Khamis, 12 April 2018

PERATUSAN KELUAR MENGUNDI PRU 14 DIJANGKA MENINGKAT

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Malaysia telah mengumumkan bahawa pilihan raya umum (PRU) ke 14 akan diadakan pada 9 Mei 2018 iaitu pada hari Rabu seminggu sebelum umat Islam di Malaysia khususnya , menjalani ibadat puasa wajib selama kira-kira 30 atau 29 hari, terpulang kepada pihak berkuasa mengumumkannya.

Mengikut laporam media yang memetik kenyataan pihak berkuasa (SPR) bahawa jumlah keseluruhan pengundi yang layak untuk PRU kali in adalah sebanyak 14,940,624 orang. Daripada jumlah itu dilaporkan, sebanyak 14,636,716 pemilih biasa, 300,255 pengundi awal dan 3,653 pengundi yang tinggal di luar negara.

Bagi mengurus dan mengedalikan PRU ke 14 ini, dilaporkan sebanyak RM500 juta diperuntukkan dengan melibatkan seramai 259,391 petugas yang dilantik dari kalangan orang awam dan melibatkan 8,989 premis yang digunakan sebagai " pusatr mengundi".

Menurut laporan juga, bahawa "hari penamaan calon" akan diadakan pada 28 April. Ini bermakna "tempoh berkempen" akan berlangsung selama 11 hari. Terpulang kepada parti-parti politik yang menyertai PRU kali ini bagaimana untuk mereka memanfaatkan tempoh itu dalam menjalani aktiviti berkempen bagi meyakinkan pengundi dan penyokong mereka untuk memihak dan memilih mereka.

Tidak dapat dipastikan lagi setakat ini berapa "penjuru" pertandingan. Kita tunggulah pengumuman pada hari penamaan calon 28 April akan datang ini. Bagaimanapun PRU kali ini dilihat lebih sengit daripada PRU yang sudah-sudah. Ini kerana pada kali ini parti-parti pembangkang, kecuali parti Pas, bergabung  sebagai 'satu parti' iaitu atas nama Pakatan Harapan (PH) dan menggunakan satu simbol sahaja, iaitu simbol parti PKR ( Parti Keadilan Rakyat). PKR adalah salah satu parti gabungan PH.

Manakala di pihak kerajaan pula di bawah Barisan Nasional (BN) yang mengandungi beberapa parti utama di Semenanjung Malaysia seperti UMNO, MCA, MIC dan lain-lain parti dari Sarawak dan Sabah dan menggunakan simbol dacing , akan mempertahankan kedudukan mereka untuk terus memerintah sehingga lima tahun lagi. Sejak PRU1 pada tahun 1959 hingga PRU 13 pada tahun 2013 negara ini diperintah oleh BN.

Beberapa isu seperti politik, ekonomi, sosial dan agama ( Islam) mungkin akan digunakan semaksima mungkin oleh kedua-dua pihak iaitu kerajaan dan pembangkang untuk mempengaruhi pengundi di samping menggunakan pelbaga ragam dan gaya dalam mendekati rakyat semasa tempoh kempen itu seperti ceramah-ceramah umum, lawatan rumah ke rumah, perjumpaan-perjumpaan sosial, agama dan sebagainya.

Kegiatan kempen dan isu yang digunakan boleh mempengaruhi sikap pengundi untuk keluar membuang undi. Oleh itu dengan melihat kepada cetusan pelbagai isu besar, terutama berkaitan ekonomi dan sosial sejak beberapa tahun kebelakangan dilihat "peratusan keluar mengundi" PRU-14 akan meningkat berbanding pada PRU-PRU sebelum ini. Ini jangkaan sahaja !

Sejak PRU 1 hingga PRU 12, peratusan keluar mengundi tidak pernah mencapai 80 peratus. Apatah melebihi daripada kedudukan itu. Misalnya antara PRU1 tahun 1959 73.3 peratus malah pada PRU-9 dan PRU-10 turun masing-masing 68.3 peratus dan 69.3 peratus.

Namun pada PRU-13 (2013) peratusan keluar mengundi meningkat hingga 84.4 peratus. Kedudukan ini mungkin atas sebab beberapa isu tertentu yang mendorong pengundi keluar mengundi.

Di samping itu kemungkinan jumlah pengundi yang ' berpendidikan lebih tinggi' telah meningkat atau mengatasi pengundi sebelumnya yang dilihat lebih di kawasan luar bandar,  yang antara lain menjadi sebab lonjakan kesedaran untuk keluar mengundi dan memilih kerajaan.

Mengenai peratusan keluar mengundi ini juga, selain daripada faktor kesedaran terhadap pentingnya 'membuang undi' ada beberapa faktor lain lagi iaitu seperti logistik seperti kenderaan yang disediakan oleh parti bagi tujuan pergi dan pulang ke pusat mengundi , terutama bagi pengundi lanjut usia dan tiada kenderaan,  cuaca terlalu panas atau hujan lebat, keselesaan untuk mengundi seperti "pelepasan" daripada majikan bagi mereka yang bekerja, sama ada dengan kerajaan atau swasta dan lain-lain lagi.

Sekian. Wallahu a'lam.




Tiada ulasan:

FENOMINA "JANJI PILIHAN RAYA"

Kempen pilihan raya umum (PRU) ke 14 sedang berjalan ketika ini. Ia bermula pada 28 April lalu dan akan berakhir pada jam 12.00 malam 8 Mei ...