Kita sudah memasuki fasa kedua berpuasa dalam bulan Ramadan. Kewajiban berpuasa adalah untuk memelihara segala desakan nafsu supaya melakukan sesuatu yang boleh menjuruskan kepada sifat-sifat mazmumah seperti sombong, bakhil, dan sebagainya.
Islam mengajar kita untuk tidak merasakan diri kita lebih dari orang lain dalam segala-galanya. Seorang muslim yang sebenar harus tidak bersifat sombong, termasuk memalingkan mukanya di hadapan orang lain dan tidak angkuh .
Al-Quran telah memberi petunjuk untuk perasaan, pemikiran , hati, dan roh seseorang agar tidak berasa sombong tetapi sebaliknya sedar bahawa sombong itu hanya akan merugikan dirinya sendiri di dunia dan juga di akhirat.
Perhatikan mafhum ayat-ayat suci al-Quran seperti berikut :
1 - Ayat 83, surah al-Qasas, " Negeri akhirat (yang telah diterangkan nikmatnya) itu, Kami untukkan ia bagi orang-orang yang tidak bertujuan hendak mendapat pengaruh atau kelebihan di muka bumi dan tidak ingat hendak melakukan kerosakan ; dan kesudahan yang baik adalah orang-orang yang bertakwa".
2 - Ayat 18, surah Luqman, " Dan janganlah kamu memalingkan muka mu dari manusia (sebab sombong) dan janganlah berjalan di atas muka bumi dengan angkuh. sesungguhnya Allah tidak menyukai orang-orang yang sombong lagi membanggakan diri".
Semoga kita sama-sama beroleh manfaat daripadanya. Wallahu a'lam bissawab.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan