Rabu, 28 April 2010

Serapkan penjawat kontrak dan sambilan ke dalam perkhidmatan tetap

Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) menjangka kira-kira 50,000 jawatan kosong akan wujud sepanjang tahun ini apabila penjawat yang berumur 58 tahun akan mula bersara wajib pada Julai depan. Sudah pasti kekosongan tersebut akan diisi .

Sebagaimana umum sedia maklum di bawah SPA terdapat beberapa jenis skim perkhidmatan seperti tetap, kontrak dan sambilan.

Berdasarkan perbezaan jenis skim perkhidmatan tersebut maka kedudukan perjawatan, hak kenaikan pangkat, skim penggajian serta kemudahan-kemudahan tertentu lain seperti jumlah cuti tahunan, elaun tetap serta elaun-elaun lain, hak mendapat pinjaman perumahan, pinjaman kenderaan dan sebagainya adalah juga berbeza.

Lebih malang lagi mereka di bawah skim sambilan. Ini kerana bukan sahaja masalah perbezaan hak di dalam mendapat elaun-elaun serta kemudahan tertentu bahkan gaji mereka juga dibayar mengikut bilangan hari mereka bekerja dalam sesuatu bulan.Maknanya jika pada bulan di mana terdapat banyak cuti umum maka kuranglah gaji yang diperolehi dalam bulan tersebut; sedangkan beban kerja dan tanggungjawab tugas yang diberikan kepada mereka tiada apa-apa perbezaan dengan rakan-rakan dalam perkhidmatan tetap.

Dengan lain-lain perkataan semua penjawat, tidak kira apa jenis skim perkidmatan yang diduduki sama ada tetap, kontrak atau sambilan , menjalankan tugas serta tanggungjawab yang sama mengikut kedudukan perjawatan dan gred yang disandang.

Oleh itu, kenapa tidak diserapkan sahaja mereka di dalam perkhidmatan kontrak dan sambilan itu secara automatis ke dalam skim perkhidmatan tetap , sedangkan mereka telah bekerja beberapa tahun namun kedudukan serta masa depan mereka masih belum terjamin.

Justeru dengan wujudnya jumlah kekosongan jawatan yang besar  itu wajar sangatlah mereka diserapkan ke dalam skim perjawatan tetap di samping itu kerajaan patut kaji semula kedudukan kedua-dua skim itu dari segi kesan baik & buruknya terhadap penjawat.

Sesungguhnya sebagai seorang insan saya amat bersimpati dengan mereka.

2 ulasan:

Tanpa Nama berkata...

Ya betul..Saya bersetuju dengan pandangan dan cadangan saudara..Kontrak mahupun sambilan bekerja seperti mana penjawat tetap,tetapi mengapa keistimewaan dan hak mereka tidak diselaraskan..Harap kerajan dapat buat pertimbangan sewajarnya..

Penjawat Sambilan Yg Malang berkata...

Saya amat bersetuju dgn pandangan saudara. Saya adalah salah seorg penjawat sambilan. Saya rasa kerajaan tidak adil terhadap saya. Kadang2 ada penjawat awam yg tetap tidak melaksanakan tugasan kerja mereka, sebaliknya memberi tugasan tersebut kpd saya. hendak melawan,siapalah saya. meninggi suara dikatakan tidak padan dgn sambilan, kurang ajar,pemalas, x ble nak suruh budak2 sekarang. mahu tdk mahu saya terpaksa buat. Gaji purata yg kami p'olehi Rm 1000.00 sebulan malah kurang dari itu jika ada cuti am atau kami sakit.Dgn kos kehidupan sekarang, gaji yg kami p'olehi tidak dapat menampung kehidupan seharian. Tambah2 lg sya yang sudah berkahwin.Sewa rumah,anak-anak,belanja dapur,minyak kereta,tol,bil2 dan sebagainya.Aduh perit untuk menghadapi semua nie.