Jumaat, 14 Oktober 2016

Hadapi bencana negara dengan cara agama dan pengurusan




Dari semasa ke semasa negara malaysia kita ini dilanda dengan macam-macam bencana atau musibah. Banjir, ribut, tanah runtuh dan jerebu sudah biasa bagi kita. Terbaru fenomena air pasang besar pula.

Mekanisme utama yang digunakan ialah diwujudkan jawatankuasa pengurusan benca yang merangkumi pelbagai agensi kerajaan di peringkat pusat, negeri dan daerah dan diletak di bawah majlis keselamatan negara (MKN).

Antara tugasnya ialah menguruskan pemindahan mangsa dari tempat kediaman mereka ke tempat yang lebih selamat seperti dewan orang ramai (DOR) atau dewan sekolah dan lain-lain yang dikenal pasti sebagai tempat yang sesuai. Ini dari segi pengurusannya .

Dari segi lain pula, oleh kerana ia sebahagian musibah daripada Allah, maka wajar juga sekiranya pihak berkuasa agama mengambil langkah pro aktif mengingatkan institusi agama seperti masjid dan surau mengadakan solat hajat dan qunut nazilah secara berjamaah sekiranya dilaporkan kemungkinan berlakunya bencana tersebut.

Amalan ini adalah antara mekanisme yang diajar oleh syariat Islam bagi menghadapi musibah dengan pertolongan Allah, tuhan yang maha asa lagi maha berkuasa. Mekanisme ini khusus bagi masyarakat Islam. Masyarakat agama lain terpulang dengan cara mereka.

Saya percaya dengan adanya gabungan mekanisme kedua-dua elemen ini iaitu ketuhanan dan kemanusiaan akan dapat membantu mendepani musibah ini dengan lebih baik lagi.

Tiada ulasan: