Jumaat, 6 Mei 2011

Mantan PM puji MB Kedah

Sebuah akhbar harian pada Ahad 1 Mei lalu melaporkan mantan perdana menteri. Tun Dr. Mahathir Mohammad memuji Menteri Besar Kedah sekarang (Datuk Seri Azizan Razak) sebagai seorang pemimpin (Pas) yang berfikiran terbuka dan `senang dibawa berunding'.

"Saya tengok Azizan adalah seorang pemimpin Pas yang boleh diajak berbincang, pemimpin Pas lain tidak boleh ambil kira langsung. Saya harap kata-kata saya ini tidak menyusah dia pula. Nanti Azizan akan hadapi maslah pula dalam parti dia , tapi saya cakap yang benar". Katanya ketika berucap pada perhimpunan Melayu Perkasa Kedah . 

Seperti umum sedia ketahui Tun Dr. Mahathir adalah seorang yang berani dan telus dalam membuat kenyataan. Beliau boleh memuji atau mengkritik terhadap seseorang , sekalipun yang dikritik itu terdiri dari penykong partinya (Umno) sendiri.

Justeru kenyataan itu menunjukkan bahawa itulah sebenar apa yang ada pada diri Azizan . Pada saya kenyataan itu boleh mempengaruhi pendirian golongan atas pagar  terhadap Azizan serta memberi sedikit `kelebihan' kepada beliau untuk terus menerajui kerajaan Kedah pada penggal akan datang .

Tiada ulasan: