Selasa, 16 Ogos 2011

Terima kasih Mufti Pulau Pinang

Terima kasih kepada Datuk Seri Hassan Ahmad, Mufti Pulau Pinang kerana sudi tampil memberi penjelasan mengenai isu `larangan' menggunakan pembesar suara di masjid dan surau di negeri itu menjelang masuk solat Subuh.

Isu ini telah menjadi tajuk perbincangan hangat di peringkat masyarakat umum Islam di Malaysia mengikut sudut pandangan dan sentimen masing-masing, sedangkan ia adalah berkaitan dengan hukum.

Seperti mana kebanyakan umat Islam sedia ketahui hukum syarak bukanlah macam hukum adat atau undang-undang negara yang siapapun boleh memperkatakannya mengikut pandangan sendiri meskipun tanpa berasas kepada keilmuan yang mendalam. Ia tidak mendatangkan dosa.

Oleh itu kesudian sohibul fadhilah DS Mufti menjelaskan kepada umum mengenai kedudukan sebenar `arahan' itu dikeluarkan kepada masjid dan surau di negeri Pulau Pinang itu sangat dinanti-nantikan oleh masyarakat Islam di negara ini.

Selepas ini diharapkan tiada lagi mana-mana pihak memperkatakan mengenainya secara melulu tanpa bersandarkan kepada keilmuan yang mendalam mengenai hukum hakam Islam atau ada kaitan dngan sentimen dengan sesuatu ideologi.

Memanglah pada permukaannya ia lebih kepada pentadbiran tetapi lebih jauh dari itu ia membabitkan hukum syarak yang bukan sahaja harus dihormati oleh masyarakat Islam tetapi oleh sesiapa juga.

Oleh itu setiap yang berkaitan dengan hukum hakam Islam umat Islam harus lebih berhati-hati ketika membincangkannya secara terbuka, manaklah pihak berwajib pula harus lebih peka dengan sensitiviti dan keadaan politik yang tidak menentu sekarang . Wallahu a'lam.

2 ulasan:

naDhi_islamic berkata...

apa yg dia kata?

HSBS berkata...

Apa yang saya faham dari laporan akhbar, beliau antara dilaporkan berkata bahawa larangan itu adalah merupakan "nasihat hukum".

Pada saya ini bermakna ia terpulanglah kpd. pihak masjid/surau sama ada melaksanakan atau sebaliknya larangan itu.Wallahu a'lam