Khamis, 27 Mei 2010

MIC kena jaga hubungan baik dengan UMNO

Dalam Barisan Nasional (BN) UMNO dan MIC dan lain-lain parti yang bergabung adalah diibaratkan sebagai anggota bagi satu badan. Maknanya mereka saling perlu memerlukan dan saling lengkap melengkapi antara satu sama lain.

Namun kejadian terkini nampak sedikit berbeza. MIC menuduh UMNO campur tangan dalam krisis dalaman mereka, terutama sejauh yang berkaitan dengan usaha `menjatuhkan' Presiden, Datuk Seri S. Samy Vellu. Bahkan pengujudan GAS (Gerakan Anti Samy Vellu) UMNO didakwa `terlibat' sama.

Ekoran itu panaslah hati semua orang UMNO. Betapa tidaknya UMNO dan MIC bukan baru berkenalan serta berkawan. Tetapi sejak sebelum merdeka lagi. Dari induk Perikatan hinggalah ke BN sekarang ini. Dalam tempoh itu banyak perkara yang melibatkan tolak ansur, pengorbanan dan kerjasama demi kepentingan politik dan negara.

Oleh itu tak patutlah kalau MIC melenting cepat sangat dan membuat tuduhan terbuka kepada UMNO. Apalah salahnya jika dibuat menerusi saluran yang betul antara parti ke parti . Siapa pun tak tahu. Persada politik negara pun tak kecoh. Anggaplah UMNO itu sebagai abang dan MIC itu adik. Jadi buatlah cara adik beradik. Selesaikan secara baik segala yang terbuku di hati itu.

Nah ! Sekarang satu dunia sudah tahu tentang hubungan antara MIC dan UMNO . Jenuh pula nanti kepimpinan tertinggi BN berusaha mencari jalan `damai'. Maka sebelum sampai ke tahap itu eloklah rasanya MIC mohon maaf sahaja dengan UMNO dan sebagai `abang' dipercayai UMNO akan memaafkannya. 
Matangkan tindakan mengikut usia parti, bukan usia ahli dan ahli yang muda belajarlah mencari kematangan dari mereka yang lebih lama.

2 ulasan:

M. FITRI RAHMAN berkata...

Walauapapun, MIC dan malah parti-parti komponen lain dalam BN harus menghayati dan menyelami semangat permuafakatan yang telah lama berakar umbi dan hidup dalam BN

Pandangan Orang Kampung berkata...

Terima kasih Fitri,

Itulah yang diharapkan oleh kebanyakan orang agar tidak berlaku gelora politik yang teruk.