskan.

2 ulasan:

Temuk berkata...

Salam Sdr Salleh Saad
Mohon izin singgah. Cerita politik (yg ringan-ringan) bagi saya, menarik juga. Seronok hendak melihat di Hulu Selangor nanti, siapa yg menang/kalah. Cerita menang-kalah itu bagi saya boleh memberitahu kita tentang bagaimana masyarakat melihat calon & isu-isu pembangunan setempat. Juga boleh menggambarkan bagaimana masyarakat melihat kelompoknya, agamanya & budayanya sendiri dlm konteks perkembangan dan matlamat negara. Sehingga ketemu lagi.

Pandangan Orang Kampung berkata...

Terima kasih saudara Temuk. Semoga kehidupan anda dan saya dirahmati dan diberkati Allah, insya Allah kita akan ketemu lagi di lain waktu. Selamat mencatat dan maju jaya.