Khamis, 1 September 2016

Sambut Merdeka ke 59

Kelmarin 31 Ogos, negaraku Malaysia menyambut ulang tahun kemerdekaan ke 59.

Dalam tempoh itu banyak kejayaan yang telah dicapai dalam bidang ekonomi, sosial, pendidikan dan sebagainya.

Kini ramai orang asing datang ke negaraku untuk bekerja mencari rezeki dalam semua bidang seperti perkilangan, binaan, perkhidmatan dan lain-lain.

Tidak mengapa , yang pentingnya adalah menjaga keharmonian, ketenteraman dan keamanaan melalui hubungan baik antara satu sama lain yang tinggal dalam  negara ini.

Negaraku ini ketika ini mempunyai lebih kurang 30 juta orang penduduk yang mengandungi pelbagai etnik, budaya dan agama.

Jadi, sesiapa juga yang ingin tinggal di negara ini mestilah saling menghormati semua nilai dan norma kehidupan bersosial yang diwaris sejak sekian lama oleh masyarakat kepelbagaian etnik, agama dan budaya itu.

Sekian. MERDEKA !!!