Selasa, 1 Mei 2018

FENOMINA "JANJI PILIHAN RAYA"

Kempen pilihan raya umum (PRU) ke 14 sedang berjalan ketika ini. Ia bermula pada 28 April lalu dan akan berakhir pada jam 12.00 malam 8 Mei nanti. Pada 9 Mei adalah hari mengundi.

Antara perkara penting dalam kempen pilihan raya yang menjadi amalan di negara ini ialah 'membuat janji' oleh parti-parti politik yang bertanding dengan khalayak pengundi amnya dan dengan penyokong sendiri khasnya.

Parti pemerintah berjanji untuk meneruskan dasar-dasar, program-program dan sebagainya yang sedia ada atau akan merangka yang baharu. Pembangkang pula mengenengahkan cadangan dasar-dasar dan program-program baharu sebagai alternatif terhadap apa yang sedang atau apa yang telah dibuat oleh parti pemerintah dan sebagainya.

Masing-masing bertujuan untuk memujuk khalayak pengundi supaya conderong menyokong dan memilih mereka ketika membuang undi di peti undi pada hari mengundi. Dalam konteks PRU 14 ini ialah pada 9 Mei 2018 nanti.

Kempen dijalankan selama lebih 12 jam setiap hari dalam tempoh berkempen yang dibenarkan pihak berkuasa yang mengurus perjalanan pilihan raya, termasuk pihak yang menguruskan keselamatan.

Khalayak pengundi pula akan menentukan pendirian mereka berteraskan "lapangan rujuk" masing-masing. Pengalaman, pengetahuan, pemerhatian, kecekapan menilai sesuatu isu yang ditimbulkan akan menjadi faktor penting dalam membuat pemilihan "tepat".

Jadi, kesimpulannya BERJANJI dalam pilihan raya itu perkara lumrah dan merupakan mekanisme "penting" untuk memujuk serta membentuk kecenderungan khalayak pengundi ke arah menyokong parti masing-masing.

Namun apa yang harus diingat bagi umat Islam implikasi janji itu adalah amat besar kerana Islam memandang berat terhadap sesuatu janji yang dibuat. Sekiranya janji itu dengan sengaja tidak ditunaikan adalah dikira sebagai golongan "munafik" iaitu golongan yang bermuka-muka atau berpura-pura di mana dilarang dalam Islam dan berdosa.

Sebuah hadis daripada Abu Hurairah menceritakan Rasulullah SAW bersabda, " Tanda orang munafik itu ada tiga iaitu apabila bercakap dia bohong; apabila berjanji dia tidak tunaikannya ; dan apabila diberikan amanah dia mengkhianatinya". (HR: Muslim)

Maknanya tidak harus ada "janji palsu" atau "janji tidak benar".

Tiada ulasan:

FENOMINA "JANJI PILIHAN RAYA"

Kempen pilihan raya umum (PRU) ke 14 sedang berjalan ketika ini. Ia bermula pada 28 April lalu dan akan berakhir pada jam 12.00 malam 8 Mei ...