Khamis, 15 Julai 2010

Jalinan kerjasama tidak semestinya sebab lemah

Perdana Menteri, yang juga Presiden UMNO , Datuk Seri Najib Tun Razak dalam laporan akhbar hari ini menyangkal dakwaan sesetengah pihak bahawa UMNO ketika ini berada di dalam keadaan lemah, justeru terpaksa sedia bekerjasama dengan mana-mana pihak, termasuk Pas.

Bekerjasama dengan Pas, saya kira, bukanlah petanda UMNO lemah tetapi untuk menambahkan lagi kekuatan yang sedia ada dan mengurangkan masalah yang sedang melanda masyarakat Melayu selepas  pilihan raya umum 2008.

Jadi,  gagasan itu membawa erti ke arah memantapkan lagi kuasa politik orang Melayu yang telah terhakis sejak pilihan raya umum ke -12  itu dan diikuti dengan masalah perpecahan orang Melayu yang terlalu serius sekarang ini sehingga boleh diperkotak katikan oleh pihak-pihak berkepentingan.

Pas merupakan parti orang Melayu kedua tertua di negara ini selepas UMNO dan ia juga merupakan parti pembangkang yang paling tua. Kedua-duanya pernah bekerjasama dalam Barisan Nasional pada zaman Allahyarham Tun Razak menjadi Perdana Menteri dan Presiden UMNO sekitar awal tahun 1970-an. 

Oleh itu, saya rasa tidaklah salah sekiranya sekarang jalinan kerjasama itu dihidupkan semula demi kebaikan orang Melayu dan agama Islam. Tak kan nak dibiarkan keadaan tidak menentu yang melanda hala tuju politik orang Melayu sekarang berpanjangan.

Lagi pun, ia bukan lagi boleh dilihat sebagai masalah politik dan ideologi semata-mata tetapi hendaklah lebih menjurus kepada masalah keselamatan dan servival negara bangsa untuk masa depan. Oleh demikian pendekatan untuk `menyatukan' kedua-dua parti terbesar serta berpengaruh orang Melayu itu wajar disambut baik oleh semua golongan masyarakat Melayu. 

1 ulasan:

atas paggar berkata...

Kenapa Umno sungguh beria ria nak bersatu dengan pas selepas GE 12.Kenapa sebelum itu Umno dengan bongkak berlagak seolah olah dialah jagguh bangsa melayu dan Umno saajlah parti orang melayu.Kenapa Parti Keadilan tidak dijemput sama untuk berbincang kerana Parti Keadilan adalah lebih serasi ideologinya denagn umno berbanding denagn parti Pas.Apa yang saya nampak seruan demi seruan yang dibuat atas nama perpaduan melayu yang hanya melibatkan Umno dan Pas tanpa Parti Keadilan adalah tidak jujur ,tidak ikhlas dan hanya satu tipu muslihat sahaja.Umno dan Pas dulu pernah bersatu tapi apa dah jadi.Pas kena tipu sehingga parti itu menjadi lemah dan ditendang keluar olih Umno.Jadi orang Pas jangan lupa perkara itu. Kalau kita betul betul mahu perpaduan melayu maka perlu parti Keadilan di jemput sama bukan pas saja,untuk rundingan.Jika tidak seruan seruan yang dibuat atas nama perpaduan melayu dan ummah itu hanya cakp kosong saja tanpa ada keiklasan dan kejujuran.