Sabtu, 4 Disember 2010

Belum serik, atau sudah lupa ?

Tahun 2010 ini akan melabuh tirainya tidak lama lagi dengan pengumuman kenaikan harga minyak dan harga gula dan disebut dengan bahasa yang lebih `lunak' iaitu `penyelarasn subsidi. Alasan klasik yang diberikan ialah untuk digunakan bagi tujuan pembangunan lain.

Kerajaan (BN) tentu ada alasan kukuh ketika hendak membuat keputusan tersebut. Kenaikan harga gula 20 sen dan harga minyak Ron 95 sebanyak 5 sen itu memang tidak sebesar mana, terutama bagi mereka dari golongan kaya raya tapi ia satu bebanan bagi golongan marhaen. Apa lagi kesan kenaikan harga minyak , terutama diesel dan gula itu akan memberi kesan besar kepada kenaikan harga barangan dan perkhidmatan yang amat berkaitan dengan kehidupan harian rakyat jelata.

Pada masa sama rakyat jelata itulah juga yang menjadi golongan terbanyak pengundi yang akan membuang undi mereka pada mana-mana pilihan raya - kecil atau umum- dan bila-bila masa sekalipun diadakan. Emosi mereka pasti terganggu dengan kesan ekonomi yang diakibatkan oleh kenaikan harga minyak dan gula. Emosi itu pasti akan mempengaruhi fikiran dan sikap mereka. Kita mesti ingat nabi Muhammad SAW pernah bersabad yang mafhumnya ," Kefakiran itu boleh membawa seseorang kepada kekafiran". Maksudnya prinsip, sikap dan tingkah laku manusia boleh berubah menjadi `luar kebiasaan' atau `menentang arus' ketika mana kehidupan harian dan saraan hidup untuk diri dan keluarga tertekan.

Apakah ini tidak boleh kita jadikan pelajaran dan apakah tidak boleh kita jadikan pengajaran dari hasil tindakan menaikkan harga minyak secara mendadak menjelang pilihan raya umum 2008 itu yang antara lain telah mengakibatkan keputusan mendukacitakan BN sehingga sekarang . Rupa-rupanya kita belum merasa serik dan seolah-olah ingin mencuba lagi. Ha, terpulanglah ..... 

1 ulasan:

tungkaran hati berkata...

Sering kali akan ada orang ada bertanya kemana arah corak pentadbiran negara kita, mahu meniru siapa, tunduk kepada dasar kapitalis, sosialis ataupun apa? kerana setiap kali harga barangan meningkat pihak pentadbiran akan memberi alasan....tapi bagaimana dengan rakyat biasa yang terhimpit(pendapatan tidak meningkat) dengan kenaikan harga....!