Isnin, 24 Oktober 2016

Gantung Persekolahan Lebih Baik Dari Buang Sekolah

         

 


Baru-baru ini kementerian pelajaran melalui menterinya mengumumkan tindakan menggantung persekolahan selama setahun akan dikenakan ke atas pelajar yang membuli rakan pelajar yang lain .

Bagaimana pun ia masih lagi di peringkat cadangan . Ini kerana mengikut kenyataan menteri itu pihaknya perlu mendapat maklum balas daripada orang ramai mengenai cadangan tersebut.

Pada dasarnya saya bersetuju dengan cadangan tersebut kerana ia tidak memberi kesan terlalu negatif kepada pelajar yang terlibat khususnya dari segi psikologi dan masa depannya, berbanding tindakan buang sekolah.

Lagipun difahamkan tindakan itu mengikut tahap keseriusan perlakuan buli ke atas mangsa. Sekiranya dibuang sekolah dia akan berhdapan dengan pelbagai masalah lain termasuk masalah sosial dan lain-lain. Keluarga juga akan turut terkesan.

Selain itu tindakan buang sekolah tidak akan memberi peluang langsung kepada pembuli untuk meneruskan persekolahannya.

Sebaliknya tindakan gantung persekolahan  masih ada ruang untuk dirinya meneruskan pelajarannya. Dia hanya perlu    mengulang balik tahun persekolahannya sahaja.

Semasa tempoh pergantungan itu difahamkan dia akan diberi khidmat nasihat dan bimbingan oleh parkar di samping diberi tugasan kerja amal. Dilihat dari segi jangka panjang ini akan memberi faedah kepada dirinya sendiri dari segi pertambahan pengetahuan dan pengalaman.
 
Wallahu a'lam.

Tiada ulasan: