Isnin, 25 Oktober 2010

Tukang cakap dan tukang masak

Saya lihat beberapa tahun kebelakangan ini pantun, seloka dan gurindam telah dijadikan bahan penting di dalam persembahan ucapan dan perbahasan di dalam mesyuarat agung Umno, seolah-olah ia suatu kemestian dan trend yang tidak boleh dipisahkan. 

Pada era ketika mana ia mula-mula digunakan dahulu hanya beberapa orang perwakilan sahaja yang dilihat menggunakan genre-genre sastra Melayu tersebut di dalam persembahan perbahasan/ucapan mereka , lalu ia kelihatan cukup menarik serta menghiburkan. Nampak keunikan dan cukup menawan.

Tetapi apabila ia digunakan secara `keterlaluan' seperti sekarang saya dapati seolah-olah impak atau `serinya' sudah hilang . Ini kerana kelihatan semua pihak cuba sedaya mungkin menggunakannya walaupun dilihat kurang penting.

Tidak dinafikan demi menghidupkan seni sastera bangsa kita itu, ia wajar digunakan lebih-lebih di dalam sesuatu majlis perjumpaan `agung' pertubuhan yang mewakili komuniti Melayu seperti Umno tetapi hendaklah berpatutan pada tempat dan orangnya. Ini kerana supaya ia sentiasa dirasa lebih terhibur, menarik serta unggul .

Oleh itu, para perwakilan atau pemimpin perlu mengubah gaya persembahan masing-masing agar lebih segar, menarik dan berkesan.  Ia tidak semestinya menggunakan seloka, gurindam, pantun dan seumpama . Mesej boleh dimasukkan walaupun bukan melalui bidang-bidang tersebut.

Biarlah orang-orang tertentu serta dengan kebolehan dan bakat mereka sahaja menggunakan persembahan cara sedemikian. Malah lagi banyak gaya persembahan lagi lebih baik dan menarik. Ingatlah sesuatu masakan itu akan lebih sedap jika tukang masak tahu mengadunkan rempah ratus dalam resipi masakannya.   

1 ulasan:

Pak Pelandok berkata...

Saya setuju dengan pandangan org kg....pantun dan gurindam diguna keterlaluan....malah semua org termasuk lah yg tak mahir dan tak faham sastera dan budaya pun tumpang sekaki......akhirnya pandum dan gurindam menjadi cacat dan menjengkelkan. apa tidaknya.....asal bunyi sama ia dah di anggap pandun dan gurindam sedangkan sepatutnya ada kaedah...etika dan standartnya yg tertentu yg perlu di ketahui dan dipelajari.

Sokong tok ayah...