Rabu, 22 Ogos 2012

Konsep Rumah Terbuka Sentiasa Wujud di Kampung

Pada raya Aidilfitri tahun ini saya bersama keluarga pulang ke kampung untuk menziarahi kubur ahli-ahli keluarga yang telah meninggal. Di samping itu mengambil kesempatan menziarahi rumah-rumah sanak saudara yang masih hidup.

Oleh kerana merteka tinggal di kampung-kampung tradisonal bentuk rumah mereka tiada berpagar. Lebih-lebih lagi ada pengawal. Bermakna rumah - rumah mereka sentiasa terbuka. Bukan macam rumah-rumah di bandar-bandar dan taman-taman perumahan atau rumah orang-orang kenamaan .

Rumah-rumah di bandar seratus peratus dilengkapi dengan pagar. Ada yang pagarnya dengan besi besar, tembok dan sebagainya. Pintu pagarnya dilengkapi dengan kunci. Ada yang kuci besar dan elektronik. Betapa privasi dan terbatasnya mereka.

Maka sebab itu bila nak sambut hari kebesaran macam hari raya untuk tujuan kunjung mengunjung dan bermaaf maafan dan lain-lain lagi aktiviti sambutan Hari Raya mereka kena buat "Rumah Terbuka". Sebab rumah mereka ada macam-macam sekatan untuk dikunjungi meskipun keluarga terdekat. Melainkan penyamun dan perompak sahaja yang boleh memasuki rumah mereka dengan sewenangnya.

Kesimpulannya di sini konsep rumah terbuka yang menjadi amalan terkini sesetengah pihak itu tidak perlu kepada orang-orang kampung dan luar bandar kerana mereka sentiasa mengamal kosep `rumah terbuka', tanpa menunggu hari raya. Begitulah betapa besarnya hati dan mudahnya kehidupan mereka.

Dan konsep `rumah terbuka' itu hanya layak untuk orang-orang tertentu sahaja seperti orang-orang kenamaan atau mereka yang gaya hidupnya seperti orang-orang kenamaan atau mereka yang tinggal di kawasan taman-taman perumahan sahaja seperti mana yang saya diami sekarang.

Khamis, 16 Ogos 2012

Salam Aidilfitri dan maaf zahir batin

Selamat menyambut Aidlfitri, maaf zahir batin.

Jangan lupa solat sunat Aidilfitri di mana sahaja ada peluang. Ia hanya sekali dalam tempoh 365 hari. Lagi pun ia `sunat yang sangat dituntut' atau sunat muakkad.

Juga jangan lupa ziarah keluarga terdekat, jiran tetangga, saudara mara, sahabat handai, dan mana-mana kaum muslimin/muslimat sekiranya ada kesempatan. Bersedekah sekadar mampu, bermusafahah serta bermaafan antara satu sama lain. Inilah syariat Islam cara sambut hari raya.

Apa dimaksudkan dengan `syariat'? Ia bermakud `garis panduan ' atau peraturan untuk dipatuhi.oleh semua umat Islam, melainkan ada keuzuran atua `excuse' yang dibenarkan syarak.

Perbuatan itu dijanjikan ganjarannya pada hari akhirat kelak iaitu suatu alam kehidupan lain selepas berlakunya kejadian `qiamat' pada alam dunia ini yang mana pasti akan berlaku padabila-bila yang dikehendaki Allah SWT..

Berbalik kepada sambutan raya ni, kepada siapa jua yang nak balik kampung diucapkan selamat balik kampung dan selamat dalam perjalanan.

Jumaat, 10 Ogos 2012

Rebutlah Lailatul Qadar

Kita sudahpun memasuki fasa ketiga menunaikan ibadat puasa pada tahun ini iaitu sepuluh terakhir bulan Ramadan.

Pada fasa terakhir ini kita digalakkan memperbanyakkan beramal ibadat terutama di waktu malam seperti beriktikaf, solat malam , membaca al-Quran, bertasbih dan sebagainya.

Ini kerana mengikut sunnah Nabi Muhammad SAW, baginda memberi tumpuan yang lebih kepada aktiviti berkenaan pada sepuluh terakhir bulan Ramadan terutama dari segi solat malam dan iktikaf. Kerana pada tempoh tersebut diturunkan malam yang paling barakah iaitu `lailatul qadar’.

Pelbagai definisi diberikan ulama mengenai malam lailatul qadar itu. Dalam kitab tafsir Pimpinan Al-Rahman kepada Pengertian al-Quran karangan Abdullah bin Muhammad Basimeh misalnya menyebut malam lailatul qadar itu ialah " malam kemuliaan dan kebesaran".

Dalam surah al-Qadar ayat 1 - 5, Allah SWT berfirman yang bermaksud," Sesungguhnya Kami telah menurunkan (al-Quran) pada malam kemuliaan. Tahukah kamu (wahai Muhammad) apakah malam kemulaain itu ? Malam kemuliaan itu lebih baik dari seribu bulan. Pada malam kemuliaan itu turun malaikat-malaikat dan Jibril dengan izin tuhan mereka untuk mengatur segala urusan. Malam itu penuh dengan kebahagiaan sampai terbit fajar".

Berdasarkan kepada ayat-ayat tersebut di atas kita dapati ada tiga kelebihan yang jelas yang ada pada `malam lailatulqadar' itu, iaitu:.

* Amal solih dan ibadat yang dilakukan pada malam berkenaan lebih baik dari seribu bulan dari segi ganjarannya atau lebih kurang 33,000 hari atau bersamaan 83 tahun empat bulan.

*. Para Malaikat dan Jibril turun ke bumi untuk mengucap dan mendoakan keselamatan dan kesejahteraan kepada golongan beriman dan beramal solih.

*. Malam itu dipenuhi dengan kedamaian serta kebajikan sehingga terbit fajar atau masuknya waktu solat fardu Subuh keesokan harinya.

Selain itu, pada malam lailatulqadar itu juga Allah SWT menurunkan para malaikat untuk bersama-sama mengerjakan amal ibadat dengan umat Islam di dunia ini di samping mendoakan mereka kesejahteraan .

Orang-orang beriman yang mengerjakan amal ibadat dengan ikhlas kepada Allah SWT pada malam tersebut bukan sahaja dilimpahi rahmat kedamaian dan kesejahteraan tetapi juga diampuni segala dosa mereka.

Sesetengah ulama berpendapat pada malam tersebut alam dunia ini seolah-olah menjadi sempit dek karana dilimpahi dengan para malaikat yang diturunkan bagi melaksanakan segala urusan , dengan keizinan Tuhan.

Namun para ulama tidak mempastikan tarikh serta waktunya yang tepat bila malam lailatul qadar itu diturunkan ke alam dunia ini . .

Kebanyakan ulama berpendapat malam yang penuh dengan keberkatan itu boleh berlaku pada malam bilangan `ganjil' sepuluh terakhir bulan Ramadan. Iaitu 21, 23, 25, 27, dan 29. Imam As-Syafeii r.a berpendapat ia terjadi pada malam 21 dan 23 Ramadan. Ibnu Abbas pula berpendapat ia berlaku pada malam ke 27 Ramadan.

Bagaimanapun mengikut sebuah hadis yang diriwayatkan Ahmad r.a. bahawa baginda Rasulullah SAW bersabda maksudnya," Malam lailatulqadar itu ada pada sepuluh terakhir Ramadan iaitu pada malam 21, atau malam 23, atau malam 25, atau malam 27, atau malam 29 atau malam yang akhir dari Ramadan. Sesiapa yang bangun (mendirikan) ibadat pada tarikh itu kerana mengharapkan keredaan Allah dan pahalanya , diampunkan Allah akan dosanya yang telah lalu dan dosa-dosanya yang kemudiaan".

Ini bermakna bagi memperoleh malam yang penuh berkat itu kita perlu melipatgandakan amalan dan ibadat seperti yang diajarkan Nabi SAW seperti memperbanyakkan solat malam, berzikir, membaca al-Quran, beriktikaf dan sebagainya.

Ketika Saiditina Aisyah Radiallahu anha bertanya Rasulullah SAW "apakah amalan yang harus ku lakukan pada malam itu". Baginda menjawab ucapkanlah :" Ya Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pengampun dan suka mengampun, ampunilah aku".

Oleh itu, sama-samalah kita berlumba-lumba kea rah mendapatkannya dan jadikan malam lailatul qadar itu sebagai ruang dan peluang `cepu emas' bagi meraih keredaan Allah SWT dan keampunan Nya sebanyak mungkin serta ganjaran pahala beribu kali ganda yang mana bersamaan tempoh seribu bulan beribadat.



Isnin, 30 Julai 2012

Yang tersurat dan tersirat di sebalik isu MB Kedah

Isu siapa akan menjadi MB Kedah pada penggal akan datang sekiranya BN menang pada PRU ke 13 bangkit lagi. Calon pilihan adalah Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir.

Mengikut laporan sebuah akhbar lebih 60 peratus respoden dalam satu kajian yang dibuat oleh sebuah universiti tempatan memilih Datuk Mukhriz. Ini bermakna untuk tujuan itu beliau besar kemungkinan akan diletakkan sebagai calon Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRU ke 13 akan datang. Sekarang beliau adalah ahli Parlimen Jerlun dan memagang jawatan timbalan menteri. 

Tradisi BN sejak sekian lama dalam penempatan calon-calonnya tidak akan berlaku seorang calon menduduki dua kawasan pilihan raya iaitu DUN dan Parlimen serentak. Ia berbeza dengan pembangkang. Ini bermakna sesiapa yang dipilih untuk calon DUN tidak boleh lagi menjadi calon kawasan Parlimen atau sebaliknya.

Kedua-duanya ada kelebihan tertentu. Calon Parlimen layak untuk dilantik sama ada sebagai Menteri, Timbalan Menteri atau Setiausaha Parlimen, selain Perdana Menteri dan Timbalan Perdana Menteri. Manakala calon DUN layak untuk dilantik sebagai MB atau Exco. Namun dari segi kuasa dan lain-lain `keistimewaan' ahli Parlimen mengatasi ahli DUN.  

Berbalik kepada Datuk Mukhriz. Dari segi keupayaan, kebolehan, bakat, ciri-ciri kempininan dan sebagainya memang diakui ada padanya Justeru memang wajar beliau menjadi calon pilihan ramai. 

Namun pada masa sama kita, terutama pengundi di Kedah harus melihat juga dari segi senario politik semasa di negeri itu. Misalnya antara lain , apakah kini BN benar-benar ada harapan menguasai semula negeri Kedah pada PRU ke-13 akan datang ini ?

Katakanlah BN kalah, walaupun hanya dua , tiga kerusi sahaja, sudah tentu mengikut sistem yang ada BN tidak boleh memerintah. Kuasa memerintah jatuh pada tangan pihak lain. Pada masa itu bagaimana dengan kedudukan Mukhriz sekalipun beliau menang (kerusi DUN) ?

Sekarang beliau adalah timbalan menteri bagi sebuah kementerian kanan. Jadi, implikasi ke atas masa depan kerjaya politiknya harus diambil kira. Penulis tak pastilah bagaimana penyokong dan pemimpin BN melihat isu ini. Terpulanglah kepada mereka untuk membuat pilihan dan ketentuan. Sesungguhnya warna-warna politk terlalu banyak, sukar untuk dibaca.

Ahad, 29 Julai 2012

Perlukah sebuah Majlis Ulama ?

Setiap orang ada pandangan tersendiri dan setengahnya pula ada muslihat tersendiri. Terpulanglah kepada diri masing-masing. Tapi bagi saya ia tidak perlu.

Ini kerana kita sudah banyak dengan pertubuhan atau agensi seumpama itu sama ada atas sifat NGO mahu pun kerajan sendiri . Semuanya berkaitan dengan ulama dan dakwah Islam; bukan sahaja di peringkat puast malahan di peringkat negeri juga.

Tapi keadaannya dari segi kewujudan timbul isu-isu kabur atau sebaliknya yang boleh menganggu kefahaman Islam masih berterusan juga. Isu murtad , isu gejala sosial, isu kekeliruan memahami syariat dan banyak lagi masih terus menjadi.

Apakah sebabnya terjadi demikian ?  Banyak andaian boleh dibuat . Di antaranya mungkin dari segi peadbirannya atau susun atur organisasinya yang tidak kemas, tidak releven, tidak menyeluruh dan sebagainya .

Maka sekiranya itulah faktornya , rasanya tidak perlulah kepada penubuhan sebuah lagi badan berkaitan seperti Majlis Ulama misalnya , memadai dengan apa yang sudah ada . Cuma buat ubahsuai atau tambah baiknya sahaja seperti selaraskan fungsi dan skopnya supaya tidak bertindih dan sebagainya dan pastikan yang objektif serta perananya jelas. Jangan ada elemen-elemen yang lain, selain dari masalah agama.

Khamis, 26 Julai 2012

Allah Itu Maha Pemurah Lagi Maha Pengasih

Pada 9 Ogos ini lebih kurang 1.27 juta orang penjawat awam dan 657,000 pesara perkhidmatan awam masing-masing akan mendapat bayaran bonus dan bayaran khas dari kerajaan pusat. Sebanyak setengah bulan gaji atau minimum RM500 untuk yang sedang berkhidmat dan RM500 juga untuk yang telah bersara. Perbelanjaan keseluruhan dianggarkan RM2.2 billion. Bayaran itu bagi meringankan beban untuk membuat `persiapan raya' Idilfitri tahun ini.

Dengan penuh harapannya agar saya termasuk dalam golongan mereka. Besyukurlah ke hadhrat Ilahi di atas limpahan rezeki itu. Juga berterima kasih kepada kerajaan diatas pemberian itu . Nasib baik negara masih aman aktiviti ekonomi dapat berjalan dengan baik dan pendapat negara masih agak kukuh meski pun terdapat sedikit masalah ketidaktentuan di peringkat dunia.

Maka di sini sangat jelas `keamanan' dan `kerharmonian' merupakan satu rahmat dan nikmat yang cukup besar lagi bermakna kurniaan Allah SWT kepada hamba-hamba-Nya. Jadi kepada hamba-hamba-Nya yang beriman, bersyukurlah kepada Allah dan berikhtiarlah serta berdoalah sentiasa agar rahmat dan nikmat itu tidak ditarik balik.

Piliharalah keamanan yang sedang dinikmati dan jagalah baik-baik keharmonian yang ada , mudah-mudahan Allah akan tambah lagi nikmat-Nya dan hendaknya kita bukan dari golongan yang kufur nikmat dan dimurkai Allah Azzawajalla.

Rabu, 25 Julai 2012

Tazkirah Ramadan - Ada Tiga Jenis Ulama


MAFHUM HADIS

Daripada Anas radhiallahu `anhu bahawasanya Nabi Solallahu `alaihi wassalam bersabda , " Ulama itu ada tiga jenis. Pertama yang alim yang hidup dengan ilmunya (yakni yang beramal dengan ilmunya) dan masyarakat juga `hidup' dengan ilmunya. Kedua, orang yang alim yang mana masyarakat mengambil manfaat dengan ilmunya tetapi dia sendiri membinasakan dirinya (tidak beramal dengan ilmunya) Ketiga, orang alim yang hidup dengan ilmunya (mengamalkannya) tetapi orang lain tidak dapat mengambil manfaat daripada ilmunya")


Keterangan

Orang alim ada pelbagai. Misalnya ada yang berperanan untuk diri dan masyarakatnya; sementara masyarakat sendiri sangat merasakan peranannya itu dan dia juga mempunyai kepakaran serta kemahiran di dalam memberikan layanan kepada semua lapisan masyarakat. Maka keberadaannya itu di tengah-tengah masyarakat laksana lampu yang menerangi segala kawasan dan ruang di sekelilingnya.

Ada pula orang alim yang mampu berperanan kepada masyarakatnya dari segi di mana orang lain dapat mengambil manfaat daripada ilmunya serta beramal dengannya, namun dia sendiri mengabaikannya seolah-olah seperti sebatang lilin yang menerangi  orang lain di sekelilingnya tetapi dirinya sendiri terbakar.

Sementara itu ada pula orang alim yang dia sendiri dapat mengambil manfaat daripada ilmunya tetapi tidak dapat dimanfaatkan orang lain kerana tidak mengajarkannya atau orang lain sukar  memahami isi penyampaianya.

Namun, ulama itu tetap berperanan kepada diri, masyarakat dan agamanya.

Selasa, 24 Julai 2012

Perlukah SPA ambil semula pekerja yang berhenti ?

Dilaporkan SPA akan mengambil penjawat awam yang telah berhenti berkhidmat semula dengan sektor awam melalui beberapa cara termasuk pengisian borang permohonan dan sebagainya. Manakala CUEPACS yang mewakili 1.4 juta penjawat awam yang masih bekerja menyahut cadangan itu dengan `bersyarat'.

Apakah langkah itu mendatangkan kebaikan kepada semua, khususnya yang belum ada kerja ?

Bagi penulis, penulis tidak bersetuju dengan cadangan itu. Dalam apa keadaan pun jika seseorang penjawat awam itu berhenti atau meninggalkannya biarlah kekosongan itu diisi dengan orang lain, misalnya yang masih `fresh'.

Ingatlah semakin hari semakin bertambah pencari kerja kerana mereka ada kelulusan serta pengalaman tersendiri mengikut peringkat pengajian mereka. Hargailah mereka juga.

Tidak perlu dikhuatiri tentang keupayaan , bolehan dan pengalaman. Semuanya itu boleh diperolehi menerusi latihan dan kursus yang boleh diadakan dari semasa ke semasa mengikut kesesuaian. Melainkan penjawat itu terpaksa berhenti dengan sebab tertentu, misalnya dikaitkan dengan rasuah tetapi kemudiannya mahkamah membebeas dan melepaskannya dan sebagainya.

Pengalaman boleh dimilikki menerusi minat , prihatin, ketekunan ,  kejujuran , kreatif, kesediaan menerima  arahan dan tanggjungjawa serta kesabaran menghadapi cabaran dan ujian di samping berfikiran positif terhadap kerjaya dan tugas. Tanpa elemen-elemen  tersebut semasa bekerja pengalaman tidak akan datang dengan mudah.

Oleh itu, nasihat penulis kepada mereka yang baru mendapat jawatan, buatlah dengan penuh jujur dan kesungguhan serta bersabar dengan cabaran dan ujian, insya Allah pengalaman akan datang dan bahkan kematangan berfikir akan meningkat dari semasa ke semasa.

Ingat Allah, ingat ibu bapa dan ingat keluarga insya Allah akan berjaya.

Jumaat, 13 Julai 2012

Tazkirah pra Ramadan Setiap hari sehingga tiba Ramadan

Tazkirah pra Ramadhan telah dimulai di masjid Attaqwa Taman Bertam Indah, Kepala Batas , Pulau Pinang pada 11 Julai lalu selepas solat Asar setiap hari hingga sehari sebelum 1 Ramadhan. Maknanya sesiapa yang hadir berjemaah solat Asar di sana akan mendapat peluang duduk bersama dalam majlis ilmu ini.

Penceramahnya ialah seorang ustaz serta salah seorang ahli jawatankuasa qariah masjid berkenaan yang juga seorang peguam yang membuka firma sendiri di sekitar Kepala Batas. Tajuk ceramah berasaskan kitab `Buyutuna Fi Ramadhan.

Setakat ini peribincangannya mengenai bagaimana membuat persediaan jasmani , mental dan rohani dalam menyambut Ramdhan demi mengharapkan keredaan Allah Subhanahu Wataala.

Terima kasih kepada pengurusan qariah masjid kerana mengambil inisiatif mengadakan program ini. Banyak faedah boleh diperolehi daripada program ini.  Selain dari dapat menambah pengetahuan mengenai cara menunaikan fardu puasa ia juga mengingatkan diri supaya tidak lalai dan tergelincir dari landasan dan objektif sebenar kefarduan berpuasa.  

Selasa, 10 Julai 2012

Selamat berpuasa, semoga diampuni segala dosa lalu

Tidak lama lagi akan tibalah bulan Ramadhan di mana semua umat Islam tanpa mengira lelaki dan perempuan diwajibkan berpuasa sekiranya memenuhi syarat-syarat tertentu yang ditetapkan syarak.

Berpuasa maknanya menahan diri daripada makan dan minum serta bersetubuh dengan pasangan antara suami isteri pada siang hari. Ini pada level biasalah.

Untuk level yang lebih atas sikit ditambah lagi sikit elemennya iaitu mengawal anggota lahiriah dan panca indera dari melakukan perbuatan keji dan maksiat .

Dan peringkat lebih atas lagi ialah menahan hati dan pemikiran daripada melakukan perbuatan yang sama seperti berhasad dengki atau memikirkan keburukan orang lain dan seumpamanya. Sebaliknya hendaklah menggantikan semua itu dengan berzikir kepada Allah SWT dan berselawat ke atas baginda Nabi Muhammad SAW..

Setakat mana termampu lakukanlah semuanya itu mudah-mudahan mendapat puasa mabrur yang diberikan ganjaran pahala berganda-ganda daripada Allah SWT, Tuhan Maha Pencipta dan Maha Pemurah lagi Maha Mengasihani.

Satu perkara lagi sedaya mungkin elakkan dari berlaku pembaziran terutama ketika menyediakan juadah berbuka. Elakkan daripada terlalu membuat atau membelinya di pasar Ramadhan dan sebagainya dengan kuntiti yang terlalu banyak hingga tidak dapat dihabiskan dan terpaksa dibuang ke tong sampah setiap hari.

Juga cuba kita sama-sama elakkan lidah kita daripada berbicara sesuatu yang tidak dibenarkan syarak  Selain itu jika mampu kawalah mata, dan telinga dari melihat dan mendengar sesuatu yang dilarang syarak. Lakukanlah semampu mungkin, insya Allah mudah-mudahan kita termasuk di dalam golongan orang-orang yang diampunkan dosa-dosanya yang telah lalu kerana keikhlasan dan keimanannya berpuasa , seperti yang disebut oleh Rasul SAW dalam sebuh hadis sahih baginda.

Oleh itu, penulis ingin di sini  mengucapkan selamat berpuasa kepada semua pembaca ruangan ini dan berharap agar dipanjangkan kepada mereka yang belum pernah mengunjungi halaman blog ini untuk  membuat kunjungan. Yang baik dari Allah SWT dan yang tidak baik dari kelemahan diri saya. 


Rabu, 27 Jun 2012

Hai, pandu laju pun kena penjara

Biasanya hukuman penjara adalah kesalahan-kesalahan besar seperti membunuh, menyamun, merompak, merogol, dan lain-lain yang seseuai untuk dikaitkan dengan perbuatan jenayah.

Tapi apabila memandu laju ditafsir sebagai perbuatan jenayah ia sesungguhnya merupakan sesuatu yang amat memeranjatkan dan mengecewakan. Apa lagi oleh kerajaan yang sangat mengutama kepentingan rakyatnya.

Namun itulah apa yang telah terjadi apabila Subseksyen 26(2) dalam Rang Undang-Undang Akta Pengangkutan Jalan (APJ 1987, pindaan 2012) telah dibaca untuk kali pertama oleh Timbalan Menteri Pengangkutan di Dewan Rakyat baru-baru ini. Selepas ini pasti rang undang-undang tersebut  diluluskan.

Mengikut raang undang-undang itu selain dari phukuman penjara maksimum tiga bulan kadar denda minimum dan maksimum dimasukkan. Kadar denda minimum ditetapkan sebanyak RM300 dan maksimum RM2,000.

Sebelum ini kadar denda minimum tidak ada dan denda maksimum RM2,000.

Kesemua hukuman dan denda dalam Subseksyen ini adalah untuk kesalahan memandu laju dan memandu tanpa lesen pemanduan yang sah.

Tidak mengapa jika setakat denda sahaja. Kerana itu ada kebaikan kedua-dua pihak - kerajaan dan rakyat. Kerajaan boleh tambah pendapatan negara menerusi kutipan denda manakala rakyat pula dapat menyumbangkan kepada negara menerusi kesalahan dilakukan. Sedangkan pada masa mereka masih boleh teruskan kehidupan seperti biasa. Maknanya rutin kehidupan dan mencari nafkah masih berjalan.

Akan tetapi apabila dihukum penjara walau pun sehari bagi sesetengah orang akan kehilangan pekerjaan buat selama-lamanya. siapakah mereka itu ? Tak lain dan tak bukan ialah kakitangan kerajaan. Atau mungkin juga pekerja swasta.

Kita bukan sokong seratus peratus dengan pemandu laju atau anti undang-undang dan bukan juga anti kerajaan tetapi kenalah juga guna fikiran kita dalam hal-hal seperti ini.

Sanggupkah kerajaan yang sangat prihatin dengan rakyat dan mengamalkan slogan `rakyat didahuluikan' yang membawa maksud kepentingan kehidupan rakyat diutamakan itu tiba-tiba buat undang-undang yang boleh membunuh kehidupan rakyat.

Ini kerana takrif lari laju di jalan raya biasanya sangat kompleks. Misalnya sekiranya had laju 60 km, jika dikesan lari 63 km pun dah melebihi had lalu disaman, dibicarakan dan dikenakan denda atau dipenjara. Kadang-kadang perkara semacam ini berlaku di luar sedar, maklumlah bawa kereta.

Jadi, wajarkah dan berbaloikah dengan hukuman seberat itu - dipenjarakan?.

Itu satu hal. saatu hal lagi undang-undang itu dibuat dekat dengan plilihan raya umum. Semua orang tahu PRU adalah untuk menentukan siapa yang bakal memerintah.

Sanggupkah kerajaan membeli dengan harga yang maha semata-mata nak menghukumkan rakyat menerusi `kesalahan' yang tak seberapa. Terpulanglah. Tepuk dada tanyalah nafsu di dada.

Ahad, 24 Jun 2012

Jemput kenduri biarlah ikhlas

Catatan kali ini adalah berkenaan dengan cara menjemput dan melayan tetamu kenduri kahwin mengikut amalan masyarakat Melayu dan anjaran agama Islam.

Dalam masyarakat Melayu cara menjemput tetamu sama ada jiran , kaum kerabat, sahabat handai dan sebagainya ada caranya tersendiri  , namun terdapat sedikit perbezaan antara zaman dahulu dengan zaman alaf baru ini.

Jemputan pada abad lalu mementingkan jemputan lisan atau dipanggil "jemputan mulut" terutama bagi masyarakat desa dan luar bandar. Jumputan dengan mulut itu dianggap lebih mesra dan ikhlas . Waktu itu di kampung-kampung tak pakai kad seperti sekarang.

Jemputan cara mulut itu sama ada dengan dijemput sendiri oleh tuan empunya kenduri atau mewakilkan kepada seseorang lain; biasanya ketua kampung atau tok imam.

Cara nak wakilnya pula ialah dengan menjemput dirinya serta ahli keluarganya terlebih dahulu sebelum mewakilkanya menjemput orang lain. Jika tidak dia hanya menjemput orang lain sahaja tetapi dia sendiri dan keluarganya tak akan datang kerana dianggap tidak dijemput.

Begitullah telitinya dan prihatinnya masyarakat pada zaman itu terhadap pemakanan kerana takut jadi memakan akan makanan yang haram atau syubhah walau pun dari segi perbuatannya dan bukan diri makanan itu sendiri.

Itu dari segi cara jemputan. Bagaimana pula dari segi cara menyambut tetamu yang datang  Ia juga dibuat dengan penuh berhati-hati dan berhemah agar tidak ada siapa di kalangan tetamunya yang rasa terkecil hati dan terhina.

Misalanya setelah tetamu datang pada hari berlangsungnya majlis kenduri itu tuan rumah akan menyambut tetamu dengan penuh rasa seronok dan ceria bagi menggambarkan keikhlasan. Ini bukan sahaja kerana adat resam atau budaya tetapi ia juga berdasarkan ajaran agama.

Namun, itu hanya berlaku pada zaman dahulu - zaman belum ramai orang ada ilmu, belum ramai orang reti membaca dan menulis dan barangkali belum ramai orang ada macam-macam pangkat dan kedudukan dan belum ramai yang ada kereta besar dan rumah besar.

Sekarang, zaman alaf baru ini sungguh jauh bezanya. Jemput pakai pesan sahaja, pakai kirim `salam' sahaja, pakai telefon, pakai sistem pesanan ringkas (sms) pakai facebook dan sebagainya. Bukan sahaja dibuat kepada kenalan, rakan atau sahabat tetapi juga kepada kaum kerabat termasuk yang lebih atas susunlapis pertalian darahnya seperti bapa saudara, emak saudara dan lain-lain.

Pun begitu boleh tahan lagi. Tapi yang amat menyedihkan tatkala sampai ke majlis sambutan yang diberikan oleh tuan rumah atau yang empunya kenduri itu berbeza antara tetamu. Yang ada pangkat, yang ada kereta besar, yang ada nama besar disambut dengan penuh ceria, tak cukup dengan senyum ditambah dengan berpeluk-peluk lagi.

Akan tetapi yang tak ada pangkat, tak ada nama, yang mungkin tak berapa suka tapi kerana terpaksa jemput sebab takut orang kata, sebab ada hubungan darah daging lalu dibuat tak nampak, dibuat tak sede sahaja sedangkan yang datang itu bukan dari jarak dekat. Bahkan beratus kilometer. Namun itu tidak diambil kira.

Maka jadilah jemputan itu semacam tiada iklas sahaja. Jika tidak ikhlas jangan jemput awal-awal lagi kerana mmenyusahakan diri sendiri dan menghina orang yang dijemput . Ini kerana dari hukum syarak jemput itu sunat tapi hadir itu wajib. Maknanya jika tak tunai berdosa tapi bila tunai tuan rumah pula buat pandang tak pandang sahaja.

 Jadi, kepada sesiapa pun kalau rasa tak ikhlas nak jemput seseorang itu, janganlah jemput sekalipun ada pertalian daging darah. Janganlah jemput kerana nak jaga hati orang tapi menghina orang yang dijemput. Buat apa kita bermunafik dengan Allah SWT(wa iyazubillah). Ingatlah bahawa Allah itu amat mengetahui segala-galanya.



Khamis, 14 Jun 2012

PRU ke 13 tak mungkin diadakan pada musim haji

Betullah kata-kata ilmuan politik bahawa politik itu hidup dengan isu. Tanpa isu matilah politik. Lagi banyak isu dibangkitkan lagi bergemerlapanlah neon persada politik. Di mana-mana pun di dunia fana ini beginilah keadaannya. Termasuklah di Malaysia negara tercinta ini.

Di Malaysia ini politiknya melibatkan berbagai kaum seperti Melayu, Cina, India dan lain-lain. Sesuai dengan kedudukannya yang mempunyai berbagai kaum, agama dan budaya.

Namun yang paling ramai sekali rasanya orang Melayulah yang bergelempangan di atas persada politik. Bermacam-macam. Sesuatu yang sangat dipedulikan orang Melayu rasanya adalah politik berbanding dengan bidang-bidang lain. Tak mengapalah.

Parti yang penyertaan orang Melayu paling banyak adalah parti UMNO dan Pas. Kedua-duanya adalah parti yang tertua di Malaysia. UMNO didakwa sebagai parti assabiah (bercorak kebangsaan), sedangkan Pas didakwa parti Islamiah (bercorak Islam).

Kedua-duanya sentiasa berentap mencari pengaruh dengan berbagai cara serta pendekatan. Antara lainnya ialah menjadikan Islam sebagai taruhannya. Lalu isu-isu yang dibangkitkan selalunya ada kaitan dengan Islam.

Terkini sekali seperti yang dihebohkan media massa ialah isu Pas meminta ahli-ahli pentingnya dalam plihan raya umum akan datang ini menangguh dulu urusan ibadah hajinya.

Kenyataan itu agaknya berikutan andaian Pas yang PRU ke 13 ini akan diadakan pada musim haji ini. Tak pasti pula atas asas apakah kemungkinan PRU itu akan diadakan pada musim haji.

Bagaimanapun berikutan kenyataan itu riuh rendahlah satu Malaysia. Ada yang pro dan kontra. Biasalah, politik katakan !

Tapi bagi sayalah yang tidak pandai berpolitik ini, saya tidak yakin PRU akan diadakan pada musim haji.

Ini kerana yang wajib (kali pertama) atau sunat (bukan kali pertama) tunai haji itu bukan orang Pas sahaja tetapi orang UMNO pun sama juga. Orang UMNO pun beragama Islam juga seperti mana orang Pas.

Dan ibadat haji itu dibuat di negara orang lain, negara Arab. Takkanlah pula kerajaan Arab nak asingkan antara orang UMNO dan orang Pas bagi menunaikan ibadat haji. Mustahil !

Satu lagi asasnya ialah takkan pula  Datuk Seri Najib atau pemimpin UMNO yang lain tak dapat fikir yang jika dibuat PRU itu di musim haji orang UMNO juga akan terlepas peluang dan BN akan hilang undi, walaupun satu undi. 

Lagi pun BN sendiri sejak 2008 hingga kini tidak dapat dibaca secara jelas dan telus akan kekuatannya sebenar. Kerana ujian sebenar belum dibuat.

Jadi saya kira hanya selepas PRU ke 13 inilah petunjuk sebenar dapat dipastikan.

Oleh itu, pada pandangan sayalah PRU ke 13 tidak akan berlaku pada musim haji ini. Wallahu alam bissawab.

Rabu, 13 Jun 2012

Teknik propaganda Pas sangat menjadi

Saya kira di antara parti politik yang paling bijak di Malaysia menguruskan strategipropaganda dan perang sarafnya adalah parti Pas.

Sejak 20 tahun kebelakangan ini saya perhatikan parti itu kerap mencetuskan isu-isu yang sangat kontraversi dan kadang kala sangat sensitif kepada khalayak atau masyarakat, terutama masyarakat Melayu dan Islam.

Antara isu-isu kontraversi yang pernah dicetuskan dalam tempoh tersebut ialah isu mengkafirkan orang Islam yang tidak menyokong Pas, isu wanita tidak boleh menyertai musabaqah tilawah al-Quran dan lain-lain.

Yang terkini sekali ialah isu tunjuk perasaan di tanah suci dan isu menyeru ahli-ahlinya yang terlibat secara langsung dalam pilihan raya umum akan datang supaya menangguhkan ibadat haji mereka. Dan banyak lagi , tak mampu  nak ditulis satu persatu di sini.

 Apa pun kesemua isu yang dicetuskan dan bersifat kontraversi itu akan memberi impak kepada minda orang ramai, khususnya kepada pengundi.

Perkataan Pas serta lambangnya berwajah bulan penuh itu akan sentiasa lekat di ingatan atau pemikiran khalayak. Malah lagi banyak komentar yang dikeluarkan lagi kuat ingatan pengundi atau khalayak terhadap Pas..

Inilah yang sangat dipentingkan dalam teknik propaganda. Dengan demikian saya berpendapat penyokong atau pemimpin politik parti lawannya atau NGO pro parti lawannya kenalah kurang sikit komen. Atau kenalah hati-hati sikit ketika memberi. Jangan ghairaha sangat nanti makan diri..

Jika ditanya sejengkal oleh media dijawab sedepa , silap-silap haribulan akan terkantoilah jawabnya. Lalu yang dikejar tak dapat yang dikendung berciciran. Ini adalah pandangan saya, orang kampung.
Pencetusan isu sedemikian didapati dilakukan secara konsisten. Pendek kata lepas satu,satu ditimbulkan. Kemudian sudah pastilah media akan memanipulasikan isu-isu tersebut dengan tujuan tertentu.

Pendapat-pendapat umum atau komen-komen akan dicari menyusui pencetusan isu-isu berkenaan daripada pemimpin politik parti-parti `lawan' terutama sekali UMNO dan NGO-NGO yang pro UMNO.

Selasa, 12 Jun 2012

Beza ulama politik dan ulama bukan politik

 Di Malaysia ada dua kategori ulama. Satu disebut `ulama politik'. Satu dipanggil ulama `bukan politik'. Kedua-duanya adalah orang yang sangat alim dalam selok belok agama . Mereka alim dalam bidang fiqah, usuluddin, tasauf, tafsir, ulum tafsir, hadis dan ulum hadis.

Selain itu mereka juga dalam balaghah, mantik dan sebagainya. Kerana mereka sangat alim maka dipanggil ulama iaitu kata jamak dari alim.

Di Malaysia dari segi politiknya bersifat ala-ala perkauman. Maknanya nak dikatakan benar-benar perkauman pun tidak , tapi nak dikatakan tidak pun tidak juga. Jadi macam suam-suam kuku sahaja.

Sebenarnya kalau dilihat dari segi cara mengatur langkah strateginya parti-parti yang ada lebih gemar memainkan isu-isu yang boleh membangkitkan perasaan `cintakan' kaum sendiri atau `bencikan' kaum-kaum lain.

Mungkin inilah kot agaknya kedudukan sebenar inti pati parti-parti politik yang ada di Malaysia ini.

Orang Melayu dikatakan kaum peribumi negara ini. Mungkin sebab itu agaknya mula-mula dulu negara ini dipanggil Persekutuan Tanah Melayu, kemudian diubah dan diubah seterusnya sehingga bernama Malaysia dan kekal hingga sekarang ini.

Dalam politik ni nampaknya orang Melayu lebih fleksible , lebih anjal penyertaannya. Parti mana pun yang didaftarkan sebagai parti politik orang Melayu tidak akan melepaskan peluang untuk menjadi ahlinya.Tak banyak pun sikit.

Walau bagaimanapun parti Melayu yang dihubung kaitkan dengan Islam iaitu agama bagi orang Melayu maka oarang Melayu akan sokong sungguh- susngguh parti tersebut. Ada orang kata sokongan macam ni dipanggil taksub.

Di Malaysia ada dua parti terbesar yang terdapat ciri-ciri  begini iaitu parti yang dikenali sebagai UMNO yang ditubuhkan pada tahun 1946 dan satu lagi dikenali sebagai parti Pas dan ditubuhkan pada tahun 1951/52.

Dari segi persaingan perjuangannya atau cara mengatur langkah yakni strategi untuk menawan atau `membeli' pengikut dan penyokong masing-masing kena kata siapa yang lebih Islamik.

Bukan setakat kata-kata sahaja tapi kena tunjuk. Waktu tunjuk-tunjuk beginilah ada macam-macam berlaku sama ada menerusi kata-kata atau perilaku yang kadang-kadang terlihat tergelincir dari landasan agama.

Lantas ekoran itu timbullah perelisihan pendapat, malah ada kala membawa kepada `pergaduhan'. Kesannya ialah orang Melayu berpecah kerana teori dan tafsir yang berbeza tentang hukum haram atau halal atas perkara begitu dan begini.

Dalam hal ini ulama pun sekali sekala terlibat sama secara langsung atau tidak. Akhirnya umat Islam di Malaysia menjadi bengung untuk memikirkan yang mana satu betul atau sebaliknya.

Mana-mana parti politik pun matlamanya adalah sama sahaja iaitu kuasa. Di Malaysia disebut sebagai `menguasai Putrajaya' kerana di situ terletaknya pejabat Perdana Menteri.

Namun bagi ulama bukan politik pula tiada matlamat itu. Yang ada pada mereka ialah supaya mendapat keredhaan Allah semata-mata   Mereka tiada serampang dua mata atau lebih. Wallahualam.

Sabtu, 9 Jun 2012

Pembekuan pinjaman PTPTN ditarik balik, baguslah tu

Sebagai seorang bapa yang mempunyai beberapa orang anak yang pernah belajar di pusat pengajian tinggi kerajaan dan swasta dengan menggunakan wang pinjaman daripada Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) saya amat mengalu-alukan langkah menarik balik pembekuan pinjaman terhadap pelajar-pelajar Universiti Selangor (UNISEL) seperti mana dilaporkan media hari ini. 

Langkah itu menampakkan kewarasan pihak berkuasa berkenaan di dalam menangani isu PTPTN yang menjadi riuh rendah di seluruh negara baru-baru. Isu yang dibangkitkan sebelum ini sebenarnya lebih bersifat politik kerana ia dicetuskan oleh orang politik, bertujuan untuk mencapai matlamat politik .

Ia tidak kena mengena dengan pelajar atau bakal pelajar . Yang ada ruang belajar, belajarlah bersungguh - sungguh kerana ia melibatkan masa depan. Biarlah orang politik menguruskan hal-hal politik. Tunggulah apabila sampai masanya nanti baru kita pula mengambil gilirannya.

Oleh kerana iasu tersebut timbul dalam konteks kepentingan politik maka itu boleh jadi tindakan yang diambil oleh pihak berkuasa berkenaan pun nampaknya ada unsur-unsur politik juga. Namun tidak kena pada tempatnya. Kerana yang menjadi mangsa adalah para pelajar atau bakal pelajar dan masa depan mereka. .

Rasanya bukan semua yang menjadi mangsa tindakan itu mereka yang terlibat di dalam cetusan isu `tidak perlu kepada PTPTN ' itu. Itu pun jika ada yang terlibat.

Kadang-kdang apabila tak dapat tanduk telinganya dipulas pun tak betul juga. Itu tak adil namanya Kalau tandak yang buat, pulas tanduk sahajalah yang dipulas, jangan pula pulas telinga. Nanti tanduk tak dapat telinga pula terlepas sama.  

Ahad, 27 Mei 2012

Akhirnya muzakarah tak jadi, al-hamdulillah

Akhirnya muzakarah yang diuar-uarkan antara UMNO dengan Pas tak jadi. Al-hamdulillah, syukur

Dari mula lagi isu ditimbulkan saya lihat ia hanya satu gimik politik sahaja , tamabah lagi menjelang pilihan raya umum ini dan kelihatan semata-mata untuk mencari populariti , bukan kebenaran.

Tidak jelas apakah persoalaan sebenarnya yang hendak dimuazakarahkan. Ini kerana antara Pas dan UMNO kini saya tidak nampak apa-apa jurang perbezaan, kecuali dari nama sahaja.

Tidak seperti dahulu atau sebelum dekat pertama alaf baru ini. Perjuangan Pas semasa itu ialah untuk menegakkan negara Islam, membangun bersama Islam, dan sebagainya di mana `hukum hudud' dijadikan inti pati perjauangan keseluruhannya.

Justeru itu tidak hairan jika ia mendapat tempat di hati nurani sebahagian orang Melayu yang rata-ratanya beragama Islam.

Akibat dari gambaran dasar dan perjuangan sedemikian rupa maka terdapat sebahagian dari pengikut atau penyokongnya yang taksub bertindak agak agresif di mana penyokong-penyokong UMNO atau mereka yang dianggap bersekongkol dengannya juga dicap dengan pelbagai gelaran keji. seperti kafir, fasik, munafik dan sebagainya.

Gelaran seperti ini amat menghiris hati mereka yang menjadi mangsa . Malah isu ini pada suatu ketika dahulu telah menyebabkan perpecahan teruk di kalanga masyarakat Melayu Islam, bukan sahaja dari segi politiknya tetapi dari segi sosial dan kekeluargaan juga.


Ini terbukti apabila ada sesetengah masjid wujud solat jemaah dua imam, sembelih orang UMNO tidak boleh dimakan, setengah-tengah perkahwinan dibatalkan dan diakad semula kerana dianggap sah dan sebagainya.

Cerita-cerita seperti ini adalah sangat lumrah didengar pada tahun-tahun 1960-an, t970-an dan seterusnya sehinggalah selepas pilihanraya umum ke 12 pada 2008 dan kebelakangan ini apabila dasar atau pendekatan sedemikian itu diubah kepada "negara berkebajikan' .

Pertukaran dasar serta pendekatan itu dilihat ia tak jauh bezanya dengan dasar perjuangan UMNO, meskipun mungkin dari segi pendekatannya tidak serupa.

Jika suatu ketika dahulu Pas mempertikaikan UMNO `berkawan' dengan parti kaum-kaum lain untuk berkuasa , kini Pas pun mengambil pendekatan yang sama apabila menyertai Pakatan Rakyat. Malah Pas bukan sahaja `berkawan' tapi kelihatan lebih banyak `bersetuju' atau `angguk' dengan pendirian kawan-kawannya di dalam PR. Tidak mengapa kerana sistem politik negara kita berteraskan demokrasi.

Cumanya Pas dan juga UMNO tak perlulah nak  `cari' masalah sehingga wujud perpecahan ketara di dalam masyarakat Melayu/Islam yang menjadi pendukung utama kepada kedua-dua parti tersebut, terutama dari segi sosial dan kekeluargaan sepertimana berlaku sebelum ini.

Oleh itu kesimpulannya ttidaklah perlu lagi kepada muzakarah . Dan keputusan tak jadi muzakarah itu satu yang bijak dan merupakan satu rahmat cukup besar .

Sebaliknya teruskan sahaja perjuangan dengan susunkan sahaja strategi politik masing-masing dengan berhemah serta sesuai dengan sistem sosial dan sisitem nilai yang diwarisi dan diamalkan di negara ini sejak sekian lama. 

Ahad, 20 Mei 2012

Cara penyampaian di dalam majlis kuliah/tazkirah di masjid/surau perlu diubah

Menghadiri majlis ilmu sangat-sangat dituntut di dalam agama Islam. Ia untuk membolehkan seseorang Muslim/Muslimah itu memahami segala ilmu pengetahuan mengenai agamanya atau menambahkan ilmu yang sedia ada. Baik dalam bidang akidah, fiqah , akhlak, mahupun dalam bidang tassauf.

Untuk mendapat segala ilmuan ini sangatlah mudah pada zaman ini. Ia tidak seperti zaman dahulu. Sumber ilmu pada zaman dahulu tersangat susah untuk diperolehi . Ia kerana kekurangan asses. Sebaliknya pada zaman ini segala-galanya senang, dan ada di mana-mana  termasuk lama maya. Cuma mahu atau tidak mahu sahaja.

Jadi tidak sebab untuk mengatakan tiada kesempatan dan sebagainya . Di rumah-rumah ibadat pula seperti masjid dan surau di seluruh negara di Malaysia ini disediakan dengan berbagai program ilmu yang dinamakan dengan berbagai jenis nama seperti kuliah , tazkirah dan lain-lain.

Ada kuliah subuh, ada kuliah maghrib, dan juga kuliah dhuha dan kuliah Jumaat. Selain dari itu ada juga dinamakan majlis tazkirah, ceramah dan sebagaiinya yang diadakan mengikut kalendar tahun hijrah seperti maal hijrah, maulidul rasul, israk mikraj dan sebagainya dan ada juga yang diadakan sepanjjang masa . Malah ada setengah qariah mengadakannya sehingga 18 kali seminggu.

Namun dari segi kaedah atau penyampaiannya adalah sama sahaja - "one way communicaton" atau ada juga orang panggilnya bentuk "monolog".. Ia bermakna hanya seorang sahaja yang bercakap iaitu ustaz atau `tok guru' yang dijemput dan sebagainya , manakala yang menjadi muridnya atau pendengar hanya hadir semata-mata.tanpa diberi peluang bertanya soalan. Faham ke tak faham wallahu alam.

Ruang untuk bertanya atau `muzakarah' langsung tidak atau jika ada pun paling terhad. Lazim dan kebanyakannya tidak ada langsung. Habis kuliah atau ceramah ustaz atau tok guru berkenaan akan tutup majlis dan pulang.

Saya tak tahulah sehingga bila kaedah ini akan diguna pakai dalam majlis atau program majlis ilmu ini yang tujuannya sangat jelas iaitu untuk menyebar ilmu agama serta memberi kefahaman kepada ummah agar dengan ilmu yang diperoleh atau tertambah itu akan membolehkan mereka berjaya melakukan amal ibadat dengan betul. Justeru segala amalan itu tidak sia-sia atau mendapat keredhaan Allah. .

Kita tahu bahawa dalam syariat Islam bukan semata-mata disuruh menuntut sebanyak mungkin ilmu tetapi juga dituntut supaya beramal sedayamungkin.Tetapi macam mana nak beramal jika tak faham.  Dalam hal ini siapa akan dipertanggungjawabkan ?

Saya kira sudah sampai waktunya bagi para penganjur program atau para penceramah atau siapa sahaja yang ada hubung kait dengan penganjuran dan  pengelolaan majlis ilmu mengubah cara persembahan (teknik penyampaian) supaya tujuan murni menyebar ajaran agama Allah ini berkesan .

Jumaat, 18 Mei 2012

Bilakah agaknya pilihan raya ni akan diadakan ?

Jika pilihan raya umum ke 13 diadakan pada bulan September ini sebanyak lebih kurang tiga juta pemilih layak mengundi; demikian kata SPR seperti dilaporkan media baru-baru ini..

Kebelakangan ini cakap-akap mengenai pilihan raya ada di mana-mana sahaja dalam Malaysia ini. Orang politik ke, bukan orang politik, orang bandar ke orang kampung ke, orang tua ke orang mudaa ke , semuanya cakap pasal pilihan raya.

Tetapi yang menjadi masalah dan keliru sikit adalah fasal tarikh sebenar bila ia akan diadakan. Perkara ini hanya kerajaan atau parti yang memerintah di peringkat sahaja yang sangat tahu. Orang lain tu main agak-agak sahajalah

Kuasa menetap tarikh itu hakikatnya ada di tangan Perdana Menteri. Bila PM dah tetap beliau akan menasihatkan Yang Di Pertuan Agong bubar Parlimen serta seterusnya Dewan Undangan oleh Sultan atau Yang Di Pertua Negeri  dan SPR sebagai satu-satunya badan yang diberi kuasa mengendalikan pilihan raya akan mengumumkan segala proses yang ada kaitan dengan pilihan raya.

 Maka tarikh penamaan calon dan tarikh mengundi pun diumumkan, termasuklah mengira dan mengisytiharkan siapa menang dan siapa kalah. Siapa akan membentuk kerajaan dan siapa akan menjadi pembangkang. Baik di peringkat Pusat mahupun di peringkat Negeri.

Uniknya yang menang di peringkat Pusat iaitu menerusi kerusi-kerusi Parlimen tidak semestinya menang di peringkat Negeri iaitu menerusi kawasan-kawasan Dewan Undangan Negeri.

Jadi, parti yang tak dapat bentuk kerajaan pusat kerana gagal mendapat lebih 50 peratus kerusi di perigkat Parlimen tak semestinya gagal keseluruhannya .

Mungkin berjaya di peringkat Dewan Undangan Negeri. Maka dia pun bentuk juga kerajaan tapi di peringkat negerilah; bukan pusat.

Cumanya siapa-siapa yang yang berhasrat nak jadi PM akan menjadi masalahlah sebab tak menang seawajarnya di peringkat Parlimen.

Pun begitu , kena terimalah hakikatnya yang negara kita ini mengamalkan sistem demokrasi yang sedemikian bentuknya . Tak apalah tak dapat perintah pusat pun dapat juga perintah negeri. Cuma kuasanya sahaja lebih terbatas sikit.

Untuk menang semua sekali kenalah kerja kuat. Dalam politik ni kerja kuat tu termasuklah cakap kuat. Makna cakap kuat itu samalah dengan kerja kuat. Tapi cakap pun kenalah tengok juga, tambah lagi orang Islam, faham-faham sudahalh.

Apa pun jangan jadikan orang ramai sebagai mangsa `cakap kuat' dan kerja kuat sudahlah. jangan kerana kita kerja kuat dan cakap kuat orang ramai atau rakyat lintang pungkang hidupnya. Tak bolehlah macam ni.

Maki hamun, fitnah, serang sana serang sini, masam muka masam muka sini , ganas sana ganas sini dan sebagainya. tak usah buat macam tu. Tak baik. Buatlah cara elok sikit.

Kempenlah elok-elok, ikut pertauran, hormati undang-undang negara, patuh peraturan atau syariat agama serta tatasusila budaya kita.

Siapa yang ada namanya di dalam Daftar pemilih SPR itu, patutlah ambil tanggungjawab masing-masing dengan keluar mengundi di kawasan serta tempat mengundi yang ditetapkan atau yang kita sendiri pilih. Selamt mengundi.

Isnin, 30 April 2012

Jika ditanya......

Jika ditanya ahli agama
apakah benteng kukuh
untuk mengawal nafsu serakah,
perbuatan keji dan durjana
mereka akan jawab iman dan taqwa (I & T)
dan jika ditanya ahli politik
yang memerintah sesebuah negara
mereka akan jawab undang-undang dan akta.

Jika ditanya pula ahli agama
yang pada masa sama ahli politik
jawapannya sentiasa berubah-ubah
mengikut keadaan di mana terdapat
yang mana satu antara kedua-duanya
yang boleh mendatangkan keuntungan politiknya.

Demikianlah perjalanan hidup di dalam dunia fana ini. Wallahu a'lam bissawab.

Selasa, 27 Mac 2012

Apabila program penerangan diintensifkan .....

Kelmarin dilaporkan sebahagian pegawai-pegawai di bawah kementerian penerangan , komunikasi dan kebudayaan (KPKK) - jabatan penerangan, jabatan hal ehwal khas (Jasa), RTM dan Bernama hadir dalam satu program perjumpaan khas dengan PM.

Dalam perjumpaan itu dilaporkan PM telah meminta mereka "membantu menjelaskan" seluas-luasnya mengenai dasar-dasar kerajaan dan isu-isu semasa yang hangat diperkatakan ketika ini supaya difahami rakyat. .

Biasanya apabila `program penerangan' diintensifkan ia petanda pilihan raya umum (PRU) amat dekat. Justeru, mungkinkah PRU ke 13 akan diadakan pada hujung bulan Mei atau seawal bulan Jun ini ?

Selasa, 21 Februari 2012

Jika ilmu tidak diamalkan seperti pohon tidak berbuah

Saya ingin tuliskan sedikit tentang keadaan penghayatan masyarakat Islam di negara ini khasnya masyarakat Melayu terhadap syariat dan akhlak Islam meskipun saban hari menghadiri bermacam kuliah di surau dan masjid dan lain-lain tempat .

Ia sangat jelas berbeza dengan masyarakat zaman dahulu . Pada zaman dahulu ruang-ruang `belajar' sepertimana berlaku sekarang sangat kurang sungguh pun terdapat sekolah-sekolah pondok yang khusus mengajar agama.

Sekarang ini bukan sahaja sekolah-sekolah agama bertambah di sana sini sama ada yang diusahakan oleh pihak swasta mahu pun pihak kerajaan bahkan sehingga di epringkat universiti dan kolej tetapi juga terdapat kuliah-kuliah atau ceramah-ceramah di surau dan masjid di seluruh negara .

Terdapat sesetengah qariah mengadakan `majlis ilmu' itu sehingga melebihi 14 kali seminggu. Tak cukup dengan kuliah subuh dan maghrib setiap hari ditambah pula dengan kuliah-kuliah dhuha pada setiap Sabtu dan Ahad. Harapannya agar masyarakat amanya atau anak-anak qariah khasnya ada ilmu.

Selain itu `majlis-majlis ilmu' seumpama itu juga boleh didapati menerusi ceramah-ceramah yang boleh didapati di mana-mana sahaja dan melalui berbagai saluran lain seperti radio, surat khabar, televesyen bahkan menerusi laman-laman web.

Dari segi itu kita amat bersyukur. Namun dari segi amalannya ia agak mendukacitakan sungguhpun  Islam yang di qariahnya atau masjidnya atau suraunya saban masa dan hari ada kuliah dalam pelbagai jenis bidang ilmu tetapi amalan peribadi dan masyarakatnya masih agak jauh dari apa yang diajar syarak dan sirah Nabi Muhammad SAW.

Betapa tidaknya. Kita lihatlah di seluruh negara kita ini, di kapung baik di pekan baik di bandar baik atau di mana-mana sekalipun macam - macam benda berlaku seolah-olah tiada kesan langsung daripada usaha penyebaran ilmu menerusi majlis-majlis itu.

Kalangan orang politik cara politiknya , bunyinya macam nak tegak syiar Islam tapi cara dibuatnya nampak macam tidak. Saudara sesama Islam makin hari nampak makin nampak macam musuh, bukan `saudara' lagi.

Dari kalangan yang dikatakan berpendidikan agama pula tak kiralah dipanggil ustaz ke ataupun tidak dan termasuk yang disebut sebagai `pemimpin agama' ada sesetengahnya pula (bukan semua) seolah-olah orang lain daripadanya tak layak untuk dijadikan sahabat sehingga nak berinteraksi atau bercakap (berbual) pun susah.

Ada pula yang ketika berjabat tangan (musafahah) pun tak pandang muka; jauh sekali nak senyum sedangkan terdapat hadis-hadis yang menyuruh umatnya bukan sahaja beri salam kepada saudaranya (sesama Islam) tetapi juga `bermanis muka (senyum) ketika bermusafahah.

Bahkan disuruh banyakkan senyum untuk menambah ertakan lagi tali persaudaraan Islam. Dikhabarkan juga bahawa senyuman itu dijadikan sebahagian daripada perbuatan yakni diberi pahala sedekah. . Kenapa tak buat. Jika benda sekecil dan semudah itu pun tak susah sangat nak dibuat macam mana nak buat benda yang lebih besar.

Ringkasnya di samping banyakkan majlis-majlis ilmu itu pada masa sama kena banyakkan juga amalannya . Jika hanya hadir sahaja di majlis ilmu atau hanya belajar sahaja tapi amalan tak ada tak boleh juga . Jadi mestilah juga menghayatinya sebanyak mungkin terutama dalam perkara yang mudah-mudah lagi ringan itu. Ilmu yang tidak diamalkan itu, kata ulama macam pohon yang tidak berbuah. 




Sabtu, 11 Februari 2012

Nasihat JAKIM mengenai sambutan Hari Kekasih



PUTRAJAYA 10 Feb. - Orang ramai khususnya yang beragama Islam dinasihati supaya menjauhi acara atau majlis bertemakan sambutan Hari Kekasih (Valentine's Day) bagi mengelak terlibat dengan gejala maksiat.

Ketua Pengarah Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim), Datuk Othman Mustapha berkata, sambutan tersebut bertentangan dengan ajaran Islam dan dikhuatiri boleh menjejaskan akidah.

"Kita minta remaja sekalian dan umat Islam ambil perhatian kerana Hari Kekasih bukan perayaan dalam Islam dan tidak pernah diajar oleh Nabi Muhammad SAW.

"Bahkan amalan dalam perayaan itu juga bercampur dan ada hubung kait dengan ajaran Kristian yang jelas dilarang oleh Islam," katanya kepada Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Beliau mengulas mengenai Hari Kekasih yang akan disambut oleh kebanyakan pasangan yang hangat bercinta di seluruh dunia pada minggu depan.

Lebih memburukkan keadaan sambutan itu turut merebak di kalangan umat Islam yang belum atau sudah berkahwin di kebanyakan negara Islam tanpa mengetahui maksud sebenar di sebalik sambutan itu.

Menurut Othman, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia kali ke-71 yang bersidang pada 22 hingga 24 November 2005 memutuskan bahawa amalan merayakan Hari Kekasih tidak pernah dianjurkan oleh Islam.

Fatwa itu turut menyebut roh perayaan tersebut berunsur Kristian dan amalannya yang bercampur dengan perbuatan maksiat adalah bercanggah dan dilarang oleh Islam.

Dalam pada itu, Othman berkata, Jakim akan melancarkan kempen Raikan Cinta esok bagi mencegah kegiatan tidak bermoral di kalangan orang Islam sempena Hari Kekasih pada 14 Februari ini.

"Kali ini kami akan lancarkan kempen anti Hari Valentine di mana diselitkan program bicara cinta yang dihoskan oleh pelakon, model dan pengacara televisyen, Wardina Safiyyah Fadlullah Wilmot.

Program tersebut akan diadakan di Masjid Negara dan Pusat Islam, Kuala Lumpur. - Utusan


PERSPEKTIF : Sekadar ingin memanjangkan nasihat tersebut dan ingin menyahut seruan Allah dan Rasul-Nya "Hendaklah saling bertolong-tolongan di dalam perkara kebaikan dan taqwa " maksud al-Quran. 


Rabu, 25 Januari 2012

Hukuman penjara mandatori pesalah trafik perlu kajian mendalam

Agaknya mungkin disebabkan agak kerap berlakunya eksiden jalan raya yang membawa kepada kematian maka baru-baru ini terdapat cadangan supaya dikenakan hukuman `mati mandatori' kepada pemaandu yang didapati terlibat dengan eksiden maut.

Secara umum penulis tidak bersetuju dengan cadangan tersebut. Hukuman yang terkandung dalam Akta Jalan Raya 1987 fasal 41 (1) yang diguna pakai sekarang ini penulis percaya sudah memadai untuk `mengajar' para pemandu yang terlibat dengan eksiden maut itu.

Hukuman penjara dan denda yang dikenakan mengikut akta tersebut dilihat sudah agak berat untuk ditanggung, terutama bagi golongan marhaen seperti pemandu lori, bas dan sebagainya. Penulis bukan hendak memperkecilkan kedudukan mereka tetapi itulah hakikatnya. Mereka sudah pasti bukan orang kaya apatah lagi bila mereka juga menjadikan `jawatan' pemandu itu sebagai sumber pendapatan untuk memberi nafkah kepada ahli keluarga atau anak bini mereka.

Akibat hukuman penjara mandatori itu lebih buruk dan rumit lagi kesannya kepada kakitangan kerajaan . Ini kerana setiap kakitangan kerajaan tanpa mengira kedudukan akan secara automatisnya akan hilang jawatannya dalam kerajaan apabila dijatuhi hukuman penjara oleh mahkamah. Perkara ini wajar difikirkan semasak-masaknya. Tidak tahulah saya macam mana reaksi CUEPACS dalam isu ini.

Penjara mandatori seperti yang dicadangkan itu saya kira boleh menjadi satu musibah yang amat besar bukan sahaja kepada golongan seperti yang disebutkan tetapi juga kepada orang-orang di bawah tanggungan mereka seperti isteri serta anak-anak dan sebagainya. 

Namun ia berbeza dengan pemandu yang mabuk atau laluk. Mereka itu dilhat memang patutlah sekiranya  dikenakan hukuman sedemikian seperti `penjara mandatori' sebagaimana yang dicadangkan . Kerana di sana ada unsur-unsur kesengajaan `mencari fasal' kepada bahaya dan kecelakaan. Sebab semua orang tahu bahawa pengaruh arak dan dadah itu sengat  an buruk kepada akal dan perlakuan manusia.

Oleh itu hukuman `penjara mandatori' itu tidak sesuai diguna pakai untuk semua pemandu atau pemandu biasa yang bukan dipengaruhi oleh arak dan dadah. Itu pun jika pihak berkuasa fikir sudah tiada cara lain lagi. Maknanya ia hanya sesuai digunakan sebagai `ikhtiar terakhir' sahaja. Apakah rekod kemalangan maut sehingga terutama dalam ops-ops yang diadakan sudah cukup teruk dan cara lain sudah tiada ?

Pandangan PDRM supaya cadangan tersebut perlu dikaji secara mendalam sebelum diambil dan diguna pakai adalah sangat wajar demi kebaikan kepada semua pihak.

Khamis, 19 Januari 2012

Waw ! Rakyat Malaysia banyak wang

Waw ! Rakyat Malaysia banyak wang . Taraf hidup mereka sudah melambung tinggi . Betapa tidaknya. Menurut kenyataan Kementerian Pengangkutan pada tahun 2011 lebih 1.21 juta kenderaan baru didaftarkan. Lebih tinggi dari tahun sebelumnya.

Pada tahun 2010 hanya 1.15 juta kenderaan sahaja. Lebih mengagumkan sebahagian besarnya adalah kenderaan bersendirian (kereta dan motorsikal). Itu pun, kata menteri berkaitan , kerana disebabkan berlaku banjir besar di Bangkok dan tsunami di Jepun. Jika tidak pasti sudah lebih dari itu.

Wau ! Sungguh mengembirakan sekali . Apakah ini petunjuk kepada taraf hidup rakyat sudah meningkat atau kerana rakyat Malaysia suka berhutang atau kerana wujudnya dasar kewangan yang smart atau.....atau....atau...?  

Walau bagaimanapun , lagi banyak kenderaan dijual lagi banyaklah pendapatan negara, (kerana pelbagai cukai yang berkaitan dengannya dapat dipungut), dan lagi banyak pendapatan negara dipungut maka diharapkan lagi banyaklah juga program pembangunan untuk rakyat dirancang dan dilaksanakan. Rakyat senang kerajaan pun akan senang juga.

Selasa, 17 Januari 2012

Bukan semua perkara boleh dibuat "joke"

Bergurau adalah sebahagian daripada unsur-unsur hiburan. Ia boleh menghiburkan hati yang lara dan fikirian yang kusut atau emosi yang tak stabil. Namun jika dibuat secara melampau atau tidak kena pada tempat atau masanya ia boleh mendatang kemudaratan kepada pelaku itu sendiri.

Ada `benda' yang boleh dibuat lawak (gurau) dan ada `benda' yang tidak boleh dibuat lawak. Ada benda yang sangat serius dan ada benda yang tidak serius dan ada benda yang tiada implikasi undang-undang atau hukum agama serta ada benda sebaliknya. Ada perkara yang sesuai untuk dibuat "joke" dan ada yang tidak. Pandai-pandailah memilihnya.

Perkara-perkara sensitif atau yang melibatkan maruah atau peribadi seseorang atau yang boleh mendatangkan kecelakaan kepada seseorang atau yang boleh mendatangkan ancaman kepada seseorang atau orang-orang lain adalah sesuatu yang bukan boleh dibuat lawak. Pilihlah isu yang sesuai, masa yang sesuai dan sebagainya yang bukan sahaja tidak melibatkan perkara-perkara tersebut tetapi juga yang tidak melanggar undang-undang negara dan hukum agama.

Orang-orang yang berakal, berakhlak, berpelajaran, beragama tentu mengetahui dan memahami maksud dan batas jenaka sebenar. Dia tahu bila, di mana dan kepada siapa yang hendak dijenakakannya. Bukan semua tempat, bukan semua keadaan dan bukan semua perkara. 

Bagi kaum muslimin dan muslimat mereka diajarkan supaya tidak boleh bergurau tanpa batas. Ini kerana menurut syariat Islam difahamkan ada perkara-perkara yang langsung tidak boleh untuk dibuat jenaka seperti nikah, talak dan rujuk. Ini kerana jika hanya "joke' sekali pun  menjadi serius dan kalau serius pun memang terhasil seriusnya". 

Oleh itu, kepada umat Islam dipesankan agar hati-hatilah untuk nak buat "joke' . Wallahu a'lam.

Ahad, 15 Januari 2012

PRU ke 13 terlalu hampir ?

Memasuki tahun 2012 ni terasa sangat bahang pilihan raya umum ke 13 . Terasa seolah-olah terlalu hampir waktunya seperti berlakunya detik nazak kepada orang nak mati.

Apa tidaknya dalam seminggu dua ini sahaja macam-macam cerita mengenai peneraju-peneraju parti politik turun padang berjumpa masyarakat. Ia semacam tak pernah berlaku sebelum ini.

Macam-macam pula aktiviti dibuat; baik mesyuarat, lawatan, campur gaul, interaksi dan macam-macam lagi...dan macam-macam feil ditunjukkan.

Macam-macam ucapkata yang boleh difahamkan sebagai `kempen' didengari atau ditemui menerusi laporan-laporan  media - arus perdana dan bukan arus perdana.

Tak payahlah disebut satu persatu. Dan tak kisahlah itu semua kerana macam nilah caranya sistem berpolitik dan kempen di negara kita sejak `zaman berzaman'.

Namun yang nyata berubahnya dalam senario ini ialah pemikiran dan sikap masyarakat zaman ini .Fikirannya lebih terbuka dan sikap lebih realistik berbanding zaman-zaman lampau. Ini salah satu faktornya dek kerana berlakunya peningkatan pendidikan serta kemudahan saluran komunikasi , kemajuan teknologi maklumat dan sebagainya.

Perubahan ini seharusnya dijadikan asas atau barang rujuk untuk menjalankan sesuatu kempen. Pendekatan yang hendak diguna pakai mestilah sesesuai serta sejajar dengan perubahan ruang lingkap pemikiran dan sikap itu. Kerana itu memberi kesan terhadap tingkah laku dan tindakan - menyokong atau sebaliknya. 

Jika ini tidak diambil peduli tengoklah kepada keputusan pilihan raya itu nanti . Iangatlah apa  yang `disumbat' sewaktu berkempen itu , sama bersifat `soft ware' (maklumat) atau hardaware (metrial/ wang ringgit) semuanya akan diterima bulat-bulat atau tidak

Oleh itu awasilah dalam mengatur langkah berkempen . Juga sayugia diambil ingat bahawa `mesej itu, bukan sahaja ada dalam ucapan semata-mata tetapi juga ada dalam faktor-faktor lain seperti penampilan diri. Dan ini membabitkan semua pihak serta individu yang menjadi `alat' atau yang boleh dianggap sebagai `alat' kepada kempen. Tersilap catur buruklah padahnya 

Apa pun  diharapkan segala strategi yang dirangka bagi  mencapai segala matlamat masing-masing itu tidaklah pula boleh mengorbankan bangsa , agama dan negara sendiri. Tanggungjawab ini hendaklah dipikul bersama, sama ada peneraju parti politik itu sendiri mahupun peyokong yang akan membuat keputusan memilih pada hari membuang undi nati. Pilihlah parti yang `patut menang' .  Wallahu a'lam.   

Jumaat, 13 Januari 2012

SBPA disemak semula selesai isu berbangkit - PM


KUALA LUMPUR 12 Jan. - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) akan disemak semula.

Semakan tersebut bertujuan untuk menyelesaikan isu-isu yang dibangkitkan oleh pihak-pihak tertentu berkaitan dengan pelaksanaan SBPA.

"Setelah semakan semula tersebut dimuktamadkan, SBPA akan berkuat kuasa mulai 1 Januari 2012 seperti yang dijanjikan kerajaan," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata Jemaah Menteri semalam memutuskan supaya pelaksanaan SBPA itu disemak semula.

Katanya, semakan SBPA itu dibuat setelah berbincang dengan Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (CUEPACS).

Najib berkata, semakan semula itu tidak meliputi keputusan untuk melanjutkan umur persaraan kepada 60 tahun dan oleh itu ia akan dilaksanakan mulai 1 Januari tahun ini.

Najib juga berkata, Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan telah diminta menentukan mekanisme semakan semula yang akan dijalankan.

"Adalah diharapkan semakan semula itu akan diterima oleh semua pihak," katanya.

Satu kenyataan mengenainya akan dikeluarkan dalam masa terdekat, katanya.

Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) sebelum ini bersetuju melanjutkan tarikh penerimaan tawaran opsyen SBPA bagi penjawat awam sehingga 15 Januari ini, bagaimanapun mengekalkan tempoh penerimaan opsyen bagi umur persaraan pada 60 tahun pada 30 Disember lepas.

Sebelum itu, penjawat awam diberi tempoh 15 hari mulai 16 Disember lalu bagi mereka membuat pilihan sama ada untuk memilih SBPA atau kekal dalam skim perkhidmatan yang lama.

Dalam skim baru itu, hierarki Perkhidmatan Awam terdiri daripada empat peringkat iaitu Kumpulan Premier; Kumpulan Pengurusan Tertinggi; Kumpulan Pengurusan dan Profesional dan Kumpulan Pelaksana. -

BERNAMA/Utusan



Khamis, 12 Januari 2012

Dakwat kekal diharuskan syarak. Terima kasih Majlis Fatwa

Terima kasih kepada Majlis Fatwa Kebangsaan kerana mengeluarkan fatwa menggunakan dakwat kekal pada pilihan raya umum ke 13 akan datang DIHARUSKAN syarak. Dengan adanya fatwa ini diharapkan pengundi-pengundi beragama Islam khasnya dan umat Islam di negara ini amnya tidak lagi diselimuti keraguaan dan kebimbangan terhadap kesannya kepada ibadat mereka, khususnya yang berkaitan dengan mengangkat hadas kecil dan hadas besar serta ibadat-ibadat lain yang berkaitan seperti solat fardhu dan sebagainya.

Rabu, 11 Januari 2012

Tahun baru harga barang juga baru ?

Tirai tahun 2012 dibuka di negara kita dengan kemunculan beberapa peristewa menarik terutama yang melibatkan bidang politik dan harga barang-barang kegunaan harian.

Pada 9 Januari , Ketua Pembangkang DS Anwar Ibrahim dibebaskan daripada pertuduhan kes liwatnya yang proses perbicaraannya selama lebih kurang tiga tahun . Kira-kira sehari sebelum itu sebelum itu seorang Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor, Datuk Dr. Hassan Ali dipecat daripada partinya (Pas) atas alasan `tak senonoh' . 

Itu dari segi senario politik. Mungkin tidak melibatkan semua orang secara langsung. Tapi dari segi senario naik turun harga barang dan perkhidmatan ia semestinya melibatkan semua orang. Apatah lagi jika membabitkan barang-barang makanan dan pakaian.

Memasuki tahun baru ini harga makanan masak dan mentah telah didapati naik dengan mendadak. Misalnya ikan temenong (kembong)  yang sangat popular dan paling digemari golongan berpendapatan rendah dan sederhana di utara Semenanjung tiba-tiba naik dari kebiasaannya pada tahun 2011 antara RM4.00 hingga RM 8.00 sekilogram kepada RM10.00 hingga RM12.00  sekilogram. Yang lain-lain tak payah dikira lagi. Sotong , udang dan ketam apatah lagi. 

Roti canai pula yang merupakan antara menu kegemaran rakyat biasa terutama untuk makan pagi, sebelum ini hanya antara 70 sen dan 90 sen sahaja di utara Semenanjung kini telah dinaikkan kepada RM1.00 satu keping. Ini belum lagi kuih muih lain.  Dengan cerita harga barang-barang keperluan lain juga dijangka akan naik tak lama lagi. Ini tidak termasuk kain baju dan pakaian. Apakah puncanya ? Jawapan lazim oleh pihak berkuasa yang sering didengari ialah  `kerana masalah global'. Demikian adanya. Namun kepada pihak berkuasa diharap dapat memberi perhatian terhadap senario ini. Hanya itulah saja yang termampu dibuat oleh golongan marhen. Wallah alam.  

Rabu, 4 Januari 2012

Maha Suci Allah menjadikan ikan tidak masin ; sekalipun berada di dalam air masin

Bagi seseorang yang beriman dengan Allah dan Rasul-Nya, dia seharusnya menanamkan dalam dirinya perasaan untuk menghargai nikmat (anugerah kebaikan/kelebihan) Allah kepadanya. Sama ada ia (nikmat itu) diberikan secara langsung atau tidak langsung seperti menerusi anak dan sebagainya. Nikmat yang boleh dilihat (ketara) atau tidak ketara. 

Di antara nikmat ketara dan yang paling jelas ialah kecantikan rupa paras , kekayaan harta benda, keselesaan tempat kediaman dan banyak lagi. Manakala di antara nikmat dalaman ialah otak yang cerdas, pntar dan sebagainya.

Beruntunglah bagi seseorang itu jika Allah limpahkan atau anugerahkan kepadanya dengan pelbagai nikmat tersebut , tidak kiralah sama ada nikmat-nikmat itu tidak secara langsung kepadanya tetapi kepada anak-anaknya.

Seseorang bapa atau lebih-lebih lagi seseorang ibu tentulah akan berasa cukup bangga jika anaknya atau anak-anaknya dinugerahkan otak yang pintar misalnya  . Ini kerana menerusi nikmat itu bukan sahaja akan memperoleh kedudukan cemerlang di dalam pelajarannya tetapi lebih dari itu seperti pengajiannya ditaja oleh pihak lain dan sebagainya . Malah yang lebih beruntung lagi sekiranya dapat pula belajar di luar negara pula.

Hakikatnya bukan semua orang dapat semua nikmat itu. Maknanya siapa yang dapat nikmat-nikmat itu dia adalah di antara orang yang Allah pilih mengikut kehendakNya. Maknanya dia adalah di antara yang `bertuah'. 

Oleh itu, siapa sahaja yang ada nikmat-nikmat itu kenalah bersyukur kepada Allah. Bersyukur bukan sekadar berkata "Al-hamdulillah"sahaja tetapi mesti dimanifestasikan dengan perlakuan , pengucapan dan sebagainya yang tidak melanggar perintah Allah dan Rasul-Nya.

Namun, hakikat ini kebanyak kita tidak mempedulikannya. Mungkin ia dianggap hanya satu kebetulan sahaja. Justeru manifestasi kesyukuran itu tidak kelihatan. Yang kelihatan kebanyakannya ialah perasaan k
riak, ujub dan sombong.

Dalam situasi mengejar longgokan metrialistik ini, cuba kita renungkan seketika kemudian disusuli dengan menyedari siapa kita yang sebenarnya. Jika kita sudah mengenali kita pasti kita tidak terlajak teruk sangat sekalipun kita berada di tengah-tengah persekitaran yang mencabar syariat agama kita atau suruhan/tegahan Allah dan Rasul-Nya.

Melanggar perintah Allah tidak semestinya meninggalkan solat dan puasa tetapi banyak lagi , termasuk membuka aurat pada tahap yang tidak dibenarkan dan sebagainya. ; tak kiralah di mana-mana pun - luar negara atau dalam negara- kerana Allah itu tuhan yang maha melihat lagi maha mendengar. Maha suci Allah menjadikan ikan itu tidak masin sekalipun berada di dalam lautan yang airnya sememang masin. Wallahu alam.